Thursday, October 1, 2009

Kami yang Tabah

Cuba tengok gambar di atas ni. Apa persamaan kami? Jumpa tak? Kami semua senasib. Perlu mengambil semula ujian ulangan Anatomy. Kami sebenarnya tak boleh mengeluh, sebaliknya kena bersyukur sebab kami adalah antara orang-orang yang terpilih untuk untuk menerima dugaan Allah ni. Bukan tak pandai, cuma tak bernasib baik & tak ada rezeki je. Lagipun Allah SWT dah tetapkan rezeki kita masing-masing.

Jadi, Humyra menggelarkan kami ni Persatuan Tabah. Hehe~ Gambar ni di tangkap di Restoran Syami selepas menyambut hari jadi Humyra. (Selamat Hari Jadi Hum!). Mula-mula kami ke Makmal Anatomy, belajar muscle sama-sama. Nasib baik la Doktor Aiman ada. Bersyukur kepada Allah Taala. Kalau tak, mesti kami yang kurang faham subjek Anatomy ni terkapai-kapai belajar sendiri. Dr. Aiman bersungguh-sungguh mengajar kami tadi.

Lepas je kami habis belajar di makmal tadi, kami diberitahu yang hari ni hari jadi Humyra. Jadi, kami satu rombongan 'Repeaters for Anatomy' ni pun bercadanglah nak sambut hari jadi Hum di Restoran Syami, which is suggested by Hum sendiri. Tu yang kami sempat bergambar tu. InsyaAllah, pada hari Sabtu ni, kami akan berkumpul semula sekali lagi untuk menjawab ujian ulangan Anatomy. Harap-harap doa dari ibubapa, sokongan dari rakan-rakan, bantuan dari Doktor Aiman dan keberkatan dari Allah taala dapat membantu kami untuk menjawab peperiksaan pada hari Sabtu nanti dengan lebih yakin. InsyaALLAH~!

Setiap kejadian ada hikmahnya. Mungkin kami perlu mengambil ujian ulangan kerana Allah sudah tahu sejak awal lagi bahawa kami akan dapat pointer yang kurang bagus. Jadi, Allah memberi peluang dan kesempatan kepada kami lagi sekali untuk membaiki pointer kami supaya menjadi lebih baik. Kerana kami antara yang bernasib baik dipilih oleh Allah untuk membaiki semula pointer kami. Sedangkan mereka yang lulus, pointer mereka telah pun ditetapkan sebegitu dan tidak boleh diubah lagi melainkan mereka juga mengambil ujian ulangan.

Ya Allah, sesungguhnya kami bersyukur kepada Mu kerana memberi kami dugaan ini. Sesungguhnya kami percaya bahawa setiap kejadian yang Engkau lakukan adalah tidak sia-sia.
InsyaAllah, kami akan cuba berjuang dengan bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya kami pada hari Sabtu ini.