Friday, December 25, 2009

"Shift!"


Ali gelisah. Exam praktikal histology akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Menyesal sungguh dia tidak mengulangkaji sebelum ini. Kelas praktikal juga dia jarang datang. Ali cuma sempat mengulangkaji pada malam sebelum peperiksaan berlangsung. Itu pun, dia ingat-ingat lupa akan apa yang telah dibacanya. Tidak lama kemudian, peperiksaan itu dimulakan.

Setiap pelajar harus bergerak dari stesen ke stesen.Ada 10 stesen semuanya. Setiap stesen dibekalkan dengan sebuah mikroskop. Mereka perlu mengenalpasti jenis spesimen yang terdapat di mikroskop tersebut. Apabila professor menyebut "shift", mereka perlu bergerak ke stesen yang berikutnya.

Ali makin gelisah. Bimbang jika dia tidak dapat menjawab soalan-soalan itu nanti. Ali kini berdiri di depan sebuah mikroskop di stesen nombor 8. Ali bermula dari stesen nombor 8! Ini bermakna stesen terakhir baginya ialah stesen nombor 7. Professor melaung " You can start now!". Ali meneliti spesimen tersebut. Ali rasa dia pernah jumpa spesimen itu, tapi dia lupa akan nama dan jenis spesimen yang digunakan. Tanpa sempat menjawab apa-apa, professor menjerit, "Shift!"

Ali kini di stesen nombor 9. Dengki sungguh dirinya apabila dia melihat rakan-rakannya yang lain kelihatan tenang sahaja menjawab soalan-soalan tersebut. Ali cuba untuk melihat kertas rakan di sebelahnya, yang kini berada di stesen nombor 8 (stesen Ali sebelum ini). Tetapi jawapannya ditutup,ditutup dari dibiarkan ditiru oleh orang seperti Ali.

Ali bengang. Baginya, apalah salahnya jika tolong menolong antara satu sama lain. Lagipun kita kan nak berjaya sama-sama? Janganlah kedekut sangat, takkan nak berjaya sorang-sorang. Itu pendapat Ali. Ali semakin bengang bila rakannya tidak memberikan jawapan kepadanya. "Oo..Kedekut ya? Nanti kau!

Ali kemudian mengubah kedudukan slide spesimen itu. Dia mengubah kuasa lensa di mikroskop itu. Pandangan lensa itu semakin kabur. Kemudian, professor menjerit, "Shift!". Ali ke stesen 10, manakala rakannya tadi ke stesen 9. Ali dapat lihat rakannya tadi gelabah. Mungkin gelabah untuk cari kuasa lensa dan kedudukan yang sesuai untuk dapat melihat spesimen itu dengan lebih jelas semula. Ali kini melakukan perkara yang sama di mikroskop stesen nobor 10. Kemudian, professor menjerit lagi, "Shift!'.

Rakannya itu kini di stesen nombor 10. Juga sama. Rakannya itu gelabah mencari kuasa lensa dan kedudukan spesimen yang tepat untuk lihat dengan jelas. Selain itu, orang lain yang kini berada di stesen 8 (stesen Ali mula-mula tadi) juga mengalami masalah yang sama. Tak dapat mengenalpasti spesimen tersebut kerasa tidak jelas).

" Kalau aku tak berjaya, korang pun jangan harap nak berjaya!"..Ali berkata dalam hati. Prof menyebut lagi, "Shift!" Ali ke stesen seterusnya dan melakukan benda yang sama. Manakala semakin ramai pelajar yang mengalami masalah tidak dapat mengenal pasti spesimen kerana pandangan di mikroskop itu kurang jelas. Ali tersenyum puas!

Monday, December 14, 2009

Time to Love


Once upon a time, there was an island where all the feelings lived. There were Happiness, Sadness, Knowledge and all of others, including Love. One day, it was announced to all the feelings that the island would sink. So, they all prepared boats and left the island. Love was the only one who stayed. But when Love was almost sinking, she decided to ask help.

