Wednesday, September 2, 2009

Budak Pun Tahu

Ada suatu petang tu aku tengah duduk kat beranda depan rumah, sambil menunggu waktu berbuka puasa. Ramai budak-budak yang bermain-main di depan rumah. Kagum sungguh aku akan kecergasan diorang sedangkan aku yang lebih tua dari mereka ni pun cuma mampu duduk di beranda, tidak 'bersenam' seperti itu.

Tiba-tiba ade dua orang dalam kalangan mereka yang bergaduh.Ejek mengejek antara satu sama lain. Saling bertikam lidah. Sehinggalah salah seorang yang bergaduh itu mengejek 'lawannya' dengan perkataan 'babi!'. Suasana menjadi terdiam seketika. Kemudian budak yang diejek itu menyebut 'Alhamdulillah~' Semua yang berada di situ termasuk aku jadi tergamam.

Kemudian budak yang diejek itu menyambung ;

" Kalau aku jadi babi, aku bersyukur sangat. Sebab babi pernah menolong Nabi Nuh dalam kesusahan. Sewaktu Nabi Nuh membina bahtera, ramai kaumnya yang degil mengotorkan bahtera Nabi Nuh AS dengan najis. Namun babi yang haram itulah yang membantu baginda membersihkan bahtera itu dengan memakan semua najis tersebut. Kalau kau ejek aku babi, aku bersyukur sebab babi pun pernah tolong Nabi. Kau pernah tolong apa? Tolong mak ayah pun tak pernah!"

Semua yang berada di situ tergamam, termasuk aku. Petahnya budak ni bercakap. Betul ke apa yang dikatakannya itu? Entah, aku pun baru je dengar benda ni. Hehe..Wallahualam..

Kemudian, budak yang mengejek babi tu pun menangis. Terus berlari-lari pulang. Budak yang diejek pula tetap cool/ maintain je..Hehe...Tak sangka ye!

Budak lebih tahu!

p/s : Kalau orang ejek aku babi, aku terus maki hamun orang tu balik!