Wednesday, September 2, 2009

Budak Pun Tahu

Ada suatu petang tu aku tengah duduk kat beranda depan rumah, sambil menunggu waktu berbuka puasa. Ramai budak-budak yang bermain-main di depan rumah. Kagum sungguh aku akan kecergasan diorang sedangkan aku yang lebih tua dari mereka ni pun cuma mampu duduk di beranda, tidak 'bersenam' seperti itu.

Tiba-tiba ade dua orang dalam kalangan mereka yang bergaduh.Ejek mengejek antara satu sama lain. Saling bertikam lidah. Sehinggalah salah seorang yang bergaduh itu mengejek 'lawannya' dengan perkataan 'babi!'. Suasana menjadi terdiam seketika. Kemudian budak yang diejek itu menyebut 'Alhamdulillah~' Semua yang berada di situ termasuk aku jadi tergamam.

Kemudian budak yang diejek itu menyambung ;

" Kalau aku jadi babi, aku bersyukur sangat. Sebab babi pernah menolong Nabi Nuh dalam kesusahan. Sewaktu Nabi Nuh membina bahtera, ramai kaumnya yang degil mengotorkan bahtera Nabi Nuh AS dengan najis. Namun babi yang haram itulah yang membantu baginda membersihkan bahtera itu dengan memakan semua najis tersebut. Kalau kau ejek aku babi, aku bersyukur sebab babi pun pernah tolong Nabi. Kau pernah tolong apa? Tolong mak ayah pun tak pernah!"

Semua yang berada di situ tergamam, termasuk aku. Petahnya budak ni bercakap. Betul ke apa yang dikatakannya itu? Entah, aku pun baru je dengar benda ni. Hehe..Wallahualam..

Kemudian, budak yang mengejek babi tu pun menangis. Terus berlari-lari pulang. Budak yang diejek pula tetap cool/ maintain je..Hehe...Tak sangka ye!

Budak lebih tahu!

p/s : Kalau orang ejek aku babi, aku terus maki hamun orang tu balik!

6 comments:

bobgp90 said...

salam...aku pun cm pernah dgr cte tue..tp x ingat ktne.. ko cmne skg?

hUr said...

great story/ :)

afeez.gonzalez said...

mm..mulia jugak babi ni..pasni boleh la pnggil org babi bnyk2 kali..

oit..betoi ka cter ni..nnt klu ak trpanggil org babi kang, xpsal2 kne blasah..

khairi said...

to bob:
ntah, aku pun baru dengar je dari budak tu~

to hur :
heheh..ilham dari budak2

to abu :
aku tak tahu betoi ke tak. Ni pun aku dengar dari budak hingusan yang main kejar-kejar depan umah aku.

afeez.gonzalez said...

oo..
kesimpulannya jagala mlut anda..
babi tu xsedap bunyinya..

1 lagi..jika kita redho ngn gelaran yg org bg kt kite di dunia ni, maka kt akhirat nnt allah akan pnggil kite dgn gelaran tersebut..

klu kmu redho org pnggil kamu babi,maka babila glaran kamu kt akhirat nnt..
bes ke?

mestila x..

Cik Duktur Paan MD said...

gempak budak kecik tuh hehe

sonok bercuti dik? hehe.