Friday, December 24, 2010

Jom Buat Kad Parasit & Fungi

Maaf, post yang emo perlu dipadam. Baiklah, pernah tak tengok cerita kartun Pokemon ataupun Digimon? Ha...Pernah tak terfikir, kan bagus kalau semua parasit dan mikroorganisma yang kita belajar ni dikartunkan? Mesti lebih faham kan?

Contohnya, instead of "Pikchu, I choose you!"

Apalah salahnya kalau kita tukar, " Balantidium Coli, I choose you!". Lepas tu buatlah parasit tu battle dengan parasit lain. Kemudian, nama serangan tu tukarlah dengan clinical pic dan pathogenesis makhluk tersebut.

Contohnya, instead of "Pikacu, use your tackle attack!",
Kita boleh buat, "B. Coli, use your flask shaped ulcer attack!"

Ha..Kan best tu? Lebih faham nak belajar parasitology dan microbiology.
Lepas tu perasan tak, mesti ada trading card pokemon, digimon, yu-gi-oh dan macam-macam lagi. Kenapa diorang tak buat trading card macam tu untuk parasit dan mikroorganisma lain ye?

Jadi, aku pun cuba lah untuk membuat kad. Dan ini antara hasilnya.


Maaf, ni je yang sempat aku buat. Kalau nak lebih banyak, kita kenalah buat sama-sama. Jadi kepada kawan-kawan yang rajin nak tolong buat kad macam ni, boleh la buat di Trading Card Maker.

Baiklah, selamat menghadapi peperiksaan kepada semua!

Thursday, December 23, 2010

Exam Mood, Excellent Mode

Sila berhenti Imaginasi sekarang!!!

Sekarang ni, kena fokus kepada peperiksaan yang akan datang.

Nearest Exam
25 Disember 2010 = Midterm Examination (Parasitology + Microbiology)

Practical Examination
27 Disember 2010 = Physiology Presentation
1 Januari 2011 = Anatomy Practical Exam
2 Januari 2011 = Histology Practical Exam
3 Januari 2011 = Physiology Practical Exam
4 Januari 2011 = Pharmacology practical Exam
5 Januari 2011 = Microbiology Practical Exam

Final Semester Examination


p/s : Kenapa mesti kita diuji?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Monday, December 20, 2010

Mengantuk Dalam Kelas??

Abang Haris Fadillah pernah cakap, sampaikan ilmu walaupun sepotong ayat. Tak baik lengah-lengah dalam menyampaikan ilmu. Jadi, kat sini nak kongsi sikitlah apa yang pernah cikgu kat sekolah tempat aku kerja beritahu dulu.

Antara faktor mengapa student mengantuk dalam kelas,
1) Tak faham cikgu/lecturer ajar sebab dia ajar laju sangat.

2)Tak faham cikgu/lecturer ajar sebab dia ajar berterabur, tak ikut susunan topik macam dalam buku teks. Jadi bosan.

3) Tak dapat nak "imaginasi" apa yang professor ajar sebab tak ada gambar/ moving pictures yang boleh buat kita faham bagaimana sesuatu mechanism tu berlaku.

4) Dah faham, sebab tu tak nak dengar apa yang cikgu/prof ajar kat depan.

Ada banyak lagi faktor lain seperti tak cukup tidur dan sebagainya. Tapi faktor yang aku beri ni ialah faktor pelajar mengantuk sebab tak faham.

Cara mengatasi faktor di atas ialah............

Pre-lecture reading!
Pre-lecture reading sangat membantu. Baca sikit topik yang akan professor ajar pada hari tu. Ketika membuat pre-lecture reading....

1) Ambil idea tentang topik besar tersebut dan tahu subtopik-subtopik yang terkandung dalam topik besar tersebut. Ini dapat mengatasi masalah no 2 di atas.
2) Tahu idea yang nak disampaikan. Baca sedikit, baca sepintas lalu. Dapat mengatasi masalah no 1.
3) Ingat, baca jangan sampai "terlalu faham". Baca cuma untuk ambil idea. Kalau dah faham sangat, nanti terjadi masalah no 4.

Ok, kenapa baca cuma untuk dapat idea? Kenapa tak baca sampai faham?

Jawapan :
*Baca cuma untuk dapat idea dan kalau boleh biarkan sahaja apa yang kita tak faham melalui pre-lecture reading tu.

*Bila professor ajar kat depan, otak kita akan "stimulate" kita untuk ambil tahu pasal apa yang prof ajar kat depan. Jadi, kita tidaklah mengantuk sebab otak kita akan berfikir sebegini, "Oh, ini lah bahagian yang aku tak faham tadi. Jadi, aku mesti tumpukan perhatian!"

* Jangan baca sampai faham sebab nanti bila prof ajar, kita tentu akan fikir, "Alah, aku dah baca dah ni pagi tadi. Dah faham dah pun, buat apa lagi nak tahu." Jadi, kita akan mengantuk dan bosan sebab dengar benda yang sama.

Kesimpulannya, pre-lecture reading sangat membantu dalam mengatasi masalah mengantuk dalam kelas. Tapi kena ingat, banyak lagi faktor lain seperti penat, tak cukup tidur dan sebagainya. Jadi, faktor lain tu sila uruskan sendiri.

"Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" ( Al-Insyirah : 5)

p/s : Eh, masalah no 3 tak selesai lagilah! Ha..Yang itu, kenalah pandai "imaginasi". Haih~ Internet kan ada, guna je lah untuk cari gambar dan video! LOL~

Saturday, December 18, 2010

Jom Tolong Kawan Kita Ni~

Ok, tadi aku ym dengan kawan aku di Malaysia. Dia ni tengah study Nursing di KLMU, KL. Dia ni lelaki. Dia menyewa di sebuah kondominium di sebuah rumah di KL. Housemate dia ada 12 orang semua sekali. Baiklah, sekarang ni kawan aku ada masalah. Masalahnya ialah, HOUSEMATE DIA SUKA BAWAK BALIK PEREMPUAN BALIK KE RUMAH!! Ha..Malas nak cakap banyak, ni aku copy paste perbualan aku dengan dia melalui ym.


Aku chat dengan dia baru je lagi. Waktu Egypt kul 4.30 petg. Tarikh : 18 Disember 2010.
..........
khairimalik: la...
khairimalik: so, kau tgal kt situ dgn spe?

rosdaanodan: mase teraweh ari 2 pun leh kire
rosdaanodan: aku gan dak kos lain
rosdaanodan: ssh ckit
rosdaanodan: dak2 umah aku nie
rosdaanodan: suke bwk balik perempuan

khairimalik: bawak balik pompuan???
khairimalik: seyes??
khairimalik: ya allah, kau kena tegur la..

rosdaanodan: seyes
rosdaanodan: aku dah tegur

khairimalik: pastu??

rosdaanodan: tp xlyan pun
rosdaanodan: perempuan tido kat umah nie agi
rosdaanodan: aku sorang je yg bsuare

khairimalik: Ya Allah,
khairimalik: satu uma ko brpe org?

rosdaanodan: 12 org

khairimalik: yg slalu bawak pompuan balik tu...berapa org?

rosdaanodan: dlm 5 org

khairimalik: bahaye la..
khairimalik: dorg tidur skali?? i mean..dgn pompuan tu

rosdaanodan: aah

khairimalik: wtf?????

rosdaanodan: pnh tido kat ruang tamu
rosdaanodan: aku bgun nak mndi tkjut aku tgok

khairimalik: ya allah,
khairimalik: kau kena report lah

rosdaanodan: ari 2 jais pnh dtng serbu
rosdaanodan: tp muju perempuan xde

khairimalik: bhye

rosdaanodan: tau xpe
rosdaanodan: diaorg open gat
rosdaanodan: tau la cnie kl
...................................................................................

Ok, itu la antara perbualan aku dengan kawan aku. Ada panjang lagi, tapi yang lain private lah. Nak kata tak report JAIS, JAIS dah pernah datang serbu. Kalau nak pindah rumah lain, rumah di KL mahal.Macam mana nak cari rumah lain yang lebih murah? Dia ni pun bukan dari keluarga yang kaya. Dia dari pedalaman macam aku jugak. So, kawan-kawan? Ada idea???

p/s : Teruk jugak ye perangai sesetengah student kat Malaysia ni? Hurm~

Thursday, December 16, 2010

Paranormal Activity 2

Sabtu exam, tapi boleh lagi keluar tengok wayang. Macam mana duit tak habis? Haha...Ok Khairi, sila stabilkan ekonomi anda dengan meminta tips berjimat-cermat dari Shukri Suliman selaku AJKT Ekonomi baru kita. Pas tu sila study untuk exam SEKARANG!!

Hari ni tak ada kelas tafaquh, tu yang keluar tak tentu hala tu. Lepas tu tengok cerita hantu kat wayang, balik rumah dah lewat tengok semua housemate dah tido, dan tengah aku menaip blog ni anjing-anjing kat sekeliling rumah aku ni semuanya menyalak macam anjing gila. Nampak hantu agaknya,. ITU LA, KALAU DAH TAHU PENAKUT JANGAN LA TENGOK CERITA HANTU!! Kan dah terpengaruh tak tentu pasal.

Ok, tadi aku tengok cerita Paranormal Activity 2 kat Carrefour. Memang best dan melemahkan jantung serta membantu dalam evacuation of urinary bladder. Tapi kalau tak tengok cerita Paranormal Activity 1, susah la nak faham la kronologi cerita ni. Paranormal Activity 2 lebih best dan lebih seram dari Paranormal Activity 1. Tapi aku tak takut pun, tak menggugat keberanian aku langsung. Wakaka..Budget je.

