Friday, May 8, 2009

Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu

Tadi aku duduk rehat-rehat. Malas sungguh nak belajar rasanya. Tiba-tiba Abe buka lagu Aisyah, Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu. Tiba-tiba teringat arwah mak. Dah 12 tahun mak meninggalkan aku. Ingat lagi, arwah mak tinggalkan aku waktu aku darjah satu, waktu aku baru masuk sekolah.

Secara tak sengaja, air mata aku mengalir. Tentu arwah mak aku sedih kalau dia tahu aku malas macam ni. Aku terus capai buku histopathology, nak baca. Tapi tak boleh, sebak sungguh rasanya. Memang betul, aku dah ada mak baru. Tapi abah sendiri yang cakap, tak akan ada orang yang boleh ganti arwah mak di hati abah. Dan juga bagi aku, dan mungkin adik-beradik aku yang lain.

Ingat lagi waktu arwah mak ada, saudara mara selalu datang melawat. Kalau waktu hari raya meriah sekali. Jiran-jiran pun selalu datang melawat. Tapi lepas mak pergi, aku dah tak kenal lupa saudara mara. Lupa siapa Mak Anjang. Baru sekarang kenal balik. Sekarang ni, hari raya memang sunyi. Dah tak ada saudara sebelah mak yang datang. Ingat lagi selepas mak meninggal, abah jadi tak keruan. Sampai aku tak terjaga. Sehingga aku terpaksa tinggal di rumah jiran aku sendiri lebih kurang seminggu. Bayangkan, aku dijaga oleh orang lain yang bukan keluarga aku. Semenjak hari tu, aku dah tak duduk dengan abah. Aku tinggal dengan akak sulung aku sampai sekarang. Cuma kadang-kadang je aku melawat abah di kampung. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat bila aku dapat pinjaman Mara. Keluarga aku pun bukan orang senang, abah cuma peneroka Felda. Sekarang dah bersara. Kakak-kakak aku yang lain semua dah jadi isteri orang, tak bekerja. Cuma mengharap nafkah dari suami. Cuma abang aku yang tinggal, bekerja untuk menanggung dirinya sendiri dengan abah. Abang pun cuma ganti tempat abah, sambung kerja abah.

Ya Allah, rasa berdosa sungguh aku. Tak sanggup aku nak musnahkan harapan keluarga. Sepatutnya aku tak boleh malas. Rasa insaf pula bila terkenangkan semula.

Ya Allah, kau berilah aku kekuatan untuk menempuhi dugaan hidup ini. Dan kau limpahi lah kurnia-Mu ke atas kedua ibu bapa ku. Kau tempatkanlah ibuku dalam kalangan orang yang solehah. Amin~

Selamat Hari Ibu