Sunday, March 7, 2010

Nak Hilangkan Bosan

Satu lagi post yang aku tak peduli samada orang nak baca atau pun tak. Janji aku puas hati sudah. Kali ni aku nak tulis pasal benda apa yang aku buat kalau aku bosan belajar. Maksud aku, belajar dengan cara yang tidak bosan!

1. Warna pelangi
Aku tengok buku tu bosan. Tak ada warna. Jadi, aku pun beli highlighter pelbagai warna, pastu garis mane isi2 penting. Warna warni buku aku dibuatnya. Macam pelangi pun ada. Orang ada jugak tanya, "kenapa kau tak cat terus buku kau?"...Senang je jawapannya, "suka hati aku la..Aku beli highlighter pun ade guna duit kau ke? Lagipun ni kan buku aku!" ...haha

2. Nak ke tak nak?
Aku bukan macam orang lain yang boleh duduk melekat kat kerusi sampai berjam-jam. Aku ni study bila aku ada mood je. Mula-mula aku study, lepas tu kalau rasa mengantuk atau bosan, aku pun stop study jap. Dengar lagu ke, masak ke, basuh pinggan ke, tulis blog ke apa ke. Lepas tu bila dah dapat mood, study la balik. Tapi pastikan study balik bila dah dapat mood tu, jangan berehat lama sangat.

3. Lagu
Waktu study, kita study. Takut nanti hilang pulak fokus kalau study sambil dengar lagu. Ada sesetengah orang boleh study sambil dengar lagu, tapi aku tak boleh. Nanti aku pulak yang melalak berkaraoke kat meja study. Kalau dengar muzik instrumental boleh la kot. Tapi, kadang-kadang suasana sekeliling jadi bising dan memaksa aku untuk dengan lagu. Contohnya, Arab yang terjerit-jerit, bunyi hon kereta yang lalu lalang depan rumah dan bunyi suara orang lain yang baca buku kuat sangat sampai kita boleh dengar sekali, akan membuatkan aku menyumbat earplug terus ke telinga dan mendengar lagu sambil belajar. It's better to listen to music that listening to noise!

4. Dua dalam satu
Sekarang ni masa makin cepat berlalu. Jadi, masa untuk belajar dalam sehari pun dah tinggal sikit. Jadi, kadang-kadang aku makan sambil tengok movie, kadang-kadang makan sambil bukak internet. Lepas tu, sambil-sambil buat kerja macam memasak/lipat baju/kemas rumah, aku dengar lagu mp3. So, tak ada lah sibuk-sibuk aku nak cari masa tambahan untuk dengar lagu dan tengok movie. Berhibur sambil buat kerja lah~

5. IMAGINASI

Ya~ Itu dia...Imaginasi sangat penting ye kawan-kawan sebab imaginasi menguasai dunia aku. Haha..Bila belajar something tu, aku cuba untuk imaginasikan perkara yang aku belajar tu dengan benda sekeliling, ataupun imaginasikan dengan perkara-perkara yang lucu. Contohnya tadi baru belajar pasal hidung. Patutlah tugu sphinx kat Mesir ni tak ada hidung, rupanya struktur hidung kompleks sangat sebab tu orang yang bina sphinx tu tak nak buat hidungnya.
Ye lah kan, nak kena buat meatus lagi, semilunar hiatus lagi, ethmoid bone lagi dan macam-macam la...(camni la aku berimaginasi, entah apa-apa kan?)

Ok la....ni aku tulis post ni pun sebab aku nak rehat jap dan nak cari semula mood untuk study. Sekarang dah dapat mood, dah boleh study semula. Selamat Belajar ye kawan2. Haha~

6 comments:

hanif hafiz said...

bace doa

khairi said...

bace doa tu benda basic la abu
Sume org pun tahu yang sbelum study kena baca doa dulu.

Apa yg aku tulis ni, benda yang tak tipikal yang orang buat!

khairi said...

bace doa tu benda basic la abu
Sume org pun tahu yang sbelum study kena baca doa dulu.

Apa yg aku tulis ni, benda yang tak tipikal yang orang buat!

Hazwani said...

nice post..
nnt sy cube praktik kn sbb skrg ni tgh bosan..eheh.

islahmujahidin said...

waa~
kita geng
baca buku, baca buku jugak
kalau study sampai lewat malam
jgn sampai tertinggai subuh naa~
haha
besanan ini dibawakan dari studio ikim.fm

khairi said...

to hazwani :
Huhu, boleh2x..Sila2x

to syahmi :
InsyaAllah~
Akhirat tetap diutamakan~