Cerita dia mengisahkan pasal sebuah keluarga yang diganggu makhluk halus kot. Makhluk tu makhluk halus tapi dia main kasar. Cis, kurang asam betul. Emo bukan main lagi tadi aku tengok cerita tu. Haha..Post kali ni sebenarnya mengarut je sebab nak lepaskan stress. Maklumlah, tadi exam praktikal patho rasa macam banyak salah (semua exam pun kau rasa banyak salah kan??). Itu yang release tension tengok movie tu.

In Acute Suppurative Meningitis, glucose content dia low ye kawan-kawan. Bukannya high. Padahal glucose content dalam otak aku ni high sangat sampai overconfident je jawab 'True' tadi. Haha..Padan muka kau jawab salah. Jawapan dia 'False' lah! Sila study dari awal lain kali.

Ok, sekian sahaja post mengarut lagi berwibawa pada malam ini. Pesanan khidmat masyarakat, janganlah jadi manusia yang gatal jiwa raganya. Aku ni nak tengok cerita hantu sangat tapi takut pulak. Gatal jiwa raga lah tu namanya. Good luck exam semua~

p/s : Terima kasih kat 3A ; Anis Amirah, Areqa dan Adiba. Best lah keluar dengan korang sebab korang sangat sporting walaupun korang tak tinggal di Sporting. Ok, sempat lagi aku mengarut kan? Salam~

Tuesday, December 14, 2010

Sabar

Memang sedih bila ujian praktikal Parasitology tadi. Rasa macam satu soalan sahaja yang aku jawab betul. Yang lain semuanya "kabur" dan tak dapat aku kenal pasti nama organisma yang ditanya. Memang stress, sedih dan rasa macam hendak menangis. Bimbang juga kalau kena ambil ujian ulangan lagi sekali. Baiklah, sekarang kita belajar untuk bersabar.

Bersabar dalam kegagalan itu adalah sesuatu kejayaan

Sabar secara ringkasnya bermaksud menahan diri dari melakukan sesuatu. Dari segi konteks Islam pula, sabar ni terdiri dari tiga perkara (betulkan kalau salah):

1) Bersabar dalam mentaati Allah
2) Bersabar dalam meninggalkan maksiat
3) Bersabar dalam menempuh ujian dan musibah

Cakap pasal sabar ni, kalau cuma cakap kosong memanglah senang. Tapi macam mana nak hadapinya??

Jawapannya :

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45

Perasaan tidak sabar akan mendorong kepada maksiat. Carta alirnya ialah...

Tidak sabar ---> Tidak taat kepada Allah --> buat maksiat
contoh : Tak sabar tahan musibah ---> kemarahan mendadak ---> mulut mencarut

Ha...Kan dah dapat dosa? Lagi satu yang nak diterangkan ialah...

Manusia akan berasa ujian yang dihadapinya lebih berat dari orang lain. Padahal ada je lagi orang yang lebih susah. Manusia memang lupa untuk bersyukur. Kita selalu bandingkan diri dengan orang yang lebih senang, tentulah kita akan sentiasa tidak berpuas hati. Cuba bandingkan dengan orang yang jauh lebih susah.

Contoh situasi :

A : Aku ni susah la nak belajar, dah la sibuk dengan ini lagi, itu lagi.
B : Eh, aku pun sibuk juga tapi boleh je cuba nak belajar.
A : Kau lain, aku lain. Aku ni kena jadi musyrif lagi, itu lagi.....(bla bla bla)

Nampak tak situasi di atas? Memang manusia sentiasa rasa ujian yang dihadapinya lebih berat dari orang lain. Kenapa mesti ada "Kau lain, aku lain"??? Padahal darah yang mengalir sama pekat merahnya, tubuh yang dipinjam juga sama diperbuat dari tanah. Apa yang lainnya??

"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139

Jadi, sabar lah dalam menempuh musibah. Sebenarnya post ini ditulis untuk menyedapkan hati aku sendiri yang gusar memikirkan keputusan yang bakal aku peroleh nanti. Ujian midterm dan praktikal tadi aku rasakan sangat sukar sekali untuk aku jawab. Mudah-mudahan, Allah SWT memberi pertolongan.

p/s : Sabar itu sebahagian daripada iman. Namun diakui, sabar itu memang susah!

Sunday, December 12, 2010

Dingin dalam Euphoria

Hari ni sangat dingin, dingin daripada biasa. Mungkin musim sejuk yang sebenarnya sudah tiba barangkali. Hati pun bertambah dingin bila keluar dari dewan peperiksaan tadi. Sangat susah! Aku rasa pembacaan aku malam semalam tak bermakna apa-apa. Apa yang aku baca, kebanyakannya tak keluar.


Rasa macam sia-sia sahaja tidur lewat dan mengorbankan masa tidur REM. Rasanya sudah baca dari awal ; tak belajar last minute macam selalu. Tapi apa lagi yang kurang? Sehinggakan tadi aku fikir, lebih baik belajar last minute kalau macam ni punya gaya.


Ustaz Naim cakap, cuba muhasabah diri semula. Mungkin ada dosa-dosa yang aku pernah buat sebelum ni yang menghitamkan hati aku dan menutup hijab aku dari menjawab soalan dengan betul. Ataupun mungkin Allah nak uji aku.


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Aku makin bertambah stress bila orang cakap, "Ah, kau tu cakap je tak dapat jawab. Last-last nanti result gempak jugak!" Masalahnya sekarang, kalau aku cakap aku tak dapat jawab maksudnya aku memang tak dapat jawab betul! Bukan main-main atau gedik-gedik nak minta simpati orang!


Cerah a.k.a Khairul Asyraf cakap, mungkin ni balasan atas dosa-dosa yang aku buat sebelum ni. Sepatutnya bersyukur sebab Allah bagi balasan waktu ni, dan bukan pada exam final nanti. Lagi satu, sepatutnya bersyukur sebab Allah bagi balasan dengan cara ni, kalau melalui cara lain? Kemalangan ke, apa ke?


Dari sudut pandangan Abe a.k.a Hafiz Zaini, mungkin sebab aku ni macam Euphoria. Senantiasa nampak gembira selalu, selalu senyum macam tak ada masalah langsung. Nampak macam aku tak 'aware' dengan peperiksaan. Nampak macam aku tak ambil berat dan buat endah tak endah. Yadiy pun ada tegur semalam, waktu orang lain belajar aku boleh lagi main-main.

Cakap pasal senyum, aku ni memang macam ni. Selalu senyum sorang-sorang sampai penyelia asrama SASER dulu panggil aku Senyum. Dan Professor Skills hari tu pun ada tegur yang aku ni macam kena pseudobulbar syndrome (laughing without any stimulus).

Mungkin sebab aku banyak ketawa, jadi ilmu banyak hilang. Itulah, selalu sangat ketawa macam orang Euphoria. Bila aku cakap frust pasal exam tadi, Anas Kamarudin ada nasihat, jangan putus asa. Sebab masih lagi boleh 'kejar' dan 'compensate' dengan markah praktikal, presentation dan exam final nanti.


Paling pedas, bila aku cakap frust exam tadi, Joker a.k.a Hafiq Syazwan cakap..

"Eh, bukan kau ke yang selalu suruh orang jangan study last minute? Kau mesti la study dari awal kan? Tak kan lah tak boleh jawab juga?"


Ok, itu memang sangat pedas! Hati ni sangat dingin, sedingin cuaca hari ini. Mungkin lebih dingin. Harap-harap, kedinginan ni mengajar aku untuk jadi lebih serius dan kurangkan ketawa.

p/s : Dan kurangkan senyum mungkin? Supaya tidak lagi digelar "pseudobulbar syndrome" oleh Professor Skills :(

Wednesday, December 8, 2010

Mesin Basuh untuk Dijual

Amaran : Ini bukan iklan dari Alex YE, ini bukan produk Alex YE dan tak ada kena mengena langsung dengan Alex YE. Ni iklan dari aku sendiri. Aiceh~ Aku pun tak ada kena mengena dengan Alex YE. :P

Setiap rumah mesti ada satu mesin basuh kan?
Kalau tak macam mana nak basuh baju betul tak?
Nak basuh guna tangan?? Haih~ Mana sempat, nak study lagi, itu lagi ini lagi.
Nak hantar dobi ?? Nanti duit elaun anda cuma habis untuk bayar tukang dobi je~

Ni la mesin basuh tu..tengok la puas2!

Ha..sekarang ni rumah kami ada 2 mesin basuh
Sebab ahli dua buah rumah bergabung
dulu rumah kami masing-masing ada mesin basuh
bila dah duduk sekali, kami rasa satu mesin basuh sudah memadai..

Jadi, kami pun dah fikir masak-masak yang...
Kami nak jual satu dari mesin basuh kami!!

