Wednesday, December 9, 2009

STRESSroscope

Tadi baru habis praktikal biochem. Aku tak puas hati. Dah dua kali praktikal biochem berturut-turut aku tak puas hati. Tadi, aku cuba fahamkan apa yang lecturer ajar. Tapi aku tetap tak faham. Seriusly, aku tak tidur dan tak berangan pun dalam kelas tadi. Tapi, aku memang tak faham. Teringat pula kuiz IQ test yang Anas bagitahu sebelum ni. IQ aku mesti rendah dari 90. Malah, takut tak sampai 60 pun kot? Pasal aku ni memang susah nak faham sesuatu benda.

Jadi, tadi waktu sesi praktikal tadi aku terpinga tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak mula dari mana. Aku minta orang ajarkan, tapi ramai juga yang tak faham. Memang stress sangat tadi. Lepas tu Alhamdulillah, nasib baik ada Farhana tolong ajarkan. Thanks to Farhana! But then, bila aku dah campur2 reagent, sample and standard tu, aku cuma dapat sikit je dalam tube tu. Tapi aku memang dah sukat betul.

Nak dipendekkan citer, aku antara orang yang paling last la dalam group aku yg buat eksperimen tu. So, waktu aku masih menunggu 10 minit (bile letak tube tu kat tempat gelap), ramai budak yang dah balik. Tinggal aku je dalam group aku tadi. Lepas tu dah cukup 10 minit, aku bawak la tube aku tu pergi kat pak cik yang jaga colorimeter tu. But then, pak cik tu kata tak boleh nak kira cos sikit sangat dalam tube. Aku punyer la bengang. Pastu, aku pergi semula tempat aku, try sukat lagi sekali. Dan, aku dapat amount yang sama ; sikit jugak. Sama amount dengan dalam tube yg pak cik tu tak boleh baca absorbance tu. Jadi, aku pelik macam mana budak lain boleh dapat banyak amount dlm tube tu ek? Jadi, aku balik dalam keadaan hampa..

Minggu sebelum cuti tu pun sama, Pasal tengok spectroscope. Aku cukup bengang bila blood tu aku yang dilute, aku yang prepare, aku yang shake tube gently, sume benda la..cuma tinggal nak tengok je kat spectroscope tu. Tapi, orang lain yang tengok sample yang aku buat . Sedangkan aku tak tengok lagi. Last2, sampaiorang semua balik baru aku dapat spectroscope tu. Waktu aku dapat spectroscope tu, cuma tinggal aku dan beberapa orang je kat dalam lab tu. Tak sampai lima orang kot. Barula aku dapat pegang spectroscope tu. Sedih sangat. Lepas ni, tak tahu la macam mana pulak dengan praktikal yang akan datang.

Teringat pulak waktu dulu. Ayah aku pun tak bagi aku ambik medik. Tapi gatal sangat nak ambik. Sekarang, rasakan! Dengan belajar tak paham, praktikal tak jadi. Lain kali, buat IQ test dulu! Lepas ni, buat praktikal sorang-sorang je la. Lagipun kalau duduk dalam group pun, sama je macam buat praktikal sorang-sorang kan? = (

7 comments:

hanif hafiz said...

tp dh knyang mkn mc d..
okla tu..

silent reader said...

IQ bukanlah segala-galanya. Janji ade usaha dan keazaman serta ketabahan.

Mungkin Khairi pasni try tengok cam mane orang lain buat. Mungkin juga kadang-kadang mase die terang cara nak buat, die ubah sukatan..

pastu check micro-pipette betul ke unitnye etc...

pasal spectroscope tu satu hal juga. bukan pasal tu je. kadang-kadang tension jugak dengan kawan-kawan yang terlebih eksited nak belajar. Agak-agakla kalau nak amik masa tengok bende tu (cam microscope etc). Orang lain pon nk belajar jugak. Anyway pasni cop spectroscope dalam poket awal2.. haha...

ape-ape pun, pasni cuba rileks, jangan putus asa untuk pahamkan... never give up!! (pesanan untuk saye juge) :D

p/s: anyway, practical bio mmg jarang menjadi... baik comparekan result ngn orang lain.. yang penting tau konsep.. haha...

