Friday, February 5, 2010

Maksud Peribahasa & Google Search

Dah lama nak tulis, tapi baru hari ni aku buat. Hari tu waktu solat hajat di rumah Afiq Aziz, dia ada tanya aku pasal satu peribahasa ni. Peribahasa tu ialah " melepaskan batuk di tangga". Soalannya ialah.."Kau tahu tak batuk tu apa?"

Aku pun...
Aku : Tau, batuklah. Penyakit.

Afiq : Haih, bukan lah. Bukan batuk berkahak tu. Ni batuk lain. Tau tak batuk tu apa?

Aku : Tak tahu~

Afiq : Ha..Ni aku nak cite. Zaman dulukan orang selalu jalan-jalan berkaki ayam. Jadi sebelum naik ke rumah, diorang akan basuh dulu kaki diorang. Basuh dengan air tempayan yang selalu diletak di tepi tangga rumah. Jadi, gayung yang digunakan untuk cedok air tempayan itulah yang dinamakan sebagai batuk.

Aku : Kenapa bagai melepaskan batuk di tangga?

Afiq : Sebab diorang sepatutnya letak kat dalam tempayan tu balik lepas guna. Tapi, diorang cuma lepaskan batuk tu kat tangga je.

Bila aku balik rumah, aku pun try la google search perkataan batuk. Tapi imej yang aku jumpa semuanya gambar orang tengah sakit batuk. Konfius aku..

Inilah "batuk"

Kemudian, aku teringat peribahasa ni..."Melukut di tepi gantang''.
Aku pun nak juga tahu apa maksud melukut tu sebab aku memang tak pernah tahu melukut tu apa. Aku main pandai sebut je.
Bila aku google search perkataan "melukut", then keluarlah gambar Aisyah, si penyanyi lagu Bagai Melukut di Tepi Gantang.

Kecewa aku..Tak dapat juga aku tahu melukut tu apa. Aku risau juga untuk generasi akan datang. Nanti macam mana kalau anak cucu kita juga google search perkataan melukut, dan keluar gambar Aisyah? Aku bimbang jika diorang cakap...

"Ooo...Ini rupanya melukut~!"

12 comments:

merpatiputih said...

hahaha..lwk seyh..
but betoi ka batuk tu??

kepalakotak said...

ni.

kasi tgk sndiri

http://kamusbahasaindonesia.org/melukut

anwar azhari said...

well,

this is embarrassing..

anyways..

bkn ke ejaan dibezakan antara

batuk = sakit

batok = pembersih kaki zaman dahulu.

khairi said...

thanks kepalakotak for giving the link!

Simple. said...
This comment has been removed by the author.
Simple. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
INAbaik said...

HAHAHAHA. aisyah bertukar mnjadi melukut pada tahon 2025.

tp sepatutnye BATOK

khairi said...

Lorh..mane aku tau.. Aku bukan terer BM macam ko! InsyaAllah, aku doakan kejayaan ko dalam SPM!

lupa nama sendiri said...

maksud melukut tu adalah serpihan beras..melukut di tepi gantang bermaksud serpihan beras di tepigantang_iaitu tidak berguna atau tidak diperlukan..

Ain said...

Batok ialah bahasa jawa yang bermaksud penyedok air bertangkai yang diperbuat dari tempurung kelapa. Selepas mengambil air dari tempayan, sepatutnya diletakkan semula batok ke dalam tempayan, bukannya dilepaskan saja kat tepi tangga. Perbuatan seumpamanya itu dianggap sebagai tidak memgambil berat akan sesuatu ataupun mengambil ringan saja, yakni tak.kisah.