Ciri-ciri mesin basuh tersebut :
1) Jenama Toshiba VH-500
2) manual use (bukan auto)......tapi Acap cakap semi-auto/semi-manual ..wallahualam :P
3) second hand (cos kami dah pernah guna sebelum ni)
4) muatan boleh masuk 5 Kg


Dulu kami beli dengan harga LE 800 lebih (take note ada perkataan "lebih")
Sekarang kami cuma jual kepada anda dalam harga LE 400!!!
sila tengok mesin basuh!!!, jangan tengok beras kat belakang tu....tu beras Hasanin!


ok, kepada sesiapa yang berminat dengan mesin basuh tersebut boleh la..

a) menghubungi Asyraf Jamaluddin +20117437335 (emel : asy051990@yahoo.com)

b) datang secara terus ke rumah kami di Sporting untuk lihat mesin basuh tersebut secara terus.
Bila dah tengok depan-depan, baru boleh decide kan?

Kalau takut tak puas hati lepas beli, sila datang dulu tengok mesin basuh ni. Kami tak mahu dituduh menggunakan unsur gharar(tidak jelas) dalam bermuamalat. Sekian, terima kasih.

Harga boleh runding

p/s : Walaupun bukan fully auto, at least dapat juga ringankan beban basuh baju daripada basuh guna tangan. :P

Sunday, December 5, 2010

Mohon Maaf

"Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut, habis pulut kena makan dek mulut"

Rasa bersalah sangat sebab mulut aku ni memang susah nak jaga. Selalu sangat keluar kata-kata yang kesat, kata-kata yang tak berfaedah. Selalu sangat terbocorkan rahsia orang dan secara tidak langsung mengaibkan orang lain.

Kata-kata aku pun pernah buat orang sakit hati dan terguris perasaan. Hari tu terkeluar perkataan tak elok kat AJKT baru, si Sayuti. Dan baru je lagi, kata-kata aku buat Hasanin sakit hati. Walaupun melalui ym, aku tetap anggap tulisan aku tu sebagai kata-kata.Hari tu melalui facebook, terbuat Abu Hanif Hafiz sakit hati. Padahal benda kecik je pun, dan dia pun cuma bergurau. Aku je yang emo lebih balas komen dia dengan ayat yang kurang menyenangkan.

Dan mesti pernah je isi blog aku ni buat sesiapa terasa. Mohon maaf sesangat. Kepada kawan-kawan yang rasa nak luah masalah atau nak kongsi cerita peribadi, jangan la cari aku. Kalau aku tempat kalian mengadu masalah dan cerita rahsia, kalian memang silap besar.Sila lah cari orang lain. Aku tak pandai simpan rahsia. Tak pandai jaga amanah. Banyak dosa pecah amanah (pecah rahsia) yang aku dah buat. Dan itu dosa besar. Astaghfirullah~

Kepada kalian yang pernah berkecil hati dengan aku dek disebabkan mulut aku yang kurang ajar dan mulut tempayan ni, aku minta maaf sangat-sangat. Aku tahu, susah untuk dimaafkan kesalahan ni. Aku senang-senang lukakan hati manusia, dan kemudian senang-senang minta maaf. Tapi aku pun manusia biasa, tak dapat lari dari melakukan kesalahan.

Kalau aku tersalah tulis kat blog ni, tersinggung perasaan sesiapa, terlebih emosional, sila lah maklumkan aku. Beritahu aku elok-elok supaya aku dapat perbaiki diri aku yang sediakala kekurangan ni.

Amanah (dan rahsia) merupakan yang paling berat
Lidah manusia merupakan yang paling tajam (malah lebih tajam dari mata pedang)

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )


p/s : Geng kuliah handasah, korang marah dengan aku juga ke?

Friday, December 3, 2010

Belajar Sambil Dengar Lagu

Aku pernah post yang untuk tahan mengantuk, kadang-kadang aku belajar sambil dengar lagu.
Aku dengar lagu sambil belajar sebab...:

1. Memang untuk tahan mengantuk

2. Untuk 'tutup' bunyi bising lain yang datang dari luar. Contohnya bunyi kawan-kawan berbual, bunyi tram yang bising dan sebagainya.

3. Latih diri bekerja dalam keadaan bising (lagu). Takkan la kalau nak kerja atau jawab exam nanti mesti nak kena pastikan keadaan senyap je baru boleh jawab.

Memang betul, dengar lagu sambil belajar ni ada keburukannya. Antaranya :

1. Orang cakap nanti cepat nyanyuk. Entah betul entahkan tidak. Orang cakap la...

2. Hilang konsentrasi belajar sebab nanti mulut akan terikut-ikut untuk menyanyi dan minda pun tertumpu kepada lirik lagu.

3. Kalau mulut je menyanyi tak apa lagi, ni siap dengan badan-badan sekali habis bergerak sekali.

4. Ada orang yang anggap lagu itu sebagai "bunyi bising". Dan sesetengah orang tak boleh belajar dalam keadaan bising.

5. Nanti cepat lupa apa yang belajar.

Dan ada banyak lagi la...Jadi, untuk mengatasi masalah tersebut, kita cuba ini kalau nak dengar lagu juga..

1. Dengar lagu yang instrumental yang tiada orang menyanyi. Jadi kita pun tak adalah nak ikut menyanyi sekali. Humming je tak apa kot.

2. Jangan dengar lagu yang rock heavy metal sangat. Kurang sesuai, sama je macam belajar dalam keadaan bising. Kalau boleh, dengar lagu yang slow atau kata-katanya memberi semangat macam lagu nasyid ke.

3. Mindset dulu yang kita dengar lagu ni bukan untuk berhibur tapi sekadar untuk tahan mengantuk ketika belajar.

4. Kalau dalam playlist tu, tak perlulah letak begitu banyak lagu untuk didengar. Sebab nanti otak anda akan tertumpu kepada lagu-lagu tu je, bukan kepada pelajaran. Kalau letak 2-3 lagu je, mungkin pada mulanya otak anda akan fokus kepada lagu sahaja. Tapi bila anda dah dua tiga kali dengar lagu yang sama, anda pun mula fokus kepada pelajaran. Kalau letak lagu banyak sangat, nanti anda tumpu kepada SEMUA lagu yang anda letak. Akhirnya anda tak fokus belajar. Faham tak point yang ni?

5. Kalau dengar lagu tu, jangan pasang volume kuat sangat. Cukup lah untuk sekadar boleh dengar dan menutup bunyi bising. Pasang volume yang rendah sahaja.

6. Kalau susah sangat, tak payah la belajar sambil dengar lagu. Banyak lagi cara lain untuk tahan mengantuk. Makan ke, guna highlighter berwarna ke, buat nota ke. Tak kan lah dengar lagu je boleh tahan mengantuk kan?

p/s : Aku tak tulis blog untuk suruh orang komen semata. Kalau tidak tak kan lah aku suka nak private kan blog ni. LOL~!

Wednesday, December 1, 2010

Kempen Lalalala~

JPCI cakap tempoh berkempen sampai 2 Disember. Hari ni 2 Disember maksudnya sempat lagi la kot. Ok, ramai je calon-calon yang memikat kalbu. Aiceh~ I mean, they do deserve to get the post (and job).

Antara calon lain selain calon third year yang saya nampak boleh buat kerja ialah....
(aku x cakap aku nak undi...sebab undi adalah rahsia :P)

1. Amiruddin bin Amran

Kenapa aku nak undi dia ni eh?
Sebab ari tu time aku pergi Sinai under perubatan, tak silap aku dia yang handle kot.
Huih..Baguih dok ada program tu. Puas hati la aku pergi Sinai. Kiranya berjaya la program bawah beliau itu.



2. Amir Rasyid
Kenapa eh?
Walaupun aku x kenal dia dan dia pun tak kenal aku, tapi dia ok la sebab nampak macam ramah. Dengan semua orang pun dia senyum. Aiceh~
Lagi satu, dia ni sekolah kat SBPI Kuantan. Aku pulak orang Kuantan (Pekan sebenarnya). So, aku nak undi lah. :P

3. Zairy Fahmy
Sebab dia ni ramah. Waktu dia ni first year dulu, dia first rasanya budak yang tegur Baem & aku kat asrama. Kiranya, dia ni junior first yang aku kenal selain dari junior sekolah aku sendiri. Ok, junior-junior sekolah ku, mengapakah kalian tidak tercalon menjadi AJKT? LOL~

Ok, lagi satu.....
Kepada akhawat sila lah undi kak Aliah Hanum. :D
Kak Aliah Hanum sangat baik. Tolong la undi ye kawan-kawan akhawat? He~

p/s : Undi adalah rahsia. Mereka ni aku nampak boleh buat kerja. Itu saja
kita mesti la nak undi org yg bole buat kerja kan? Ke tak? :D

Monday, November 29, 2010

Rindu Section 4, Masuk Section Baru, Kuliah Baru

Sekarang ni dah dekat nak exam final. Rasa macam baru je lagi aku dalam section 4. Tapi section baru aku section 3 ni pun tak kurang seronoknya. Alhamdulillah, groupmate baru memahami..Satu kepala, boleh bekerjasama. Ok, flash back group A section 4 starts~

Section 4 dulu...

Dulu kat group A section 4, ada sorang ni...Aku respect sangat.Selalu trigger groupmate lain buat kerja. Pernah waktu first year dulu, dia offerkan diri untuk buat slide show power point presentation untuk semua orang. Dan hasilnya, Alhamdulillah~ Kerja kami jadi mudah. Cuma present je, slide show dan word document semua dia buat. Isy, bagus betul budak ni.

