Friday, March 19, 2010

Tolong Diam!

Di perpustakaan, X sedang membaca buku. Rakannya di sebelah, Y seperti resah gelisah sejak tadi. Kemudian, Y memasang mp3 dan meletakkan earplug ke telinganya. Y pun mula untuk belajar sambil mendengar lagu.

Akan tetapi, lagu yang dipasang oleh Y cukup kuat sehinggakan X turut dapat mendengarnya sekali. Walaupun Y cuma mendengar lagu melalui earplug, tetapi lagu yang dipasang itu cukup jelas butir-butir kata liriknya sehinggakan X boleh ikut menyanyi bersama jika dia mahu. Perbuatan Y yang memasang lagu mp3 dengan kuat itu sekaligus menggangu konsentrasi X untuk belajar.

X tidak tahan lagi. X pun menyentap earplug dari telinga Y. X kemudian bersuara...
" Kau boleh tak pasang lagu perlahan sedikit. Lagu kau mengganggu orang belajar. Kau pasang kuat sangat sampai aku pun boleh dengar sekali."

Dengan tenang, Y menjawab....
"Aku akan berhenti pasang lagu mp3 jika kau membaca buku tidak terlalu kuat. Boleh tak kalau kau cuma baca dalam hati? Tak perlulah membaca sambil melafazkan setiap perkataan yang tertulis dalam buku sampai aku pun dengar sekali."

X terdiam...Baru dia tahu, semuanya berpunca daripadanya sendiri. Y meletakkan earplug itu ke telinganya kembali lalu mendengar lagu sambil belajar. X sedar kesalahannya, lalu dia pun cuma membaca buku di dalam hati. Tidak lagi baca dengan kuat. Sedar akan hal itu, Y pun berhenti mendengar lagu dan mula belajar tanpa iringan muzik di telinganya. Suasana kini menjadi sunyi sepi. Tenang kembali.

Pengajaran :
1. Belajar tu belajar juga, tapi jangan pentingkan diri sendiri.
2. Jangan mengganggu orang lain belajar.
3. Jika tak mahu disakiti, jangan menyakiti orang lain!

p/s : Mengaku dulang paku serpih

9 comments:

hanif hafiz said...

anak sapo la ni

Anonymous said...

betul2!!! suka post khairi!!!
sangat jujur.

merpatiputih said...

thumbs up=)

khairi said...

to abu =
anak cikgu Hanafi

to anon =
Apa yg jujurnya? Tak paham~

to merpatiputih=
=)

FarHAnAhMohAMAd said...

tahu x pe....kalau x mau org buat kita...jangan buat orang....kata orang nogori....kalau x nak den lompang muko ekau...jangan hobin den dulu...hehehe

khairi said...

hobin tu apo eh?
den dok nogori duo tahun yo
den x ponah donga pun hobin tu?

Anonymous said...

jujur laa..yg dgr lagu kuat2 tu, terus ckp dgn org yg suka baca kuat2 tu. xde selindung, nak jaga hati, tahan2 perasaan ke. jujurlah tu! hahah.

FarHAnAhMohAMAd said...

hobin tu blasah ler...apo ni jang oi..duo taon dok kek sini...apo tak ponah donga ko HOBIN tu...kalau camni tak boleh kawen ngan anak dagho kolo pilah nih..

khairi said...

anon = sangat setuju~

farhanah = lorh...mano den taw.
Tak apolah..tak ada jodoh namonyo.