Wednesday, February 10, 2010

Jujurlah!


Nak sampaikan satu cerita, mudah-mudahan dapat dijadikan pengajaran. Ada seorang ni, aku namakan dia Khairi. Sedang dia berjalan-jalan di sebuah taman, tiba-tiba dia terhenti di satu pokok bunga. Dia lihat ada kepompong di celah-celah daun pokok renek itu. Apa yang menariknya? Dia melihat ada seekor rama-rama sedang cuba keluar dari kepompong itu.

Khairi memerhati dan terus memerhati rama-rama itu. Khairi berasa kasihan dengan rama-rama itu, yang masih belum berjaya mengoyakkan kepompong dan keluar untuk terbang bebas. Sebelah sayap rama-rama itu masih lagi melekat di kepompong, tidak dapat dikembangkan lagi.

Lalu, Khairi pun cuba untuk membantu rama-rama itu. Khairi membantu mengoyakkan kepompong itu, supaya rama-rama itu dapat keluar dengan lebih cepat, supaya rama-rama dapat terbang bebas; tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengoyakkan kepompong itu.

Hasilnya, rama-rama itu berjaya keluar dari kepompong itu dengan bantuan Khairi. Khairi berasa puas dapat menolong rama-rama itu. Tapi, ketika rama-rama itu cuba untuk terbang, ia jatuh. Kemudian, rama-rama itu cuba lagi untuk terbang, tetapi perkara yang sama berlaku ; ia jatuh. Tidak lama kemudian, rama-rama itu mati. Mati kerana sayapnya tidak ada kekuatan untuk menempuh angin yang bertiup.

Sepatutnya, Khairi membiarkan sahaja rama-rama itu BERUSAHA SENDIRI untuk keluar dari kepompong itu. Kerana kepompong tu dapat melatih rama-rama untuk menguatkan sayapnya, supaya kelak ia dapat terbang bebas. Tapi hakikatnya? Harap kalian faham apa yang aku cuba sampaikan.

Jadi kesimpulannya, JANGAN MENIRU di dalam peperiksaan. Ujian tu sebenarnya dapat melatih kita supaya kita dapat jadi doktor yang baik nanti. Dan juga JANGAN MEMBERI JAWAPAN kepada orang yang meminta. Seperti cerita tadi, Khairi sangka dia dapat membantu rama-rama, sebaliknya? Dia yang membunuh rama-rama itu. Jadi, jangan terlalu bermurah hati memberikan jawapan kerana anda bukan MEMBANTU rakan anda, tetapi MEMBANTUTkan. Jadi, jika diminta jawapan oleh orang yang ingin menipu, anda cuma perlu cuma MEMBATUkan diri.

4 comments:

::::aFiq FahiMy:::: said...

nice analogy~

truly boleh amik pengajaran drpd tu..

kepalakotak said...

khairi!! cepat!! pakcik 55 thn ni sakit jantung, hypertensive, tachycardia!!! nak bg ubat ape???!!!

teeettt.....

owh. xpe. senyap aje, die dah ok. ak bg die verapamil.

>__<"

islahmujahidin said...

tp kalau ventricular tachyarrythmia xleh tau...

bahaya, contraindicated
haha =P

khairi said...

alah...susah2 aku bagi panadol je.

Sume ade, analgesic ade, antipyretic ade, antiinflammatory pun ada. Less side effect pulak tu!