Kesimpulannya, dia ni memang boleh buat kerja, rajin, dan macam-macam lagi lah. Haih~ Siapa dia budak tu eh? Ha...ni dia...Dr Shukri Suliman~ Huhu

Student yang sangat rajin dalam section 4 group A dulu..dan masih rajin hingga kini~ Aku harap kita still satu group lagi~

Section 3 sekarang...
Tapi sekarang aku dah masuk section 3, dah jarang jumpa bebudak section 4. Nak jumpa kat luar susah, maklumlah masing-masing sibuk. Kalau dulu, selalu study kat library sama-sama dengan budak section 4. Sekarang ni dah tak leh nak jalan sesama pergi library dengan budak section 4 lagi sebab jadual lecture dah lain.

Tapi Alhamdulillah, aku tak keseorangan pergi library. Sebab...Aku selalu ajak Afiq Fahimy pergi library sekali dengan aku. Tapi aku study kat library selalu tak lama. Kalau jam 3 petang je, aku dah blah balik rumah ; mengantuk~ Tapi Afiq Fahimy boleh lagi stay belajar di kerusi sampai pukul 6 petang.

Kadang-kadang, aku tak faham macam mana dia bahagikan masa belajar. Dah la sibuk dengan aktiviti persatuan, nak belajar lagi. Haih~ Tapi Alhamdulillah, dia boleh bahagikan masa dengan baik. Itu lah kan, beban yang Allah beri ni sebenarnya sesuai dengan kesanggupan hambaNya. Bukan senang nak bahagikan masa macam tu. :D
Afiq, terima kasih sebab pinjamkan duit waktu aku betul-betul kering tadi. Terima kasih sangat~

Kuliah A sekarang...
Dulu aku kuliah B, tapi lepas masuk section 3 ni, kuliah aku pun berubah. Terus naik kuliah A. Mula-mula nak masuk kuliah A, aku segan sangat. Ialah, manakan tidak, tak pernah-pernah masuk kelas A sebelum ni, alih-alih tetiba masuk kuliah A.

Alhamdulillah, semenjak masuk dalam kuliah A ni, aku diterima oleh budak-budak lecture A dengan baik (ye ke? haha). Aku selalu sangat duduk sebelah Mike dan Sayuti. Respect sangat dengan Sayuti.

Aku ni selalu berangan dalam kelas, jadi mesti ada banyak yang aku tertinggal sebab berkhayal dan "ter-absence epileptic" sekejap. Jadi, Sayuti selalu terangkan balik kat aku apa yang prof ajar waktu aku tengah berangan tadi. Haha..Kalau aku tidur, Sayuti tolong kejutkan aku. Hui~ Baguih dok ada budak ni.

Dan hari tu kat asrama, aku tak sengaja terkeluar kata-kata kesat kat dia sebab aku melatah. (pak cik dah tue~). Tapi dia ok je, tak kisah pun walaupun aku cakap dia teruk-teruk macam tu. Haih..Sori sangat Sayuti. Seriusly, waktu tu aku tak sengaja cos angin tak berapa nak elok. hihi~
Respect sangat sebab kau still boleh sabar bila aku cakap @#$% kat kau ari tu. Maaf~
Lain kali tak buat lagi...

Korang ni memang baik lah...InsyaAllah, kalian memang layak & patut jadi AJKT sebab kalian ni ada keistimewaan masing-masing.

1. Shukri = rajin,
2. Afiq Fahimy = pandai bahagi masa
3. Sayuti = penyabar

Harap sangat kalian bertiga boleh naik majukan PCI...Kawan-kawan, kita undi kawan kita ni ye?

p/s : Macam mana lah nak jadi baik macam diorang ni ye? Hurm~

Friday, November 26, 2010

Agama Kita Sama

Alhamdulillah, baru sahaja pulang dari Kaherah. Seronok dapat jumpa ustaz-ustaz rumah BKAN Pahang. Lama sungguh tak jumpa. Tadi jumpa ustaz yang aku agak rapat, ustaz Naim namanya. (Ini bukan ustaz Naim kelas tafaquh). Lepas tu berborak-borak lah kami....Sehinggalah part ni...

Aku : Ustaz, ustaz pernah tak pergi Sharm El-Sheikh?

(ustaz belum sempat jawab aku dah cakap macam ni)

Aku : Eh, lupa pulak. Ustaz mestilah tak pergi tempat-tempat macam tu.

Ustaz : Kenapa ana mesti tak pergi tempat tu?

Aku : Ye lah, ustaz mana boleh pergi situ.

Ustaz : Baiklah, apa yang menyebabkan ana tak boleh pergi ke sana tapi membenarkan anta pula untuk pergi?
tak sempat nak betulkan rambut sbelum bergambar dgn Utz Naim. Haih~
* aku tak sempat jawab...

Ustaz : Sebab ana ambil kuliah agama? Sebab tu ana tak boleh pergi ye? Maksudnya pelajar medik boleh la pergi sana?

Aku : er.........

Ustaz : Kuliah kita berbeza. Ana ambil bahagian agama, anta ambil bahagian perubatan. Tapi agama kita sama. Yang melarang kita pergi ke tempat-tempat macam tu bukan kursus kita, tapi agama kita.

Ok, aku terdiam seribu bahasa. Perbualan seterusnya dirahsiakan.

p/s : Itulah, tanya lagi soalan macam tu. Kan dah kena tazkirah dengan ustaz. Haha...Tapi tak apa, nasihat itu baja.

Sunday, November 21, 2010

Pulangkan

Dalam lecture hall, tarikh dirahsiakan, lecture hall mana pun dirahsiakan.

X : Eh, nak pinjam pen.
Aku : Ok, nah!

X guna pen sampai habis lecture. Dia tak ingat nak pulangkan. Mungkin dia terlupa.
Keesokan harinya, aku pulak....

Aku : Eh, nak pen semalam.
X : Nah, pinjam lah. (Dia bagi pen aku yang aku pinjamkan kepada dia semalam)
Aku : ....(dalam hati : What?? Pinjam lah?)
X : Nanti sebelum balik pulang balik tau.
Aku : Er....Ok.

Ok, ni siapa yang pinjam dan siapa patut pulang ni? Haih~

p/s : "Akan ku jejaki mu ke mana jua, hingga akhir masa....Sayang~"
Ok, ni petikan dari lagu Misha Omar ; Pulangkan.

Friday, November 19, 2010

"Awak Akan Rindu Mesir Suatu Hari Nanti"

Aku selalu merungut duduk kat Mesir ni. Tak puas hati itulah, inilah. Sedangkan aku sepatutnya bersyukur sebab ada ramai lagi pelajar lain yang jauh lebih layak untuk belajar di luar negara, tapi Allah SWT dah memilih aku untuk datang ke sini. InsyaAllah ada hikmahnya. Padahal ramai lagi orang yang mempunyai keputusan yang bagus.

Belajar di Mesir ni, memang banyak cabarannya, lebih-lebih lagi apabila melayan kerenah Arab Mesir. Kadang-kadang sangat menyakitkan hati. Kemudahan pun ada yang kurang. Aku telefon ayah aku, mengadu masalah. Aku juga ada beritahu yang...

" Menyesal belajar kat sini, kan bagus kalau belajar kat Malaysia je dulu"

Bila dengar aku cakap macam tu, Abah mengucap panjang. Abah suruh aku mengucap dan bersyukur sebab dapat belajar di bumi anbia ni. Abah cakap, ramai yang orang nak belajar di Mesir, tapi aku antara orang yang dapat ke sini. Jadi aku patut bersyukur. Abah suruh aku bayangkan, macam mana agaknya kalau aku dapat pergi ke negara Barat seperti UK, USA, ataupun Rusia? Adakah aku akan jadi 'manusia'? Adakah tingkah laku aku akan dijaga seperti aku di sini?

Memang benar, negara Mesir ni negara Islam. Jadi tingkah laku pun terjaga mengikut kehendak Islam. Kalau aku ke negara Barat, tentu aku akan jadi 'liar', lebih teruk dari sekarang. Di sini ada kawan-kawan sesama Islam yang saling nasihat menasihati, ada senior-senior yang sering mengajar benda-benda baik, ada junior yang selalu membuatkan aku untuk menjaga tingkah laku . Lagipun,sepatutnya aku bersyukur sebab di sini aku boleh ambil kesempatan untuk mempelajari ilmu agama. Tapi pandangan mata aku kabur, cuma fikir nak berseronok.

Abah juga ada cakap, "Awak akan rindu Mesir suatu hari nanti". Ya, aku pun dapat rasakan begitu. 6 tahun je aku di sini. Tapi sekejap je 3 tahun dah berlalu. 3 tahun yang akan datang pun tentu akan berlalu dengan pantas. Nanti bila aku pulang ke Malaysia, tentu kenangan di Mesir di bermain dalam fikiran aku suatu hari nanti.
Aku bersyukur sangat dapat datang ke Mesir ni. Dapat pergi ke bumi anbia, dapat pergi ke negara yang banyak ilmu tentang Islam. Cuma aku je tak fikir benda tu semua.

Ya Allah, ampunilah aku kerana tidak pandai bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan~

p/s : Jangan pandang benda yang buruk je tentang Mesir ni, cuba pandang benda yang baik.

Sunday, November 14, 2010

Ruginya Tak Pergi Seminar

Alahai, rugi sungguh rasa bila tak dapat sertai seminar ibadah pesakit hari tu. Padahal ada je orang minta tolong ganti, tapi aku yang tak nak. Haih, nak buat macam mana dah aku yang tolak rezeki.

