Saturday, November 21, 2009

Bahaya Facebook!!!

Facebook
a) Facebook ni boleh buat kita ketagih. Suka sungguh kita bila kita tengok orang lain komen post kita. Sedangkan benda ni boleh buat kita leka. Leka sehingga terabai pelajaran. Dan malah mungkin abaikan solat sebab leka sangat bermain facebook!

b)Kalau korang perasan, kat facebook tu ada mintak kita tulis personal information. Aku nasihatkan, janganlah bagi info tu. Jangan bagi nombor telefon, alamat, dan nama sebenar(juga GAMBAR!!!) dan seeloknya jangan bagi lah info-info lain yang tidak kurang pentingnya. Sebab, penjenayah siber ni boleh buat macam-macam dengan maklumat tu.

Contoh :
Seorang ni orang agama lain yang tak suka Islam. Jadi, dia ambil information kita (nama penuh, alamat, number tel etc) dan buat sebuah blog.Dalam blog tu pula, banyak entri-entri yang menghina agama suci kita ni. Jadi, bila orang Islam sendiri buka blog tu, mesti diorang akan salah sangka dan ingat kita (orang Islam sendiri) yang tulis blog tu. Lebih-lebih lagi, gambar profil yang diletak di blog tu ada pula gambar sebenar kita (yang dicuri/digrab) dari Facebook. Siap ada info pasal diri kita lagi. Semua info tu memang betul pula tu pasal diri kita. Bahaya kan? Nanti kita akan ditangkap dan dituduh membuat semua tu.

Bukan blog je. Diorang mungkin boleh guna perkara tu untuk benda lain. Contohnya komuniti laman web lucah ke, lesbian ke, gigolo ke ataupun apa-apa yang teruk-teruk lah. Lepas tu, buat akaun (sign up) kat laman web tu dengan menggunakan information kita (yang mereka dapat dari facebook). Kat profil image pula, diletaknya gambar kita. Kenapa letak gambar kita? Sebab dia malu kalau nak letak gambar dia. Takut dihina orang. Jadi, sebab tu dia letak gambar kita. Lebih-lebih lagi, kalau muka kita lawa/hensem, senang dia nak dapat "kawan" dalam laman komuniti tu. Nanti mesti ramai orang add dia. Sedangkan dia guna nama kita. Jahat sungguh kan? Nanti kita yang dipersalahkan dan menanggung malu.

Jadi...
1. Elakkan dari 'add' orang yang tidak dikenali.
2. 'Ignore friens request' dari orang yang tak dikenali.
3. Jangan letak terlalu banyak informasi diri. Tak perlu letak nombor telefon.
4. Kurangkan upload gambar diri sendiri. Kalau nak upload, upload gambar yang ada kita ramai-ramai. Supaya penjenayah siber tak dapat kesan yang mana satu kita dalam gambar tu. (Lagipun rajin pulak orang jahat tu nak 'crop' gambar kita seorang)
5. Delete je facebook! Banyak lagi benda lain yang boleh digunakan untuk berhubung. Telefon boleh sms, Evoip boleh call (kan Yim?). Amaran!! :Frienster, MySpace atau laman komuniti lain juga berpotensi untuk jadi bahaya macam facebook. sekian~

p/s : More books, less facebook!

6 comments:

Nor Syaqinah Razali said...

iye..
betol2..
my sis had told me b4 this, fb adalah salah 1 medium utk org2 yahudi dapat maklumat tentang diri kita,muslim khasnya.
sbb nya,mcm mana dia nak attack kita kalo dia x dak apa2 pengetahuan pasal kita. xkan nak mtk kat jabatan pendaftaran negara plak kan.
tp addiction to fb still x bleh nak lepaskan lah.sedih tol

khairi said...

same la kite (T_T)..still addicted to fb. macam mane ek? tak yah delete tkpe, tp kena ade precaution step la..

Anis Amirah Nawawi said...

khairi, nk seribu daya, x nk jgn bgi byk alasan.. aku boleyh je delete fb tnpa ragu2.. okeyh

khairi said...

hehe..eh? ko bukan memang tak pernah ada facebook ke anis? ke pernah ade, tp ko delete?

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

suatu ketika dahulu... aku pun telah mendelete fb... tetapi ter activate balik la pulak... adoy...
apa2 pun... balance is key... 'wasotiah' dalam setiap perkara...

like the last part

"more books, less facebook" !
terbaik!

khairi said...

Anas..kalo ko nak tahu kan...sebnanye aku pun dh pernah delete fb. tapi activate balik. same la kite (-_-")