Tuesday, March 23, 2010

Buta

Suatu hari, selepas tamat sesi kuliah, 2 orang kawan (A & B) menuju ke bank ABC dengan harapan elaun sudah masuk. Dalam perjalanan ke bank, B makan snek Snickers yang dibelinya pagi tadi. Kemudian, B membuang plastik bungkusan snek tu ke jalan raya dengan selamba. A tengok perbuatan B itu. A pun....

A : Tak baik kau buang sampah merata.

B : Biarkan! Nanti tukang sapu sampah tak ada kerja pula. Kan nanti dia dikira makan GAJI BUTA? Kan dah tak berkat tu?

A cuma diam. Malas hendak membalas. Tibanya di bank, mereka mendapati elaun mereka sudah masuk.

B : Alhamdulillah, elaun dah masuk. Malam ni boleh la enjoy kat Carrefour. Jom shopping!

A : Maaf, aku tak nak pergi. Aku nak study malam ni.

B : Ala...Exam lambat lagi la...Lagipun nanti kau study la, bukannya kau tak study langsung.

A menjawab.....
"MARA hantar kita kat sini dan bagi kita elaun untuk kita belajar, bukan untuk shopping atau berfoya. Kalau kita tak study, kan dikira makan ELAUN BUTA? Kan dah tak berkat tu?"

B terdiam. Mulai hari ini, dia bertekad untuk keluar membeli belah sekiranya dia hendak membeli barang yang dia PERLUKAN sahaja, bukan barang yang dia INGINKAN.

Pengajaran :
1. Jangan buang sampah merata-rata.
2. Jangan banyak enjoy.
3. Jom study!
p/s : spend your money wisely

4 comments:

hanif hafiz said...

oit..
tiru tema post aku..
"pandai2 gune duit"
hehe

merpatiputih said...

terbaik! ;)

Hazwani said...

nice post..sgt mndalam mkna trsiratnye.

khairi said...

to abu = haha..ciplak sikit2.

to merpatiputih & hazwani= thanks!