Tapi aku bersyukur juga sebab diberi kesempatan untuk lihat suasana macam mana seminar tu berjalan. Cuma tolong jual barang Alex YE je. Agak penat dan kebosanan sebab sorang-sorang je duduk kat bawah tu tak ada orang teman. Haih~


Barangan Alex YE

Isy, kesian Ajk Pendaftaran, buat kerja sampai lapar. Tak pe, sila makan
Makanan banyak tak habis


Afiq Aziz, duta bihun Alex YE :P


Antara peserta yang mengikuti seminar. Amboih~ Segak bergaya sungguh masing-masing ek?Bukan senang nak tengok diorang pakai macam ni hari-hari biasa :P Okeh, mereka-mereka ini masih single, kepada sesiapa yang berkenan, sila isi borang secepat mungkin!

Apa-apa hal pun, tahniah kat Abang Ihsan selaku pengarah program (kalau tak silap r~ :P). Berjaya sungguh program atas arahan Abang Ihsan ni. Abang Ihsan kat luar nampak macam garang, depan kamera senyum pulak. Sebenarnya Abang Ihsan ni peramah je orangnya.Aiceh~ Okeh, Abang Maro sila jangan marah sebab saya ambil gambar kandid. Senior kesayangan tak bole marah-marah.
(hek ele....Kandid pun abang tetap sempat pose jugak. Aiseh~)

Ni AJKT Ekonomi kita sekarang.... Okeh, pasni jadi Pengerusi PCI pulak boleh? Saya vote untuk Abang Haris!! Kawan-kawan, sila calonkan dan undi Abang Haris jadi pengerusi~ Nanti nak buat post khas la nak promote Abang Haris. Boleh kan? :P

Yeay, Kak Aliah Hanum ada janji something dengan saya. Isy, tak apalah kak, saya tak kisah pun. Saya ikhlas. Aiceh~

Okeh, sekian sahaja saya melalut pada tengah hari ini. Maklumlah rumah baru ada internet. Itu yang aku sakan memandu komputer laju-laju dan menggunakan internet dengan jayanya. Kepada budak rumah bawah, sila jangan download guna torrent. Korang kena ingat, kita ni berkongsi router. Jadi jangan mendownload dengan laju.

p/s : Rumah saya dah ada internet, sila jangan jeles. Dan hari ni kami nak berpindah jauh dari rumah kami duduk sekarang ni. Sangat jauh nun jauh mata memandang. Sila datang ke rumah kami kalau ada masa lapang. Kalau tak ada masa lapang pun kena datang. :D

Sunday, November 7, 2010

Takut Naik Motor

Dah banyak kali. Amar Afi nak tumpangkan motor. Tapi aku tak nak.
Abe pun ada ajak. Tapi aku tolak.
Shauki pun ada ajak, tapi aku tak berani.
Sampai semua tanya, kenapa takut eh?

Okeh, ini bermula satu cerita. Aiceh....Tak yah la cerita. Ni ada la reason dia.

1. Kat area rumah aku kat Jengka tu banyak je orang yang merempit sana-sini. So, pernah dah banyak kali tengok orang eksiden depan mata. Ada sekali tu, anak saudara sendiri eksiden sebab terlanggar jeep. Alhamdulillah, nasib baik selamat.

2. Kaki aku pernah tersangkut dalam lidi motor, kat tayar motor. Waktu tu pertengahan bulan ramadan, waktu aku darjah 3. Aku ingat lagi, aku kena 14 jahitan. Doktor tak bagi bius/anaesthetic sebab doktor cakap takut aku tertidur terus buat selama-lamanya. Sampaikan bila aku rasa nak tidur waktu doktor nak jahit kaki aku tu, ayah aku tampar kuat2 suruh aku stay wake up.

3. Raya haji hari tu aku jatuh motor depan rumah Mat Top. Tahniah di situ! Sangat malu. Aku bawak motor dah slow dah tapi still jatuh. Tak paham aku.

4. Lalu lintas kat Mesir yang sangat mengerikan. Risau juga kalau ada perkara yang tak diingini berlaku.

Okeh, sekian saja entri saya pada kali ini. Saya lebih rela jalan kaki dari naik motor walaupun saya sudah lambat untuk ke kelas.

p/s : Aku takut naik tremco sebab aku tak reti nak cakap , Ala gambi' ya usto". Haha

Wednesday, November 3, 2010

Mengaku dulang Paku Serpih

Berlaku dah lama.
Baru habis kuliah, jalan balik ke rumah sama-sama dengan Areqa.
Beberapa hari lepas tu, terserempak dengan mentee sendiri
Mentee tanya, "Hari tu jalan dengan awek ke?"
Isy, bukan la! Kawan je.

Rasa bersalah datang dalam diri.
Hari tu dalam perjumpaan mentor-mentee,
Aku ada cakap pasal jaga tingkah laku dan perhubungan
Padahal diri sendiri yang lebih.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

Ash-Shaaf:003

كَبُرَ مَقْتاً عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Sepatutnya kalau nak jalan, jangan jalan berdua-duaan
Jalan ramai-ramai baru tak menimbulkan fitnah.
Areqa, pasni kita jalan ramai-ramai.
My bad~

Feel guilty. Two choices/options/solutions :
1) Quit being SC mentor and give it to someone who is better and deserve more??
2) Stop hanging out with the girls/ it's ok to hang out sometimes but make sure being not to very close???

Hope for neither one of them~

p/s : Eyes are everywhere

Tuesday, November 2, 2010

Nama Masuk Blog


Perasan tak? setakat ni je dah banyak nama masuk dalam blog aku ni? Nama korang mungkin ada termasuk kot. Ok, jom tengok situasi di bawah.

Situasi 1
X : Eh, takut la aku nak bergurau lebih-lebih dengan kau.

Aku : Eh, kenapa pulak?

X : Ye la...Aku takut la kalau ko marah dengan aku pastu ko tulis nama aku dalam blog kau!
Aku ; ???

Situasi 2
Y : Eh, nape tetibe nama aku masuk dalam blog kau pulak? Bila masa plak aku buat/cakap macam tu?

Aku : Eh, kan ko buat macam tu. So aku tulis la..Aku tak tipu kan? Dalam tu semua betul kan?

Y : Tapi benda tu benda yang boleh memalukan aku la..

Aku : Jadi, lain kali jangan buat lagi!


Situasi 3
Z : Eh, asyik nama orang lain je masuk blog kau. Aku pun nak juga masuk nama aku dalam blog kau.

Aku : ;Lorh, pehal lak?

Z : Ye la..Ko tulis la post khas pasal aku. Tapi kau tulis benda yang baik-baik je tau. Jangan tulis benda yang teruk-teruk.

Aku : Isy, aku suka tulis benda yang teruk je...Haha

Situasi 4
A : Hebat la blog kau. Boleh promote orang. Promote orang dapat promotion pun bole?

Aku : Promote orang? Ingat blog ni blog Alex YE ke nak promote-promote ni?

A : Ala....kura-kura dalam perahu pulak.

Aku : ???


Okeh, sesiapa yang pernah nama dia masuk blog aku tu, aku nak minta maaf banyak2 sebab tak minta kebenaran dari awal. Dan kalau aku tulis benda yang buruk tu pun, aku nak minta maaf. Tapi lepas ni tetap akan ada nama manusia yang akan masuk blog ni. Haha...

p/s : Manusia mati meninggalkan nama

Tuesday, October 26, 2010

Gelaran Part II ; Mana Mentee Aku??

Ok, hari tu aku ada post sesuatu pasal gelaran. Ada aku beritahu yang aku tak selesa guna "aku-kau" dalam perbualan dengan mentor SC aku, Abang Anas. Semua ahli SC aku yang lain bahasakan diri sebagai "aku" dengan dia. Cuma aku yang guna perkataan "Abang Anas". Nampak hormat sikit.

Ok, sekarang aku paham. Bila dah jadi seorang mentor SC. Okeh, pasni ganti orang lain. :P Sebab aku tak banyak ilmu sangat nak kongsi dengan budak-budak ni. Memang tak layak rasa.

Hari first je, mentee panggil aku dengan gelaran "abang". Ya Allah! Tuanya aku rasa. Aku rasa macam baru je semalam aku masuk first year dan panggil orang lain abang. Hari ni ade pulak budak tahun satu yang panggil aku Abang?? Erk~ Boleh tak panggil aku dengan nama je? ; Khairi. Guna "aku-kau" pun takpe kot. Aku tak kisah~ :p

Aku rasa macam lebih selesa kalau guna "Aku-Kau" dengan budak-budak ni. Isy, tak yah la panggil aku abang. Panggil Khairi je. Nak panggil Kecik pun bole. Tak kisa pun.

Okeh, hari pelancaran sc ari tu cuma tiga orang je mentee aku datang. Bagus gak, tak yah susah-susah aku nak handle. Haha...Tapi aku nak cari gak siape lagi 6 orang kanak-kanak terpilih yang bertuah masuk SC aku nih. Ok, kalau sesiapa yang baca blog ni, kenal dengan budak-budak first year yang bernama di bawah, sila lah beritahu mereka yang silalah datang SC bermentorkan aku. haha...

