Wednesday, January 27, 2010

Sejuk vs Panas

A masih termenung di perpustakaan universiti. Dia masih belum menunaikan solat zohor. Kemudian, B yang baru sahaja selesai solat, masuk ke dalam perpustakaan. B langsung menarik kerusi dan duduk di sebelah A.

B : Kau dah solat?
A : Belum..
B : Kenapa belum solat? Pergilah cepat. Tak elok lengahkan solat.
A : Cuaca sejuk kat luar tu. Nak keluar pun tak berani, inikan pula nak ambil wudhu. Kan bagus kalau ada heater, ada air panas.

B menggelengkan kepala. B mengeluarkan buku physiology dari begnya dan meletakkannya di atas meja. B menyelak helaian buku yang tebal itu. Kemudian, B mula bersuara..

B : Panas salah, sejuk pun salah? Kalau tak mahu kesejukan air wudhu', terima sahajalah kepanasan api neraka nanti.

Kemudian B menyambung menyelak helaian tebal itu sehinggalah dia berhenti di satu muka surat, dan mula membaca. A pula bangun perlahan-lahan dari kerusi, menuju ke masjid~

4 comments:

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

*ouch... that's gotta hurt...

hanif hafiz said...

ouch..gelinye..
xpe..besela..aku pun menahan dari perkara yg membatalkan wuduk dari lepas subuh sampai abes asar..

hebat x..
haha

khairi said...

anas = that was really hurt~ (-,-")

abu = makruh la tahan buang air!

kepalakotak said...

ooo.