Love : Help! Help!

Suddenly, Love saw Richness passed by.

Love : Richness, can you take me with you?
Richness $ : No, I can't. There is a lot of gold and money in my boats. There is no place for you.

Then, Love saw Sadness passed by.

Love : Sadness, let me go with you.
Sadness : Oh..Love. I.m so sad. So I prefer to go alone.

Then, Happiness passed by. Unfortunately, Happiness was so happy so he did not listen when love called him.

When Love was almost gave up asking for help, suddenly there was a voice.

(an elder) : Come Love, I will take you.
The one who helped Love was an elder. Love became very happy that she even forgot to ask the elder his name. Then, they arrived on a dry land. Love was left there but the elder went on his own way.

All other feelings were already reached there before Love. Then, Love asked knowledge, the another elder, the name of the elder who had helped her.

Knowledge : His name is Time.
Love : Time? But why did Time helped me?
Knowledge : Because only Time is capable of understanding how great Love is.

So, take the TIME to know what real LOVE is.

Friday, December 11, 2009

Do you want a piece of cake?


One day, a girl just came back from her college. She felt so frustrated as she failed in her exam, left by her boyfriends, was scolded by lecturer ..let say that, she had the worst day ever on that day. When she returned home, she told to her mother on what had happened to her.

Then, the mother tried to appease her daughter by offering a piece of cake. "Do you want a piece of cake? "
" Of course I do!" the girl replied.

The mother brought her daughter into the kitchen. The girl sat at the dining table. She was totally flabbergasted when her mother gave her a bowl of cooking oil, raw eggs, wheat flour and some sugar. " Do you want a cake? Now, drink this cooking oil!"
Daughter: What? Ew~ I can't do that!
Mother : How about these raw eggs?
Daughter : No way, mum!
Mother : It's ok. Now, eat this flour.
Daughter : What?? I will be sick.
Mother : Well, I'm sure that you'll love that sugar.
Daughter : No, I won't!

Mother : You want a piece of cake right? But why don't you eat all these things? All of them absolutely not tasty if taken raw. But if all the ingredients is cooked together, they will make a piece of delicious cake!

As a conclusion, we all want to become successful. So, we have to face all the problems and accept the challenges. They are absolutely not fun. But if all the experiences of facing problems and challenges are combined together, they will make us become a better person!

So...now, do you want to have a piece of cake?

Wednesday, December 9, 2009

STRESSroscope

Tadi baru habis praktikal biochem. Aku tak puas hati. Dah dua kali praktikal biochem berturut-turut aku tak puas hati. Tadi, aku cuba fahamkan apa yang lecturer ajar. Tapi aku tetap tak faham. Seriusly, aku tak tidur dan tak berangan pun dalam kelas tadi. Tapi, aku memang tak faham. Teringat pula kuiz IQ test yang Anas bagitahu sebelum ni. IQ aku mesti rendah dari 90. Malah, takut tak sampai 60 pun kot? Pasal aku ni memang susah nak faham sesuatu benda.

Jadi, tadi waktu sesi praktikal tadi aku terpinga tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak mula dari mana. Aku minta orang ajarkan, tapi ramai juga yang tak faham. Memang stress sangat tadi. Lepas tu Alhamdulillah, nasib baik ada Farhana tolong ajarkan. Thanks to Farhana! But then, bila aku dah campur2 reagent, sample and standard tu, aku cuma dapat sikit je dalam tube tu. Tapi aku memang dah sukat betul.