Yang datang hari tu...
1. Hisyam B Borhan
2. Aiman Fitri Azahari
3. Naim Hazimi

Yang tak datang ari tu!!! Tak nak datang terus pun takpe. Tak rugi pun. Korang la rugi. :P
1. Ayman bin Mohd Adam
2. Hafizzuddin bin Ibrahem
3. Asyraf Rabbani (best la nama kau!)
4. Rizwan Hafiz
5. Ahmad Hasif Rusli
6. Afwan Solahuddin

Ok, sila datang SC nanti. Saye pun tak tahu lagi bila nak buat SC. haha...

p/s : Okeh, jangan panggil aku abang. Panggil nama je. Guna aku-kau je okeh ye adik-adik SC ku? Haha...kelakar r panggil korang adik. Tak sanggup aku.

Wednesday, October 13, 2010

Masak


X : Eh, jom masak ayam masak tempoyak nak?

K : Ko bawak tempoyak ke?

X : Tak bawak. Kena guna tempoyak ke?

K : La..Mesti la..Nama pun masak tempoyak. Mesti la guna tempoyak!

X : Eh, tapi kan, aku masak ayam masak kurma tak letak buah kurma pun kat dalam tu.

K : Erk~! (Ya Allah, kau berilah aku tahap kesabaran yang tinggi. Amin~)

p/s : Orang buat cucur badak pun tak payah letak badak dalam tu.

Saturday, October 9, 2010

Oh..Siti

Isy, best betul balik Malaysia hari tu.
Selalu jumpa Siti
Dari hari Isnin sehingga la hari Khamis
Kalau tak dapat jumpa petang, jumpa malam pun boleh

Sekarang bila dah balik Mesir
Dah tak dapat jumpa Siti lagi
Ada orang suruh "contact" dia ikut internet
Tapi aku tak tahu macam mana

Erm...Korang suka Siti jugak ke?
Best tau!
Jom la pakat tengok cerita Siti Kelembai kat TV3 or TV9!
Lagu tema best, promo iklan best, pelakon best, plot cerita pun best!
Dengar cerita, kat laman web tv3 tak ada
Tapi ada kat dramamelayu.com.


Saya suka Siti!
Saya suka cerita Siti Kelembai!

p/s : haha...ingatkan Siti mana satu rupanya Siti Kelembai! Jangan fikir lain taw! Berdosa~

Saturday, September 25, 2010

Kepulangan Yang Tak Dinanti

Sangat sedih sebab cuma tinggal beberapa hari nak balik
Seminggu lebih je
Rasa macam dah tak sempat nak buat apa
Kelam-kabut~

Orang rasa aku balik lewat
Sebab balik selepas kelas bermula
Tapi aku tetap rasa yang aku balik sangat awal
Belum puas duduk Malaysia

Tapi kena balik la jugak
Nak meneruskan perjuangan, Aiceh~
Kepulangan ku ke Mesir ini
Memang kepulangan yang tidak aku nanti

p/s : Duduk mesir jauh dari keluarga. Kalau ada apa-apa masalah, susah nak mengadu dengan keluarga :-(

Monday, September 13, 2010

Macam-Macam Raya

Raya kan sebulan, so masih sempat rasanya kalau aku nak mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua~ Raya ni macam-macam yang berlaku. Huhu~

1. Raya hari tu pergi Jengka 6 ingatkan boleh la pergi rumah senior sorang ni, si Hafiz 4th year(naik 5th year da~). Orang panggil Mat Top eh? Skali aku jatuh motor plak kat simpang depan umah die. Giler ah...Dek kerana malu sangat, aku tak jadi beraya rumah dia, terus balik Jengka 4.

2. Pakai baju raya lawa-lawa cuma pagi raya je, balik rumah terus melepak depan tv, pastu ganti T-shirt dengan seluar biasa. Sikap begini jangan diamalkan ye kengkawan. Sepatutnya kita kena ziarah menziarahi. Huhu~

3. Ade budak datang beraya. Lepas tu lepas salam, aku lupa nak bagi duit raya. Sekali budak tu sound, "Abang tak nak bagi duit raya ke??" Amboih..Kecik-kecik dah pandai da. Pokai aku~

Ok la..Tulis panjang pun macam la korang baca pulak kan? Yo-yo-o je. Nyampah aku~ Ok la..Adios~

P/S : Bila aku balik alex nanti, boleh r datang umah beraya umah aku plak!

Friday, September 3, 2010

Operasi Mencari Duit Raya

Pergh~ Minggu terakhir ramadhan ni memang memenatkan. Pagi-pagi lagi dah tolong (tolong je) buat kuih untuk dijual di bazaar ramadhan, lepas tu petang pulak ikut akak berniaga di bazaar. Malam pulak lepas tarawikh (8 rakaat je~ :P) terus balik nak buat kuih raya untuk dijual. Huhu..

Antara kuih yang akak aku buat ialah kuih bakar, kuih cara, kuih puteri ayu dan buah melaka. Tapi aku reti buat buah melaka je sebab kuih tu agak senang. Okeh, nak share sikit dengan korang.

Buah Melaka
(untuk bazaar ramadhan/berbuka puasa)
Bahan-bahan :
Tepung pulut, gula melaka/gula kabung, kelapa parut, air, garam.

Cara-cara :
1. Campur je tepung pulut dengan air sikit sampai la jadi satu doh adunan. (Aku tak tahu perkataan yg sesuai). Pastu guna warna hijau ye untuk adunan tu.
2. Buat bentuk bulat dan masukkan gula kabung yang dipotong kecik-kecik ke dalam bulatan tepung tersebut.
3. Apa lagi? Rebus la!! Tunggu sehingga buah-buah melaka tersebut terapung di permukaan air. Lepas tu terus angkat.
4. Golek bebola buah melaka tu dalam bekas yang diisi kelapa parut. Ops, kelapa parut tu letak r garam sikit.
5. Precaution : Gula melaka tu memang kena letak betul-betul tengah kat dalam bulatan kalau tak nanti air gula akan keluar sebab kuih tu bocor.
6. Siap! Boleh la dihidang untuk berbuka atau pun untuk dijual. Lepas tu dapat duit raya. Haha

Amacam? Pandai tak aku mencari duit raya? Haha..Lepas tu malam aku buat kuih raya pulak. Iaitu biskut tembikai. Biskut ni memang aku buat sendiri. Akak aku pulak yang jadi penolong aku. Hehe~

Biskut Tembikai
(Kuih Raya)

Bahan-bahan :
1 biji telur
2 sudu tepung ubi kayu
2 setengah cawan tepung gandum
1 cawan gula yang dah dikisar
1 cawan planta (margerin pape pun bole)
Aising vanilla (aku tak reti eja, haha)
Pewarna warna merah, hijau dan kuning

Cara-cara :
Biskut ni agak cerewet. Kalau aku tulis kat sini panjang pulak nanti. So, aku ringkaskan tahap ekstrem la.

1. Senang cerita, pandai-pandai la korang campur bebahan kat atas ni sampai jadi satu adunan. Pastu, bahagi 3 bahagian. Setiap bahagian guna 1 warna. (merah, hijau, kuning respectively. haha)
2.Pastu buat bulatan warna merah. Balut bulatan merah tu dengan kuning. Dan balut bulatan kuning tu dengan hijau. Lepas tu belah 4.
3. Pastu bakar dalam oven dengan suhu pembakaran terbuka. Lepas siap, boleh r makan.

Yeah, pastu letak biskut-biskut tu dalam balang dan jual. Lalu kau pun dapat la duit raya hasil dari jualan tersebut.

Sebenarnya duit elaun aku hampir habis sebab aku boros. Tu yang aku kena buat semua benda ni untuk menstabilkan ekonomi aku balik. Fuh, ekonomi la sangat! Padahal duit hasil jualan yang aku dapat pun aku boros gak. Last-last habis gak duit aku. Ceh! Tapi takpe sebab seronok buat benda ni.

Gambar2 ni aku ambik dari internet je. Tak kuasa aku nak tangkap gambar kuih yang aku buat semata-mata nak letak dalam blog.
Sebarang tempahan tidak boleh dibuat sama sekali. Kalau nak, try la buat sendiri. Lagi afdhal.

Kuih-kuih ni memang aku tak akan boleh nak buat kat mesir sebab :

1. Kat Mesir aku tak tahu lah ada ke tidak tepung pulut dengan tepung ubi kayu. Mesti tak ada kan?
2. Kat mesir ada jual cawan kertas tak? Haha..Cawan kertas untuk biskut2? Ada ke? Ada ke?
3. Aku tak berani nak bawak tepung bawak balik ke Mesir. Kang tak pasal-pasal aku kena tahan sebab diorang ingat aku bawak dadah pulak.


p/s: Ok la. Korang boleh la try buat benda ni. Renung-renungkan dan selamat mencuba. Hahaha!

No telefon aku kat Malaysia ialah....0104196322 (Celcom)

Wednesday, September 1, 2010

Lari Dari Masalah??

Habis exam final hari tu 26 July. Tapi aku terus ambil tiket balik pada 27 July. Kenapa aku tetibe tukar tiket ye? Senang je jawapan die. Sebab aku ada masalah kat Mesir. Masalah tu memang besar giler la sampai aku tak boleh tulis kat sini. Malah orang-orang yang rapat dengan aku kat Mesir pun tak tahu ape masalah aku.

Masalah tu nampak remeh tapi besar gile sebenarnya. Just can give all of you the clue ; friendship problem. Aku malas nak bertahan lama-lama dengan masalah tu, jadi aku pun buat keputusan untuk balik Malaysia lebih awal.

Tapi setibanya di Malaysia, masalah lain pulak timbul. Lebih besar pula tu. Family problem. Siap ada kena turun naik mahkamah lagi. Masalah adik beradik lain, tapi secara tak langsung terlibat sama untuk fikir jalan penyelesaian masalah.

