Thursday, November 19, 2009

Halangan untuk study


Antara perkara-perkara yang selalu membuatkan aku lengah/lambat /malas study :

1. Internet, Facebook, Game dan movie dalam laptop.

2. Musim sejuk dah masuk la..Nak tido je.Tak oleh lawan keinginan tu rasanya.

3. Musim sejuk ni buat aku selesema, demam.Rasa tak sihat. Jadi, baca buku pun tak masuk dalam kepala.Tak boleh bagi konsentrasi.

4. Selalu rasa macam nak keluar jalan-jalan. Sikit-sikit nak pergi Carrefour la, Green Plaza la, San Stefano la..

5. Rumah bersepah. Kalau rumah dah bersepah, mesti lah aku hilang mood untuk belajar. Rasa macam belajar dalam sarang tikus pulak. Kalau kemas rumah, nanti buang masa pulak.

6. Rasa macam exam dah dekat, tapi macam tak sempat je nak baca semua topik. Jadi, tak payah bace la..Nanti tak sempat jugak. Otak aku dah mindset macam tu la..Macam mana nak tukar balik ha??

7. Kalau marah/ sakit hati dengan seseorang buat otak aku bercelaru. Rasa memang tak boleh berfikir dan tak tenang untuk belajar.

8. Aku selalu dengar lagu sambil study. Tapi lepas tu aku menyanyi sekali ikut lagu tu. Study entah hilang lepas ke mana. Kalau tak dengar lagu, mesti aku tertidur kat atas buku tu~

9. Bila tengok alasan-alasan kat atas ni, susah untuk pastikan semuanya dapat diselesaikan. Tu yang rasa lebih tak ada semangat tu.

Tapi macam orang selalu cakap la..
*Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian
*Nak seribu daya, tak nak sudah!!

5 comments:

Nor Syaqinah Razali said...

salam..
mmg byk halangan kan kalo nak study..
tp kalo nak buat bnde lain cm tgok movie ke,layan fb ke,mesti x de byk halangan..
urm..stadi sambil dgr lagu,dlu aku pun x cmtu, tp dah sampai cni,keadaan sekeliling buat aku terpaksa dgr lagu time stadi.
kalo nak elak nyanyi,cube dgr lagu yg kita x paham, cm lagu korea ke, hindustan ke..hehe..
pasal internet plak, better to shut down ur laptop. sbb sebelum ni aku x shut down,kadang2 sleep je, so aku tendency utk g kat laptop tu balik, nak tgok fb la,tgok ym la, padahal xde pape pun.. so kalo shut down tenang cket ati. bukak time dah ngantok belajar or keperluan je.
pasal hati,mmg susah kalo org sekeliling ade je yg x sekepala dgn kita. dlu aku pun kuat gak pikir pasal org. tp skrg ni, aku pikir2 balik, xpe lah, biar dia buat apa yg dia suka. kalo bnda tu salah, dia mesti la tahu, so pandai2 la pikir sendiri kan. pasal jaga hati, kalo asyik nak jaga hati sampai bila2 pun susah, sbb kita manusia lain2,hati lain2, so kita buat sekadar yg termampu je. yg selebihnya serahkan pd Allah SWT.
=) sori terkomen panjang2 plak

khairi said...

Tak kisah pun komen panjang. Sebab aku suke bace. InsyaAllah, akan aku try buat. Sekarang ni pun demam dah berkurangan. Jdi, harap boleh la bagi konsentrasi sikit. Tapi memang susah bila fikir pasal orang. Setuju dengan Sya. Buat hal sendiri je la lepas ni. Tapi hopefully orang tak kata aku sombong. Dan memang rasa macam nak uninstall smula game tu. Lepas tu rasa bersyukur sangat bila internet tk laju. haha~

hanif hafiz said...

giler..
sya dh jd ustazah..

khairi said...

ape salahnye~

Nor Syaqinah Razali said...

bukan ustazah ler..
cume menasihati..
dah berpengalaman kan...hehe~