Nak dipendekkan citer, aku antara orang yang paling last la dalam group aku yg buat eksperimen tu. So, waktu aku masih menunggu 10 minit (bile letak tube tu kat tempat gelap), ramai budak yang dah balik. Tinggal aku je dalam group aku tadi. Lepas tu dah cukup 10 minit, aku bawak la tube aku tu pergi kat pak cik yang jaga colorimeter tu. But then, pak cik tu kata tak boleh nak kira cos sikit sangat dalam tube. Aku punyer la bengang. Pastu, aku pergi semula tempat aku, try sukat lagi sekali. Dan, aku dapat amount yang sama ; sikit jugak. Sama amount dengan dalam tube yg pak cik tu tak boleh baca absorbance tu. Jadi, aku pelik macam mana budak lain boleh dapat banyak amount dlm tube tu ek? Jadi, aku balik dalam keadaan hampa..

Minggu sebelum cuti tu pun sama, Pasal tengok spectroscope. Aku cukup bengang bila blood tu aku yang dilute, aku yang prepare, aku yang shake tube gently, sume benda la..cuma tinggal nak tengok je kat spectroscope tu. Tapi, orang lain yang tengok sample yang aku buat . Sedangkan aku tak tengok lagi. Last2, sampaiorang semua balik baru aku dapat spectroscope tu. Waktu aku dapat spectroscope tu, cuma tinggal aku dan beberapa orang je kat dalam lab tu. Tak sampai lima orang kot. Barula aku dapat pegang spectroscope tu. Sedih sangat. Lepas ni, tak tahu la macam mana pulak dengan praktikal yang akan datang.

Teringat pulak waktu dulu. Ayah aku pun tak bagi aku ambik medik. Tapi gatal sangat nak ambik. Sekarang, rasakan! Dengan belajar tak paham, praktikal tak jadi. Lain kali, buat IQ test dulu! Lepas ni, buat praktikal sorang-sorang je la. Lagipun kalau duduk dalam group pun, sama je macam buat praktikal sorang-sorang kan? = (

Friday, December 4, 2009

Penangan Budu #Episod 3

Pada suatu petang, tiga sekawan (A,B & K ) itu tengah lepak-lepak. Tiba-tiba terdetik pula kat hati K untuk buat cekodok. K pun pergi ke dapur dan mula mencari bahan. Hurm~ Ada ikan bilis! Buat cucur ikan bilis la..

Jadi, K pun mula la memasak. Tak nak cerita panjang, K pun siap la masak cucur tu dan dihidangkan kepada kedua-dua housematenya itu. Sebelum makan, tiba-tiba je B bertanya...

B : Weyh. kalau korang makan cucur kan, korang suka cicah dengan apa ek?
B : Kalau aku, aku suka cicah dengan sos cili. Sedapnye~

K : Aku suka jugak makan dengan sos. Tapi korang pernah makan dengan kicap tak? Aku kadang-kadang selalu jugak makan dengan kicap. Huhu~

B : Kau pulak....??

A hanya diam..Kemudian, A ke dapur tanpa menjawab soalan itu. K dan B bimbang jika soalan mereka itu menyinggung A.

Kemudian, A datang dengan membawa semangkuk budu. Haha..dah agak dah kan?

A : Aku suka cucur cicah dengan budu!!

K : Oi, tak pernah dibuat dek orang makan cucur dengan budu!

B : Aku rasa kau dah ketagih la..Kau orang pertama makan cucur kodok dengan budu.

A : Hehe~ Oleh sebab aku orang pertama makan macam ni. Aku namakan cucur yang dicicah dengan budu sebagai 'ala cucoq la kodoq'. Huhu..

B dan K : Ha? Ala cucur la kodok?

A : Bukan!! Ala cucoq la kodoq. Kena sebut dengan betul! ala-ala orang Kedah gitu~
Inilah rupa 'ala cucoq la kodoq' yg bakal dicicah A dengan budu
****************************************************************************
Pada petang ni, mereka bertiga akan berkelah di Pantai Miami. Harap-harap A tak meminta budu ketika makan waktu berkelah nanti. Kerana budu tiada dalam menu. Maaf, A!




Monday, November 30, 2009

Penangan Budu #Episod 2

Pada suatu tengah hari, tiga sekawan itu makan tengah hari. Tapi kali ni, tiada budu. Bimbang jika A tidak suka akan budu itu. Namun sangkaan B dan K meleset, A makan nasi dengan perlahan sekali seolah-olah dia tiada selera untuk makan pada hari itu.

