Friday, December 25, 2009

"Shift!"


Ali gelisah. Exam praktikal histology akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Menyesal sungguh dia tidak mengulangkaji sebelum ini. Kelas praktikal juga dia jarang datang. Ali cuma sempat mengulangkaji pada malam sebelum peperiksaan berlangsung. Itu pun, dia ingat-ingat lupa akan apa yang telah dibacanya. Tidak lama kemudian, peperiksaan itu dimulakan.

Setiap pelajar harus bergerak dari stesen ke stesen.Ada 10 stesen semuanya. Setiap stesen dibekalkan dengan sebuah mikroskop. Mereka perlu mengenalpasti jenis spesimen yang terdapat di mikroskop tersebut. Apabila professor menyebut "shift", mereka perlu bergerak ke stesen yang berikutnya.

Ali makin gelisah. Bimbang jika dia tidak dapat menjawab soalan-soalan itu nanti. Ali kini berdiri di depan sebuah mikroskop di stesen nombor 8. Ali bermula dari stesen nombor 8! Ini bermakna stesen terakhir baginya ialah stesen nombor 7. Professor melaung " You can start now!". Ali meneliti spesimen tersebut. Ali rasa dia pernah jumpa spesimen itu, tapi dia lupa akan nama dan jenis spesimen yang digunakan. Tanpa sempat menjawab apa-apa, professor menjerit, "Shift!"

Ali kini di stesen nombor 9. Dengki sungguh dirinya apabila dia melihat rakan-rakannya yang lain kelihatan tenang sahaja menjawab soalan-soalan tersebut. Ali cuba untuk melihat kertas rakan di sebelahnya, yang kini berada di stesen nombor 8 (stesen Ali sebelum ini). Tetapi jawapannya ditutup,ditutup dari dibiarkan ditiru oleh orang seperti Ali.

Ali bengang. Baginya, apalah salahnya jika tolong menolong antara satu sama lain. Lagipun kita kan nak berjaya sama-sama? Janganlah kedekut sangat, takkan nak berjaya sorang-sorang. Itu pendapat Ali. Ali semakin bengang bila rakannya tidak memberikan jawapan kepadanya. "Oo..Kedekut ya? Nanti kau!

Ali kemudian mengubah kedudukan slide spesimen itu. Dia mengubah kuasa lensa di mikroskop itu. Pandangan lensa itu semakin kabur. Kemudian, professor menjerit, "Shift!". Ali ke stesen 10, manakala rakannya tadi ke stesen 9. Ali dapat lihat rakannya tadi gelabah. Mungkin gelabah untuk cari kuasa lensa dan kedudukan yang sesuai untuk dapat melihat spesimen itu dengan lebih jelas semula. Ali kini melakukan perkara yang sama di mikroskop stesen nobor 10. Kemudian, professor menjerit lagi, "Shift!'.

Rakannya itu kini di stesen nombor 10. Juga sama. Rakannya itu gelabah mencari kuasa lensa dan kedudukan spesimen yang tepat untuk lihat dengan jelas. Selain itu, orang lain yang kini berada di stesen 8 (stesen Ali mula-mula tadi) juga mengalami masalah yang sama. Tak dapat mengenalpasti spesimen tersebut kerasa tidak jelas).

" Kalau aku tak berjaya, korang pun jangan harap nak berjaya!"..Ali berkata dalam hati. Prof menyebut lagi, "Shift!" Ali ke stesen seterusnya dan melakukan benda yang sama. Manakala semakin ramai pelajar yang mengalami masalah tidak dapat mengenal pasti spesimen kerana pandangan di mikroskop itu kurang jelas. Ali tersenyum puas!

5 comments:

hanif hafiz said...

siapakah ali

anti ali said...

wtf!!!!
kalo ak jumpa budak ali ni,cnfrm aku sepak2 smpai lumat..
dah laa malas study, hati busuk plak 2...
buat ali (jikalau wujud) pergi mampos ar kau............

khairi said...

to abu = huhu..harap2 ali ni tak wujud!

to anti ali=
sabar2x..aku pun menyampah dengan ali..kalau ade, kita doakan supaya die dapat hidayah..

kepalakotak said...

wah. ali. asal ko x dtg kelas praktikal.

tapt patutnye, bkn ke bole mintak tolong prof. adjustkn?

khairi said...

prof cakap dy cuma adjust sebelum exam berlangsung. semasa exam berlangsung, segala urusan adjust mengadust slide tidak akan dilayan. trima kasih!