Saat tu, aku rasa macam tak sabar nak balik Mesir semula. Tak sabar nak lari dari masalah kat Malaysia ni. Tapi, kalau aku balik Mesir nanti, masalah yang aku tinggal kat Mesir tu akan datang semula kacau aku. Haih~ Memang kenyataannya aku tak akan boleh lari dari masalah la..

Post ni berbentuk macam diari sikit kan? Tak kisah la..Aku memang nak cari tempat untuk luahkan masalah ni. Mana lagi? Blog la!! Kalau korang agak menyampah baca blog aku yang berunsur diari ni, sila la ke blog lain yang jauh lebih menarik dan berilmiah dari blog ni. Sekian~

p/s : Kat mana-mana pun ada masalah

Wednesday, August 25, 2010

Tolong Senyum Boleh Tak?

Malas nak cerita panjang. Tadi aku pergi Gedung Pasaraya Eng Hong. Lepas beli belah, aku pun nak bayar la kat akak cashier tu.

Muka kakak tu masam je bila buat kerja. Dah la tu, dia mencebik bibir pulak tu. Haih, bukan ke kite kena mesra pelanggan ke?

So, aku pun gatal la mulut tanya macam ni,

" Kakak, senyum boleh tak?"

Pastu akak tu jawab....

" Penat! Puasa~"

Malas nak cakap banyak, lepas bayar aku pun blah. Aku pun puasa jugak tapi tak ada la sampai tak larat nak senyum.

p/s : di bulan ramadan ni, marilah kita perbanyakkan sedekah. Jangan lupa, senyum itu suatu sedekah!

Thursday, August 19, 2010

Siak Masjid Halau Orang Miskin

Ha...Terkejut tak dengar tajuk post ni? Tapi, itulah kebenarannya. Memang suatu perkara yang tak diingini berlaku di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Dan peristiwa ini berlaku di kampung aku sendiri, Felda Jengka 4. Ini kisah benar. Ini bukan cerita rekaan mahupun drama televisyen. Cuba kita hayati.

Siak masjid yang sepatutnya berakhlak mulia sebenarnya sangat kejam. Tak berhati perut sungguh. Nak tahu ceritanya macam mana?

Ada 3 budak kecik ni. Diorang adik beradik. Seorang perempuan dan dua orang laki. Umur diorang dalam lingkungan 6 hingga 10 tahun. Memang aku akui yang keluarga diorang agak miskin. Rumah pun tiada bekalan elektrik dan bekalan air. Beras pun kadang-kadang jiran yang bagi. Budak-budak tu tinggal dengan mak diorang. Ayah diorang dah berpisah dengan mak dia ; bercerai. Jadi, mak budak tu sekarang ibu tunggal.

Paling sedih, ibu tunggal tu ada minta bantuan kerajaan. Tapi kerajaan tak luluskan. Aku pun tak tahu kenapa. Okeh, back to the story. Bebudak ni tetiap hari pergi berbuka kat masjid. Sampai la suatu hari tu. Bebudak tu baru je melangkah masuk ke masjid (nak berbuka puasa) tetapi siak masjid terus jerkah dari belakang.

" Hoi! Korang ni hari-hari makan kat masjid. Mak awak tak masak ke? Dah! Pergi balik! BALIK!!"

Pastu bebudak tu pun menangis la sambil patah balik ke rumah. Nasib baik lah ada seorang ustaz yang baik tu (namanya Ustaz Latip). Ustaz tu pelawa bebudak tu makan sekali dengan dia.

"Eh, mari sini. Jom berbuka dengan ustaz!"

Ya Allah, sebak aku dengar kejadian itu. Betapa kejamnya siak masjid tu. Tapi Alhamdulillah, masih ada orang yang berhati mulia seperti Ustaz Latip. Semoga Allah merahmati Ustaz Latip. Amin~

Wait! Cerita tak habis lagi. Lepas ustaz ajak bebudak tu makan, diorang pun duduk la dekat dengan ustaz tu. Siak tu pun bengang la sebab tak dapat halau budak tu. Lepas tu sebelum bebudak tu makan, siak tu sempat lagi cakap macam ni.

" Kau orang makan jangan sampai tumpah. Kalau tak, SIAP!"

Cis! Hampeh betul siak tu. Kalau dah namanya bebudak, makan mestilah ada tumpah. Aku yang dah besar panjang ni pun mesti ada sebutir dua nasi yang tumpah. Bila bebudak tu dengar macam tu je, bebudak tu pun tak jadi nak makan. Bimbang jika mereka tertumpahkan makanan ke lantai. Maklumlah, nanti siak tu la jugak kena sapu. Bebudak tu makan sikit je.

Peristiwa ni berlaku beberapa hari kita berpuasa. Tak silap aku Ramdhan ke 5 or 6. Lepas je peristiwa tu, bebudak tu tak pernah lagi datang masjid untuk berbuka puasa. Dan bebudak tu tak pernah lagi solat berjemaah maghrib di Masjid tu.

Begitulah ceritanya. Aku doakan supaya siak masjid tu dapat hidayah dan pengajaran. Amin~

p/s : Siak tu bawak cucu dia hari-hari kat masjid tu berbuka. Tapi orang lain tak pernah kisah.

peristiwa ini diceritakan sendiri oleh ibu kanak-kanak tadi. Di bulan yang mulia ni, jom la kita perbanyakkan sedekah kepada orang yang memerlukan seperti mereka.

Blog Itu Diari?


Cuma nak korang bayangkan

Amaran : Situasi ini adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang tengah bercuti.

Situasinya ialah...

Y ada blog. Y suka tulis blog. Tetapi, teman wanita Y, iaitu X tidak suka Y berblogging.

Y : Kenapa awak tak suka?

X : Sebab blog awak macam diari. Saya tak sanggup bila "diari" teman lelaki saya dibaca oleh orang lain. Kalau boleh, biarlah saya je yang tau hal awak.

Y : Tapi...Blog saya bukan diari!

X : Tapi post yang awak tulis semua berkenaan dengan diri awak. Sama seperti diari. Kalau awak sayangkan saya, saya nak awak berhenti menulis "diari" untuk dibaca orang lain.

Y : Apa maksud awak?

X : Delete blog awak! Tak perlulah bagitau semua orang tentang aktiviti harian kamu. Cukuplah beritahu saya seorang.

Y : ..................................(-_-")

Berdasarkan situasi di atas, apakah yang anda lakukan jika anda adalah Y? Adakah anda akan berhenti berblogging ataupun teruskan dengan aktiviti "menulis diari" anda?

p/s: Kan aku dah cakap, situasi ni rekaan je la!!!

Monday, July 26, 2010

Tahniah!!

AWAS: Post ini panjang sebab post yang seterusnya akan menyusul selepas sebulan atau tiga bulan lagi!

Tahniah kat semua second year sebab berjaya menhabiskan exam yang susah nak mati itu. Dan tahniah jugak kat ikhwah second year Kolej Shahputra sebab telah berjaya membuat majlis reunion. Memang best!



*klik pada gambar untuk tumbesaran



Tahniah kat Abang-Abang dan kakak -kakak Tahun 4 yang bakal mendirikan masjid tak lama lagi. Antaranya Kak Nisah dgn Ustz Saiful Islam, Abang Farhan dengan Kak Saadah, Abang Kudin dan ada lagi lah yang aku tak ingat namanya.

Baiklah, soalan saya sekarang ialah....Mereka sudah, anda bila lagi wahai Kak Aisha Muhammad, Kak Nadzirah Saad, Kak Fiza, Abang Anas mentor SC ku, Abang Zikir, Nik taufik. Ha?? Anda bila lagi? Bila?? Aiceh~ Haha..

Eh, lupa sorang lagi. senior kesayanganku si Abang Maro. Anda bila lagi? Calon dah ada ke?! Heh. Saya suka post kat blog abang yang bertajuk "Isteri pertama" tu. Tu satu petanda dah tu.

Ala..Second year pun ramai je yang dah tak sabar kan? Haah la kan?

Tahniah jugak kepada geng belakang kuliah handasah yang dah buat reunion tadi tapi aku x dapat datang sebab masalah kewangan. Seriusly tak tipu punya. Okeh, ni aku nak describe geng belakang kuliah handasah sorang demi sorang :

Afiq - aku respect sebab dia baik in terms of treating people. Cos bukan senang nak cari orang yang tak selfish zaman sekarang ni. Tapi sangat pendam perasaan. So, tak tahu apa yang terbuku dalam fikiran dia sebenarnya.

Baem - Memang banyak bantu aku. Kalau aku tak paham arab, aku mintak tolong baem. Papehal pun aku selalu tanya Baem dulu la. Rasa selesa sebab boleh dibawa berbincang.

Akmal - Aku respect dia in terms of leadership. Sampaikan kat KSP dulu aku pernah panggil dia dengan gelaran 'abang'. Cos dia ni nampak fikiran matang sikit kot dari geng kuliah handasah yang lain. Haha...

Kudus - Best fren aku kat KSP. Kini dan selamanya. Tahun lepas pernah bergaduh sebab perkara kecik. Tapi time tu masih sengal-sengal ubi lagi. Fikiran pun tak matang. Sekarang ni, dah berbaik semula, kawan balik! Satu-satunya geng belakang kuliah handasah yang family aku kenal.