Apabila mereka semua sudah siap makan, A tiba-tiba bertanya "Kenapa korang tak buat budu weyh?"..K dan B berpandangan. A ni sudah ketagih budu ke? Itulah persoalan yang bermain dalam fikiran mereka. A hari itu diam, tidak banyak bercakap.

Petang itu, B menyediakan spaghetti. Memang sedap. B juga menyediakan lauk kari ayam sebagai kuah. Nyum nyum! Sedapnye~ Kemudian, lagi sekali tiga sekawan itu duduk di meja bersedia untuk makan. B mula mengagihkan spaghetti tu ke dalam mangkuk setiap orang.

K mula mengisi kuah kari ke dalam mangkuknya. Kemudian, diikuti oleh B. Tapi, A tidak mengisi kuah kari ke dalam mangkuknya. A bangun dari kerusi, pergi ke dapur. K dan B fikir, A tak mahu makan spaghetti itu.

Namun, jangkaan B dan K meleset apabila A datang dari dapur dengan membawa semangkuk budu. Diletaknya mangkuk berisi budu itu ke atas meja. A mengisi beberapa sudu budu ke dalam spaghettinya itu. Kemudian, barulah A mengisi dengan kuah kari itu.

" Ha..! Macam ni baru sedap. Spaghetti + budu + kari! ", kata A.

K dan B berpandangan sesama sendiri. Tak pernah dibuat orang makan spaghetti dengan budu...
K dan B semakin takut dan mula menyesal. Adakah ini semuanya salah mereka yang mula-mula 'mengenalkan' budu itu kepada A? Kini A mula ketagih bagai disampuk. K dan B cukup takut~

Wednesday, November 25, 2009

Penangan Budu #Episod 1


Satu hari, dalam sebuah rumah yang dihuni oleh tiga orang kawan sedang menyiapkan makanan untuk makan tengah hari. Kemudian, B membawa budu yang disi ke dalam mangkuk dan diletakkan di atas meja.

K : Whoa~ Sedapnya B! Dah lame tak makan budu.
B : Tu la pasal. Ni yang aku sediakan budu ni.
A : Eee~ Ape korang ni? Makan benda macam ni? Tak mahu lah!

K : Sori lah A, kami ni walaupun tak tinggal di Kelantan, tapi darah Kelantan masih ade. Jadi macam mana cara hidup pun, mesti pernah makan budu jugak!
B : Mintok maah lah. Aku sokmo make budu kat umoh aku. Kalo mu dok berahi tok soh ambik la..
(Minta maaflah, aku selalu makan budu di rumah aku. Kalau kau tak suka, tak payah ambil la)

B sengaja mengeluarkan dialek Kelantannya walaupun sebelum ni jarang cakap Kelantan dengan housematenya itu!

K : Try la rasa A!
A : Tak nak la..
B : Try la..skali je.

Kemudian, A pun menyauk sesudu kecil budu itu ke dalam pinggannya yang berisi nasi. Kemudian, di mamahnya nasi itu. Diamati seketika rasa nasi berperisa budu itu. Kemudian, A menyauk budu untuk kali ke dua. Kemudian yang ketiga, dan keempat. Seterusnya, dia menuangkan terus budu itu terus dari mangkuk. Tidak lagi menggunakan sudu.

K & B terkulat-kulat memandang housemate nya yang makan budu mengalahkan mereka berdua~ Manakan tidak, mereka sendiri pun masih belum mengambil sesudu budu pun dari mangkuk itu. Malahan, mangkuk yang berisi budu itu hampir kering dimakan oleh A seorang~

A terus makan nasi tanpa menghiraukan B dan K yang masih lagi memandangnya dengan kehairanan!

Saturday, November 21, 2009

Bahaya Facebook!!!