Anonymous said...

standard r tu kalo practical bio buat sesorang..barulah practical namenye..nati xm pun buat sorg2 kan? ha...atleast, buat sniri tu kite blaja and igt lebih dr kite buat partner..sbb kite sniri yg masak dia...same cam masak gak..buat sniri masakan tu akn help kite memorize lebih..

sal iq tu...usaha dan niat lebih penting..patut bersyukur sbb allah dah beri laluan yang lurus utk jadi doctor..skarang path dah betul and lurus..so why don't work hard on it to be better than others, instead of think badly,..ubah pemikiran jugak, lebih open and rational and more positive..and one thing..papepun kite buat..berkat tu penting..jadi bile rase cam xmampu or xyakin, make sure igt allah and be positive, think positive, tukar kan ape yg kite fikir bad tu to positive, invert kan die..and dun forget to smile..sbb insyaallah mampu release stress in hard situation :D

khairi said...

to abu :
tu la..nasib baik mkan dah. haha..

to silent reader :
thanks for the advices. :)
Memang betul, orang lain pun nak belajar juga, tapi kadang-kadang tak kan diorang tak perasan yang diorang lupa kawan yg lain? erm~ ntah la...

to anynomous:
stuju sgt2..pasni buat prktikal sorang sudeyh

Anonymous said...

well, you know ppl right, some treasure us and some don't, bcause some like the phrase so much, 'what are frens for' but some misuse it, bcos ppl don't think much and ppl don't want to waste time just to care, anyway just be ourself, as long as we can b happy and so do ppl around us, the little secret that u might want to remember is, 'sometimes kita terpakse selfish, and that means us, ourself, but not always, that's for me and despite that, i treasure my frens so much no matter who they are and how they react with me, and there's a say from a father to his children that 'org cemerlang x ssh kan org n dpt tlg org' (the quote is in bm so i use bm instead, sounds great) jadi,face up the world, just go forward but don't forget, we do sometime needs to look back, not to feel suffered but to learn, and that's why it's said that 'those who forget the pass are condemn to repeat it', jadi, anything, you must remember ur principles lah, and my few advice before might help you to go through ur day, and maybe not but atleast, you get the idea..

and for the biochem, really, buat je sniri, nanti time revision xde lah blurr je, dok tanye org, atleast kite still ad few ideas, evn if not all,just few, kite might remember more and done better in xm..good luck in life

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

Salam kecik...
baru je baca post ni...

ni, nak kongsi ayat quran.. Surah An'Nisa

"wa kafabillahi waliyan, wa kafabillahi naseero"
"Dan cukuplah Allah menjadi pelindung, dan cukuplah Allah menjadi penolong"

also "InnAllah ma'ana"

Nak tanya...Apa hikmah nabi dijadikan anak yatim?...
sebabnya, apabila baginda dalam kesusahan bukan 'ayah!', 'mak!' yang disebut...
tetapi 'Allah!'

nampak tak?... kadang2 kita, bila dalam kesusaha, who do we turn to?... mak, ayah, kawan...betul tak?

tapi Allah?... jarang2 sekali kita mintak tolong drpd dia, padahal Dialah sebaik penolong...
*astaghfirullah...
tak salah mintak tolong drpd orang... tapi yg penting jgn abaikan mintak pertolongan drpd Allah...

ok tak?...
and like the previous comments... have a positive mind set on things...
and btw IQ has a far less influence on life than hard work on preseverence does... beleive me...

khairi said...

to anynomous :
InsyaAllah~ Yup, life mst still go on. And I should look forward and think +vely. InsyaAllah, harap-harap tak ada sikap selfish dlm diri ni. Lepas tu ,just realized that kawan-kawan pun wktu tu may be ada hal lain yg nk diuruskan, may be nk solat cepat time biochem tu. Tak apalah, nanti tak perlu lah merungut lagi. :)

Anas =
erk~! really wish that you never comment on this post. Dah tau, kalau komen, mesti pedas punya. He~gurau jer..No doubt pasal apa yg anas tulis tu. Cos aku pun anak yatim, and used to ask help from parents and friends first before Allah. Sedangkan, Allah seniasa bersedia utk dengar luahan kita. InsyaAllah, lepas ni aku faham la situasi2 masing2. Silap aku jugak, tak perasan yang org lain pun ada hal lain. How selfish I am~ :P