Tuesday, April 6, 2010

Gelaran

Huh, post ini sangat panjang. Tak kisah la...Kalau nak baca, bacalah. Tak nak, sudah! Apa susah. Cuma nak cakap sikit pasal gelaran. Aku memang dah diajar dari kecil lagi untuk memanggil semua orang yang lebih tua dari aku sebagai "abang" atau "kakak". Walaupun beza umur cuma setahun. Aku ingat lagi bila aku panggil jiran aku yang cuma setahun bezanya dengan gelaran "aku-kau" sahaja. Arwah mak aku pukul aku sampai berbirat.

Lagi satu, kalau tak panggil "abang" atau "kakak" pun, at least mesti ada gelaran kehormat. Senang cerita, guna perkataan yang lebih sopan dari "aku-kau". Bila masuk sekolah menengah rendah, ramai budak senior menyampah dengan aku sebab aku panggil diorang abang. Diorang cakap diorang geli. Tapi nak buat macam mana, dah terbiasa. Alhamdulillah, bila masuk SASER, junior mesti kena panggil senior sebagai "abang". Bagi sesetengah orang, mungkin itu tidak selesa. Tapi bagi aku ,aku rasa cukup selesa sebab ianya sama seperti apa yang telah keluarga aku ajar.

Tahun lepas, dalam Smart Circle, semua ahli kumpulan aku panggil Abang Aswad dengan gelaran "abang". Aku rasa cukup selesa. Tapi masuk tahun ni, aku bertukar kumpulan. Masuk ke dalam kumpulan Abang Anas. Secara jujur aku cakap, aku sangat tak selesa pada mulanya bila ahli kumpulan baru aku yang lain (Rahman D, Aiman Khalifah) cuma guna "aku-engkau" dengan mentor sendiri. Waktu tu, aku rasa macam nak cari Abang Aswad dan nak masuk SC dia semula. Tapi alhamdulillah, Abang Anas gelarkan diri dia sebagai "ana" dengan aku. Ahli kumpulan yang lain semuanya guna "aku-kau", cuma aku yang guna "saya". Tak kisahlah, janji aku selesa. Harap-harap tahun depan aku tak bertukar mentor lagi.

Kemudian, bila junior dari sekolah aku datang, aku terlupa. Aku terlupa yang sekolah aku membudayakan gelaran "abang". Jadi, bila aku tanya macam ni.."Bila kau datang sini?". Muka junior aku terus berubah. Dia pulak cakap macam ni.."Saya tak selesa lah guna gelaran 'aku-kau'". Waktu tu, baru aku sedar. Bukan aku seorang sahaja yang kurang selesa dengan panggilan "aku-kau". Jadi, mulai hari tu aku guna gelaran "saya-awak" dengan dia. Ada yang kata nampak geli. Tapi apa aku peduli. Thanks to Abd Rahman Tito for making me realize my mistake.

Jadi pesanan saya kepada senior-senior, saya tak kisah jika kalian menggunakan "aku-kau" dengan saya.Sangat tidak kisah, Tapi tolonglah izinkan saya guna "saya-kakak/saya-abang" kepada kalian. Saya dah terbiasa begitu sebab diajar oleh ibubapa saya. Jika saya tak buat macam tu, saya rasa macam melanggar arahan ibubapa pula. Paling tidak, izinkan saya guna "saya-*nama anda".

p/s : Lain orang, lain ragam
Rambut sama hitam, hati lain-lain

6 comments:

hanif hafiz said...

khairi, pasni jgn panggil aku abu, geli lah.
panggil bos cukup

Dr. Alex said...

abu

abu

abu

Rahman D said...

hehe...masuk gak nama aku dlm blog ko kecik..hahah...

apa2 pun mungkin aku rapat dgn abg anas din dan aswad,mad hasbullah..hatta zaid sekali pun aku guna 'aku-kau' nampak mcm agak kasarlah...ttp insyaAllah adab sebagai seorang junior dan senior aku still jaga..dan panggil mungkin memesrakan lagi kami....tp seingat aku ...sbelum nk ckp 'aku-kau' dgn snior better mintak kebenaran dulu..takut2 diorang tak selesa...anyway..jgnlah nk tukar mentor...baru 2 kali je SC kita :( sedih aaa mcm nih

niktaufik said...

ada org terasa la plak....hihihihi

khairi said...

abu = baik abu! er...bos!
yim = comel la yim buat cmtu.haha

rahman D = haih..itu dulu je aku tak selesa. Skrg dah ok da. Cuba baca betul2, kan aku tulis HARAP-HARAP tahun depan TAK BERTUKAR mentor lagi?

niktaufik = eh, siapa yg terasa? ops~

shaa said...

:)