Facebook
a) Facebook ni boleh buat kita ketagih. Suka sungguh kita bila kita tengok orang lain komen post kita. Sedangkan benda ni boleh buat kita leka. Leka sehingga terabai pelajaran. Dan malah mungkin abaikan solat sebab leka sangat bermain facebook!

b)Kalau korang perasan, kat facebook tu ada mintak kita tulis personal information. Aku nasihatkan, janganlah bagi info tu. Jangan bagi nombor telefon, alamat, dan nama sebenar(juga GAMBAR!!!) dan seeloknya jangan bagi lah info-info lain yang tidak kurang pentingnya. Sebab, penjenayah siber ni boleh buat macam-macam dengan maklumat tu.

Contoh :
Seorang ni orang agama lain yang tak suka Islam. Jadi, dia ambil information kita (nama penuh, alamat, number tel etc) dan buat sebuah blog.Dalam blog tu pula, banyak entri-entri yang menghina agama suci kita ni. Jadi, bila orang Islam sendiri buka blog tu, mesti diorang akan salah sangka dan ingat kita (orang Islam sendiri) yang tulis blog tu. Lebih-lebih lagi, gambar profil yang diletak di blog tu ada pula gambar sebenar kita (yang dicuri/digrab) dari Facebook. Siap ada info pasal diri kita lagi. Semua info tu memang betul pula tu pasal diri kita. Bahaya kan? Nanti kita akan ditangkap dan dituduh membuat semua tu.

Bukan blog je. Diorang mungkin boleh guna perkara tu untuk benda lain. Contohnya komuniti laman web lucah ke, lesbian ke, gigolo ke ataupun apa-apa yang teruk-teruk lah. Lepas tu, buat akaun (sign up) kat laman web tu dengan menggunakan information kita (yang mereka dapat dari facebook). Kat profil image pula, diletaknya gambar kita. Kenapa letak gambar kita? Sebab dia malu kalau nak letak gambar dia. Takut dihina orang. Jadi, sebab tu dia letak gambar kita. Lebih-lebih lagi, kalau muka kita lawa/hensem, senang dia nak dapat "kawan" dalam laman komuniti tu. Nanti mesti ramai orang add dia. Sedangkan dia guna nama kita. Jahat sungguh kan? Nanti kita yang dipersalahkan dan menanggung malu.

Jadi...
1. Elakkan dari 'add' orang yang tidak dikenali.
2. 'Ignore friens request' dari orang yang tak dikenali.
3. Jangan letak terlalu banyak informasi diri. Tak perlu letak nombor telefon.
4. Kurangkan upload gambar diri sendiri. Kalau nak upload, upload gambar yang ada kita ramai-ramai. Supaya penjenayah siber tak dapat kesan yang mana satu kita dalam gambar tu. (Lagipun rajin pulak orang jahat tu nak 'crop' gambar kita seorang)
5. Delete je facebook! Banyak lagi benda lain yang boleh digunakan untuk berhubung. Telefon boleh sms, Evoip boleh call (kan Yim?). Amaran!! :Frienster, MySpace atau laman komuniti lain juga berpotensi untuk jadi bahaya macam facebook. sekian~

p/s : More books, less facebook!

Thursday, November 19, 2009

Halangan untuk study


Antara perkara-perkara yang selalu membuatkan aku lengah/lambat /malas study :

1. Internet, Facebook, Game dan movie dalam laptop.

2. Musim sejuk dah masuk la..Nak tido je.Tak oleh lawan keinginan tu rasanya.

3. Musim sejuk ni buat aku selesema, demam.Rasa tak sihat. Jadi, baca buku pun tak masuk dalam kepala.Tak boleh bagi konsentrasi.

4. Selalu rasa macam nak keluar jalan-jalan. Sikit-sikit nak pergi Carrefour la, Green Plaza la, San Stefano la..

5. Rumah bersepah. Kalau rumah dah bersepah, mesti lah aku hilang mood untuk belajar. Rasa macam belajar dalam sarang tikus pulak. Kalau kemas rumah, nanti buang masa pulak.

