Sunday, January 10, 2010

Syuf Sya'ah~

Peristiwa ni berlaku agak lama jugak (takde la lama sangat, dalam minggu lepas kot). Malam itu aku tinggal sendirian di rumah. Ahli bait yang lain tak ada, pergi mengikuti trip ke Cairo. Jadi, tinggal la aku sorang je dalam rumah tu.

Bila aku tengah makan, ada orang ketuk pintu. Aku pun bukak. Aku nampak 2 orang arab lelaki (seorang berjubah, seorang lagi pakai pakaian biasa ; T-shirt & jeans). Kedua-duanya muda lagi. Aku pun pelik la..Then, aku tanye.."Fi eh?"

Arab : Mumkin syuf sya'ah?

Aku dah pelik. Apahal pulak malam2 buta ni nak syuf sya'ah? Dah la aku tinggal sorang. Kemudian, aku suruh diorang tunggu di luar. Aku pun gelabah la..Pastu telefon Akmal. Aku minta dia datang.

Tak lama kemudian, Akmal turun dan tanya orang arab tu. Orang arab tu kata, diorang nak tengok dalam rumah aku. Sebab diorang nak pindah masuk rumah ni bila kami keluar nanti. Aku pun dah pelik..Kalau nak syuf syaah, kenapa Baba tak inform aku awal-awal? Lagipun kenapa Baba tak datang skali dengan diorang? Kenapa nak tengok rumah waktu malam? Tunggu waktu siang tak boleh ke?

Aku agak terkejut bila Akmal bagi orang arab tu masuk rumah. Tak kisah la tu sebab aku percayakan Akmal. Aku boleh nampak kat mata diorang. Pandangan diorang tajam tengok laptop-laptop kami yang bersepah di ruang tamu. Kemudian, diorang terus masuk ke bilik Baem (ditemani oleh Akmal) semata-mata untuk tengok TINGKAP! Aku dah pelik..kemudian, diorang pun blah keluar. Sebelum diorang keluar, salah sorg dari diorang sempat membulatkan dan menjegilkan mata kat aku. Lagaknya seperti marah.Sumpah aku tak tipu..Ni aku bukan buat cerita drama atau apa-apa. Kemudian, dorang pun blah. Aku pun tak tahu diorang ke mana lepas tu.

Aku pelik. Kalau betul nak tengok rumah, kenapa tak tengok dapur, bilik air, semua bilik, dan balkoni sekali? Kenapa cuma tengok TINGKAP? Aku dah pelik. Kemudian, aku telefon Baem yang masih berada di Cairo.Aku tertanya-tanya jugak. Kenapa mamat arab tadi jegil mata kat aku? Lagaknya seperti sedang marah. Mungkin dia marah sebab aku panggil Akmal. Aku cukup takut..Macam ada sesuatu yang tak kena.........

6 comments:

merpatiputih said...

lorh..yang bgi masuk wat pa??haishh..nasib x jdi pa2=)

islahmujahidin said...

takut diorang nak cari tempat utk pecah masuk yg paling sesuai kot..better take care of your properties

khairi said...

to merpatiputih:
erm..nak buat cmne..cos org lain yg bg masuk. tp tkpe la..alhamdulillah tk jadi pape..

islahmujahidin:
yup..thanks for the advices..tapi skrg sangat takut ma..

silent reader said...

aku pernah orang arab masuk konon nak tengok wayar kat luar tingkap.

mase tu pagi, kelas start lambat. so bile orang arab tu masuk bilik aku, aku tengah baring2. malas nak layan arab tu.

housemate aku yang bagi arab tu masuk plak die pegi dapur amik kayu konon nak bg alat kt arab tu... last2 tetiba je arab tu blah. check2 hp aku kene kebas!!!

advice: jaga2 la ye... pasni kalo bende same berlaku, jangan bg masuk. ckp je bukra... hohoho...

ammar lorh said...

salam khairi.....
xtau plak ade peristiwa ni..:-p
ape2 hal nk minta bantuan if anything happen,i'll always be there iA....
meh2 la dtg umah akoo agey.....
:)
Allah yusahhil iA

khairi said...

silent reader:
uiks? hfon kena kebas? bahaye ni...thanks for reminding!

amar :
tak silap aku, waktu tu ko g cairo gak kot..trip universiti tu..