Wednesday, March 17, 2010

Sukan Yang Aku Nak Masuk

Amaran keras : Post ni untuk suka-suka je.

Ada orang tanya, kenapa aku tak masuk apa-apa acara dalam KSPCI nanti. Haha,..senang je jawapannya, sebab acara yang aku minat tak ada. Acara yang aku minat ialah....

1. Bola Terajang
Sukan ini lebih kurang sama dengan bola sepak. Cuma permainan ini memerlukan padang sebesar KLIA dan pemain yang berjumlah 2000 orang. Terdapat 80 tiang gol dan penjaga golnya sekali. Apabila bola dibaling masuk gol oleh pengadil (Ingat, pengadil sahaja yang menjaringkan gol), kesemua peserta hendaklah menerajang apa sahaja di depan mereka. Akan tetapi, mereka tidak boleh menerajang bola tersebut. Jika pemain menerajang bola tersebut ,maka kad merah akan diberikan. Best giler kot game ni. Try la..

2. Lompat Kajang
Sekiranya permainan lompat kijang memerlukan kita melompat ke atas pasir, lompat Kajang ini memerlukan kita untuk lompat sehingga ke Kajang, Selangor. Apabila pemain sudah sampai di Kajang, mereka perlu membacakan pantun "Kajang Pak Malau, Kajang Berlipat" dengan betul sebelum diisytiharkan sebagai pemenang. Kemudian, mereka perlu membeli Satey Kajang dengan pemain-pemain yang lain. Permainan ini mungkin cuma sesuai dimain di Malaysia kerana di Mesir tiada tempat bernama kajang mahupun satey kajang.

3. Rejam lembu
Permainan ini sangat popular pada zaman dahulu. Permainan ini berlainan dengan sukan rejam lembing yang ada pada zaman ini. Permainan ini popular pada zaman dahulu kerana banyak kenduri kahwin yang memerlukan lembu untuk membuat gulai. Peserta perlu merejam & membaling lembu itu ke arah rumah yang akan melangsungkan kenduri untuk disembelih seterusnya dibuat gulai.

4. Lari pecut 1500 meter berpagar
Sukan ini sungguh dapat melatih daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan daya tahan mental. Kebanyakan peserta didapati berhenti di separuh permainan kerana mendapati mereka kekurangan daya tahan mental yang sangat kronik.

5. Tarik Tali barut
Permainan ini sama sahaja peraturannya dengan tarik tali. Cuma bezanya, tali yang digunakan untuk ditarik itu digantikan dengan manusia-manusia yang selalu menjadi tali barut orang jahat. Permainan ini sangat bagus kerana permainan ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai akan betapa pentingnya untuk tidak bersubahat dengan orang jahat.

Ha~ Permainan-permainan ni tak ada. Sebab tu aku tak nak masuk apa-apa waktu sukan nanti.
Haha..=P

p/s : Gurau saje ma~

8 comments:

hanif hafiz said...

lempar khairi
-permainan ini memerlukan seseorang utk membaling khairi malik sejauh yg mungkin.
-permainan ini juga bergantung kepada kecederaan yg dialami oleh khairi,
-lebih bnyk kecederaan yg dihadapi khair, lebih bnyk bonus diterima

khairi said...

whoa...menarik gak tuh
Aku bleh masuk x?

DrSurialiNadiah said...

HAHAHAHA..ak nak masuk sume pemainan neyh bila dah dtubohkan kelab malam erk!!...kelab neyh XDD

kalo ak nak jd pngarah sume kelab bleyh x khairi? XDD

khairi said...

huhu...buleh2x...
memang kita nak kumpul orang untuk tubuhkan permainan ni.
jom kite kumpul ramai2 dulu nad yeh?

FarHAnAhMohAMAd said...

khairi...ade x sukan petik2 bunga....haih....indah alam ini...

DrSurialiNadiah said...

ak on jeh..hehe..

ak nak cdg gak~...sukan kutip sampah..bersih sket alam ni XDD

khairi said...

kpd Farhanah =
Ouh, ade2. Tapi ini bunga bukan sebarang bunga. Ini pertandingan petik bunga api fireworks.

kpd Nad=
Alamak...sukan tu dah pupus la kak. Sori ye~
Tapi kita ada game kutip sampah masyarakat. Nak join?

DrSurialiNadiah said...

eh yeke? xpelah..tapi sukan sampah masyarakat tu cambest..agak2 sampah masyarakat tu berupa ape ek? hm....boleyh r..nak sign up utk sukan tuh XDD