6. Rasa macam exam dah dekat, tapi macam tak sempat je nak baca semua topik. Jadi, tak payah bace la..Nanti tak sempat jugak. Otak aku dah mindset macam tu la..Macam mana nak tukar balik ha??

7. Kalau marah/ sakit hati dengan seseorang buat otak aku bercelaru. Rasa memang tak boleh berfikir dan tak tenang untuk belajar.

8. Aku selalu dengar lagu sambil study. Tapi lepas tu aku menyanyi sekali ikut lagu tu. Study entah hilang lepas ke mana. Kalau tak dengar lagu, mesti aku tertidur kat atas buku tu~

9. Bila tengok alasan-alasan kat atas ni, susah untuk pastikan semuanya dapat diselesaikan. Tu yang rasa lebih tak ada semangat tu.

Tapi macam orang selalu cakap la..
*Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian
*Nak seribu daya, tak nak sudah!!

Saturday, November 7, 2009

Sambutan Hari Raya Aidiladha...Nak ke Mana ye?

Raya haji dah tak lama lagi dah..24 November ni! Aku tak tahu nak sambut hari raya di mana. Aku keliru, samada nak sambut hari raya di sini (Iskandariah) ataupun di BAKAN Rumah Pahang (Kaherah). Aku ada tulis pasal ni dalam facebook, dan macam-macam komen orang aku terima. Ada yang suruh aku beraya di Malaysia, ada yang suruh ke London, dan banyak lagilah tempat-tempat yang tak sepatutnya aku pergi.

Jadi, aku kenalah rancang awal-awal. Teman serumah cadang untuk beraya di Iskandariah sahaja. Ada juga rakan aku di Mansoura yang ajak aku datang ke sana pada waktu cuti ni. Pening aku! Tapi kat sini, aku tulis beberapa kebaikan dan kelemahan (kelemahan ni atas diri aku sendiri) beraya di Iskandariah dan Kaherah!



KAHERAH
1. Dapat berjumpa ustaz-ustaz rumah Pahang dan kawan-kawan dari tempat lain yang sudah lama aku tak jumpa.Dapat eratkan semula silaturahim yang sudah lama renggang.
2. Dapat beraya di pelbagai BAKAN. Dapat beraya di Rumah Pahang, Rumah Terengganu, Rumah Johor, dan banyak lagi.
3. Kalau dah banyak tempat BAKAN, mestilah juadah hari raya pun beraneka ikut tempat masing-masing. Contohnya Rumah Pulau Pinang mesti ada Laksa Penang, kalau Rumah Terengganu, mesti ada nasi dagang. Yum Yum..!Sedapnye~
4. Dapat jalan-jalan di Kaherah yang sudah lama aku tak pergi.
5. Lebih ramai orang berkumpul di sana. Jadi, pasti lebih meriah. Makin ramai, makin meriah sambutannya.
6. Tapi, masalah pengangkutan. Dalam perjalanan pergi dan balik, aku mungkin boleh ditipu berkali-kali. Misalnya duit teksi, baksyish dan macam-macam lagi.
7. Kaherah banyak pasir, aku agak alah dengan pasir yang banyak. Tahun lepas aku beraya di Kaherah dalam demam.



ISKANDARIAH
1. Senang sikit. Tak payah susah payah nak beli tiket ke Kaherah, tak perlu pergi jauh-jauh.Tapi mungkin raya kat sini kurang meriah kot??
2. Kawan-kawan pun ramai raya kat sini. Tapi semua kawan-kawan yang selalu jumpa.
3. Boleh buat rumah terbuka, ajak orang datang rumah! Hehe~
4. Jimat masa. Masa yang lebih boleh digunakan untuk ulangkaji.
5. Tak dapat rasa perlbagai makanan dari BAKAN.
6. Tak dapat jumpa orang yang lama tak jumpa (orang di Kaherah)
7. Tak dapat 'feel' balik kampung! Hehe~

Jadi, macam mana ek???