Abu - Orang pertama aku jumpa even sebelum masuk KSP lagi. Sometimes boleh jadi pelawak, sometimes boleh jadi sangat annoying. Abu, bila ko nak kawen ni? Haha! Thanks sebab slalu komen blog aku! Komen la lagi. Komen la lagi!

Anis Amira - Gaya seorang ibu tu ada. Garang. Haha..Honestly, aku rasa anis dah layak kawin. Hihi...Sporting sangat. Lepas tu selalu nasihat aku macam ni, "kita jangan dengar cakap orang". Dan nasihat tu la yang aku selalu guna pakai sekarang ni.

Hur = Emo. Haha..Tapi takpe sebab aku pun emo jugak. Aku rasa, Hur ni yang paling lemah lembut among the girls la..Cakap pun slow talk je. Suara pun best. Maklum la..Pernah masuk taranum kan? Hihi~

Irna Syafinaz = Macho! Haha...Pandai lukis tapi tak nak tolong orang. Aku rasa In paling cool. Sampaikan naik roller coaster pun tak menjerit langsung. Lepas tu pendapat yang In bagi selalu sangat bernas dan boleh diguna. Good luck untuk exam ni In! Lepas tu boleh balik Malaysia dengan tenang~

Diba - Ramai budak laki cakap dia ni comel. Aku pun pernah gak macam crush dengan dia sikit-sikit kot. Haha..Tapi ramai sangat orang admire dia. So, tak jadi la..Haha..Manja. Areqa cakap, Diba paling rajin basuh pinggan. Bagus! Boleh jadi isteri mithali.

Areqa - Fikiran terbuka. Boleh jadi tempat luah masalah. Aku suka dengar Areqa bercerita. Sebab nampak bersemangat! Lepas tu Areqa banyak bagi pendapat yang best2 la..Aku rasa, Areqa paling tabah sebab dia dah lalui macam-macam. Masalah family lagi, itu lagi, ini lagi. Takpe areqa, keep up the good work lah! Kitorang sentiasa akan menyokong.

Iezzati - senyap sangat. Tapi once dah kenal, ok je dia ni. Lepas tu Iez tak banyak kerenah. Kalau orang plan apa-apa, dia ok je. Dia ikut je. Iez tak kisah~ Kan? Kan?

Nadiah Izzati - Agak pelik. Susah nak tafsir. Tapi Nad ceria. Lepas tu, aku respect sebab Nad sporting dan boleh dibawa bergurau. Sebab bukan senang nak jumpa perempuan yang susah nak berkecil hati ni. Satu dalam sejuta!

Okeh, sekian sahaja post aku kali ni. Jumpa lagi di post yang seterusnya berbulan lagi. Maklum la..Rumah tak ada internet. Sekian sahaja. Saya pulang ke Malaysia dahulu. Assalamualaikum~

Saturday, July 24, 2010

Lagi Produk Alex YE

Okeh, nak promote sikit.

Anda pernah tak rasa jeles dengan kawan-kawan anda yang belajar di universiti di Malaysia?

Nak jeles sebab apa pulak eh?

Ye la...Diorang ada sticker universiti boleh letak kat kereta. Nampak ada kelas gitu~

Wait~ Haih! Korang tak tau ke?
Universiti Alex pun ada sticker dia jugak!!

Hambik nih~!


Murah je beb! LE 10 JE~
Jom beli sebelum balik Malaysia~!

Lagi satu, kepada sesiapa yang berminat (kalau tak minat, tapi nak beli pun bole) nak beli baju T-shirt alex ye, bole la buat demikian melalui wakil-wakil Alex YE yang bertebaran di muka bumi ni.

Boleh gak r melaram hari raya nanti. Tak gitu?
Baru stylo~ Aiceh!
Nak lengan pendek? Ada~

Nak lengan panjang? Pun ada. Ikhwah pun bole je nak beli lengan panjang. Takde masalah eh!

Yang sleeveless ade tak? (Yang tak berlengan)?? Hoho~ Itu terlampau seksi. Tak boleh, so tak ada!

Harga berapa eh? Hah,
Lengan pendek 38 genih
Lengan panjang, tambah dua genih kat harga baju lengan pendek tu!
So, jom r pakat-pakat beli~

p/s: Takkan la nak beli souvenier dari manshiah, san stefano, carrefour je kot? Beli la jugak dari Alex YE. tak gitu?

Monday, July 19, 2010

Itu Bukan Aku

Haih~ Ramai betul orang mengeluh sebab tak tahan nak menunggu lagi seminggu nak balik. Padahal aku ni yang balik 18 ogos rilek je. (Rileks ke??) Haha~ Tak ape, ada Kudus teman. Yeay!

Ha...Just want to tell a story. Hari tu call la akak aku di Malaysia. Akak aku cakap, hari tu ada kawan aku datang rumah cari aku.

Kawan : Akak, Khairi ada?

Akak : Khairi tak balik lagi. Dia balik ogos nanti.

Kawan : Eh, baru je tadi cikgu Mazmin nampak Khairi kat masjid waktu solat jumaat tadi.

Akak : Salah orang kot.

Kawan : Tak! Tak mungkin salah orang. Memang cikgu nampak Khairi tadi. Muka, pakaian solat semuanya macam Khairi.

Akak : Khairi tak balik lagi la...Cikgu tak tegur ke 'Khairi' tu?

Kawan : Lepas habis solat tadi, cikgu ada panggil Khairi. Tapi dia blah terus. Lepas tu kat luar masjid, cikgu dah tak jumpa dia kat mana.

Huhu...Itu la ceritanya. Nak kata pelanduk dua serupa, tak kan lah cikgu aku tak kenal aku. Lagipun siapa lagi yang sama muka macam aku kat kampung kecil tu? Nak kata Qarin....Qarin bukan ke slalu muncul bila orang dah meninggal je ke? Aku hidup lagi la..Haih~

p/s : Nak kata Saka, tak kan lah saka pergi solat jumaat kot??

Wednesday, July 14, 2010

Aktif

Q : Kenapa kau aktif sangat berblogging eh? Sikit-sikit tulis post baru. Tak bosan ke?

A : Aku suka melalut tak tentu pasal kat blog. Lagipun nanti bila balik Malaysia, rumah aku tak ada internet. Jadi, blog ni akan terbiar lama tanpa ada post baru. Jadi, baik tulis puas-puas sekarang. Haha~

p/s : Tak kisah pun orang tak nak baca.

Tuesday, July 13, 2010

Kalau Menegur...

Sikap saling ingat mengingati sesama kita ni memang bagus sangat. Itu memang tak dapat dinafikan. Tapi ada beberapa perkara yang aku kurang berkenan tengok. Ada yang menegur secara kasar, ada yang menegur sampai memalukan orang di depan khalayak ramai. Aku rasa, benda macam tu tak patut terjadi. Cuba kita bayangkan jika kita sendiri yang berada di tempat orang yang ditegur tu? Apa perasaan kita?

Kalau nak menegur orang tu...

1. Gunalah bahasa yang lembut dan sopan
Tak perlulah masukkan sekali kata-kata kesat kat dalam tu. Tak elok. Orang dengar pun tak manis. Lagi pun, kalau aku jadi orang yang ditegur tu, aku akan jadi lebih sakit hati. Lepas tu aku akan tengking balik orang yang menegur tu.

2. Jangan meninggikan suara
Kalau MARAH, itu lain cerita. Tapi kalau MENEGUR, tak best lah kalau tinggikan nada suara. Guna low pitch sudah la~

3. Jangan menegur di khalayak ramai
Ha...Tak perlulah nak malukan orang tu di hadapan orang lain. Kalau boleh, tegur lah secara peribadi. Tegurlah di kawasan yang agak jauh dari orang. Janganlah nak menjatuhkan air muka orang tu di depan orang lain. Kita kena ingat, semua orang ada maruah, ada sikap malu. Kalau kita dimalukan, apa perasaan kita? Jadi, elakkan meletak aib orang lain di blog atau di facebook yang macam selalu aku buat. Haha~ Lepas ni tak buat dah ok? Baik cakap terus je depan-depan seperti seorang lelaki okeh?
4. Tegurlah dengan ikhlas
Kadang-kadang, kita memang benci sangat dengan orang tu. Sehinggakan apa yang dia buat, ada je yang tak kena bagi kita. Jadi, kita tak bolehlah macam tu. Tak bolehlah kita sengaja nak cari salah dia. Tegurlah bila dia salah. Bantulah dia pilih jalan yang betul. Cewah~ Over plak point aku yang ni.

5. Kuman seberang laut je ke yang kita nampak?
Kalau boleh, kita pun kenalah usaha untuk perbaiki diri. Janganlah kita tegur orang tu suruh jadi rajin buat kerja rumah, tapi kita sendiri pinggan sebijik yang kita guna pun tak reti basuh. Lagi satu, kalau kita boleh tegur orang, kita pun kenalah terima dengan hati terbuka kalau orang menegur kita. Kita memang boleh MENEGUR, tapi kita juga layak untuk DITEGUR. Jadi, terimalah dengan hati terbuka. Kalau orang boleh terima teguran kita, takkanlah kita tak boleh terima teguran orang lain kat kita? :D

p/s : Kalau aku ada salah dan silap. Apa-apa yang perlu ditegur, silalah nasihat aku. Jangan biarkan aku hanyut dan terus tenggelam dan tidak dapat diselamatkan lagi. Only 5 papers left. Good luck@!