Ni gambar raya kat Kaherah tahun lepas. Tahun ni?? Tak tahu lagi nak ke mana~

Thursday, October 1, 2009

Kami yang Tabah

Cuba tengok gambar di atas ni. Apa persamaan kami? Jumpa tak? Kami semua senasib. Perlu mengambil semula ujian ulangan Anatomy. Kami sebenarnya tak boleh mengeluh, sebaliknya kena bersyukur sebab kami adalah antara orang-orang yang terpilih untuk untuk menerima dugaan Allah ni. Bukan tak pandai, cuma tak bernasib baik & tak ada rezeki je. Lagipun Allah SWT dah tetapkan rezeki kita masing-masing.

Jadi, Humyra menggelarkan kami ni Persatuan Tabah. Hehe~ Gambar ni di tangkap di Restoran Syami selepas menyambut hari jadi Humyra. (Selamat Hari Jadi Hum!). Mula-mula kami ke Makmal Anatomy, belajar muscle sama-sama. Nasib baik la Doktor Aiman ada. Bersyukur kepada Allah Taala. Kalau tak, mesti kami yang kurang faham subjek Anatomy ni terkapai-kapai belajar sendiri. Dr. Aiman bersungguh-sungguh mengajar kami tadi.

Lepas je kami habis belajar di makmal tadi, kami diberitahu yang hari ni hari jadi Humyra. Jadi, kami satu rombongan 'Repeaters for Anatomy' ni pun bercadanglah nak sambut hari jadi Hum di Restoran Syami, which is suggested by Hum sendiri. Tu yang kami sempat bergambar tu. InsyaAllah, pada hari Sabtu ni, kami akan berkumpul semula sekali lagi untuk menjawab ujian ulangan Anatomy. Harap-harap doa dari ibubapa, sokongan dari rakan-rakan, bantuan dari Doktor Aiman dan keberkatan dari Allah taala dapat membantu kami untuk menjawab peperiksaan pada hari Sabtu nanti dengan lebih yakin. InsyaALLAH~!

Setiap kejadian ada hikmahnya. Mungkin kami perlu mengambil ujian ulangan kerana Allah sudah tahu sejak awal lagi bahawa kami akan dapat pointer yang kurang bagus. Jadi, Allah memberi peluang dan kesempatan kepada kami lagi sekali untuk membaiki pointer kami supaya menjadi lebih baik. Kerana kami antara yang bernasib baik dipilih oleh Allah untuk membaiki semula pointer kami. Sedangkan mereka yang lulus, pointer mereka telah pun ditetapkan sebegitu dan tidak boleh diubah lagi melainkan mereka juga mengambil ujian ulangan.

Ya Allah, sesungguhnya kami bersyukur kepada Mu kerana memberi kami dugaan ini. Sesungguhnya kami percaya bahawa setiap kejadian yang Engkau lakukan adalah tidak sia-sia.
InsyaAllah, kami akan cuba berjuang dengan bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya kami pada hari Sabtu ini.

Wednesday, September 2, 2009

Budak Pun Tahu

Ada suatu petang tu aku tengah duduk kat beranda depan rumah, sambil menunggu waktu berbuka puasa. Ramai budak-budak yang bermain-main di depan rumah. Kagum sungguh aku akan kecergasan diorang sedangkan aku yang lebih tua dari mereka ni pun cuma mampu duduk di beranda, tidak 'bersenam' seperti itu.

Tiba-tiba ade dua orang dalam kalangan mereka yang bergaduh.Ejek mengejek antara satu sama lain. Saling bertikam lidah. Sehinggalah salah seorang yang bergaduh itu mengejek 'lawannya' dengan perkataan 'babi!'. Suasana menjadi terdiam seketika. Kemudian budak yang diejek itu menyebut 'Alhamdulillah~' Semua yang berada di situ termasuk aku jadi tergamam.

Kemudian budak yang diejek itu menyambung ;

" Kalau aku jadi babi, aku bersyukur sangat. Sebab babi pernah menolong Nabi Nuh dalam kesusahan. Sewaktu Nabi Nuh membina bahtera, ramai kaumnya yang degil mengotorkan bahtera Nabi Nuh AS dengan najis. Namun babi yang haram itulah yang membantu baginda membersihkan bahtera itu dengan memakan semua najis tersebut. Kalau kau ejek aku babi, aku bersyukur sebab babi pun pernah tolong Nabi. Kau pernah tolong apa? Tolong mak ayah pun tak pernah!"

Semua yang berada di situ tergamam, termasuk aku. Petahnya budak ni bercakap. Betul ke apa yang dikatakannya itu? Entah, aku pun baru je dengar benda ni. Hehe..Wallahualam..

Kemudian, budak yang mengejek babi tu pun menangis. Terus berlari-lari pulang. Budak yang diejek pula tetap cool/ maintain je..Hehe...Tak sangka ye!

Budak lebih tahu!

p/s : Kalau orang ejek aku babi, aku terus maki hamun orang tu balik!

Friday, May 8, 2009

Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu

Tadi aku duduk rehat-rehat. Malas sungguh nak belajar rasanya. Tiba-tiba Abe buka lagu Aisyah, Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu. Tiba-tiba teringat arwah mak. Dah 12 tahun mak meninggalkan aku. Ingat lagi, arwah mak tinggalkan aku waktu aku darjah satu, waktu aku baru masuk sekolah.

Secara tak sengaja, air mata aku mengalir. Tentu arwah mak aku sedih kalau dia tahu aku malas macam ni. Aku terus capai buku histopathology, nak baca. Tapi tak boleh, sebak sungguh rasanya. Memang betul, aku dah ada mak baru. Tapi abah sendiri yang cakap, tak akan ada orang yang boleh ganti arwah mak di hati abah. Dan juga bagi aku, dan mungkin adik-beradik aku yang lain.

Ingat lagi waktu arwah mak ada, saudara mara selalu datang melawat. Kalau waktu hari raya meriah sekali. Jiran-jiran pun selalu datang melawat. Tapi lepas mak pergi, aku dah tak kenal lupa saudara mara. Lupa siapa Mak Anjang. Baru sekarang kenal balik. Sekarang ni, hari raya memang sunyi. Dah tak ada saudara sebelah mak yang datang. Ingat lagi selepas mak meninggal, abah jadi tak keruan. Sampai aku tak terjaga. Sehingga aku terpaksa tinggal di rumah jiran aku sendiri lebih kurang seminggu. Bayangkan, aku dijaga oleh orang lain yang bukan keluarga aku. Semenjak hari tu, aku dah tak duduk dengan abah. Aku tinggal dengan akak sulung aku sampai sekarang. Cuma kadang-kadang je aku melawat abah di kampung. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat bila aku dapat pinjaman Mara. Keluarga aku pun bukan orang senang, abah cuma peneroka Felda. Sekarang dah bersara. Kakak-kakak aku yang lain semua dah jadi isteri orang, tak bekerja. Cuma mengharap nafkah dari suami. Cuma abang aku yang tinggal, bekerja untuk menanggung dirinya sendiri dengan abah. Abang pun cuma ganti tempat abah, sambung kerja abah.

Ya Allah, rasa berdosa sungguh aku. Tak sanggup aku nak musnahkan harapan keluarga. Sepatutnya aku tak boleh malas. Rasa insaf pula bila terkenangkan semula.

Ya Allah, kau berilah aku kekuatan untuk menempuhi dugaan hidup ini. Dan kau limpahi lah kurnia-Mu ke atas kedua ibu bapa ku. Kau tempatkanlah ibuku dalam kalangan orang yang solehah. Amin~

Selamat Hari Ibu