Friday, April 2, 2010

Oh, Tandas!

Haih...Baru je update blog semalam. Update lagi ke? Haha..suka hati aku la..Korang tak nak baca pergi main jauh-jauh. Menyemak je datang sini. Don't worry X, I'll start studying after posting this entry. Awas! Post ni mungkin agak kurang senonoh ataupun jijik sebab berkenaan dengan tandas. 18SG, 18 SX semua ada. So, budak kecik pergi main jauh-jauh.

Okeh, perkara yang tak patut dibuat kepada orang yang sedang berada di dalam tandas ialah....

1. Ketuk pintu tandas berulang-ulang kali dengan kuat
Haih...Dah la ketuk pintu banyak kali, lepas tu dengan kuat pulak tu. Terbantut hajat kawan kat dalam tandas tuh. Please la wei, ketuk sekali je udah la..Nanti pandai-pandai la kawan kat dalam bilik air tu "mempercepatkan" dirinya. Ini tidak, selagi tak roboh pintu tandas tu selagi tu nak ketuk. Isy, kalau aku la orang yang ade dalam tandas tu kan, aku ketuk kepala budak yang ketuk pintu tu kuat-kuat sejurus aku keluar dari tandas. Haha...
special case : kalau korang nampak orang nangis sebab frust lepas tu tetibe die bawak pisau nak bunuh diri masuk dalam bilik air....itu memang patut la korang ketuk pintu berulang kali suruh dia keluar dan tak buat benda bodoh!

2. Tanya "Kau buat apa kat dalam tandas tu"
Yang ni lagi sengal. Macam lah ada banyak sangat modus operandi yang boleh dibuat kat dalam tandas tu. Kalau dah ada dalam tandas, takkan la kita masak nasik pulak kat dalam tu. Kadang-kadang kita mungkin lama sikit dalam tandas. Iye la kan, kadang-kadang kita lupa nak makan makanan yang mengandungi fibre (serat). So, tolong la memahami kalau kawan duduk lama sikit dalam tandas tuh.
special case : Ada sekali dalam bulan ramadhan tu, ayah aku kejut aku sahur. Ayah aku suruh basuh muka kat bilik air. Tapi aku ngantuk sangat sampai aku tidur kat tepi kolah bilik air umah aku. Itu je penyalahgunaan tandas yang aku buat. Peace~

3. Tanya "Ada orang tak dalam tandas?"
Rasanya kita sedia maklum yang kalau nampak pintu tandas tertutup, itu bermaksud dalam tandas tu ada orang. Takkan la nak paksa orang kat dalam tandas tu menyahut pulak. Abah aku kata, tak elok menyahut dari dalam tandas. So, sebab tu aku diam je kalau orang panggil aku waktu aku ada dalam tandas.
special case : Kalau kau tahu yang tandas umah kau memang tak boleh tutup pintu rapat ataupun pintu tandas tu tak boleh dikunci, memang kau kena tanya dulu kat dalam tuh ada orang ke tak ada.

4. Mengintai
Hoho..Yang ni lagi kurang asam. Teringat aku kat sekolah dulu. Aku tak tahu pulak yang budak asrama ni sengal-sengal belaka perangai. Korang ni hampeh betul la..Kalau da tau sekolah kita takde budak pompuan, duduk diam-diam sudeyh. Yang kau nak ngintai budak laki gak pehal? Gile...gile..
Special case : Kalau berjam-jam kau tunggu pintu tandas masih tak bukak-bukak. So, baik la try intai sikit-sikit. Mane tahu kot-kot dia pengsan ke kat dalam tandas tu kan?

p/s: Kalau dalam menyelesaikan masalah kita boleh bertimbang rasa dan bertolak ansur antara satu sama lain, kenapa dalam penggunaan tandas tak boleh? Kenapa mesti pentingkan diri sendiri untuk berebut? Kenapa mesti jadi begini? Why? Why? WHY????

14 comments:

Hazwani said...

haha..post agak menarik..=p

niktaufik said...

hahahaha...nk tumpang tandas rumah org xde peraturan @ petua ker??

hahahahah

anwar azhari said...

kah3..~~

lawak giler..!!

khairi said...

to hazwani =thanks. Tp blog awak jauh lebih best.

to abe niktaufik = haih..sape kte xde? Peraturan dia satu je...iaitu jangan tumpg tndas uma orang. Kalau nak g tandas, balik uma sendiri.

to tept = woih..ni post yang paling sedih aku pernah tulis. Apehal kelakar plak?

hanif hafiz said...

best tak khairi tido dlm toilet.
wangi x?
ade bntal x..? selimut?
kipas aircond sme ade?

Anonymous said...

best lah entry khairi kali ni!!!

khairi said...

abu = Haha...best kot.Toilet uma kat msia wangi..

anon = kalau dilihat dr gaya penulisan, anon ni macam Areqa. Erm..mcm perli je komen anon tu?

Anonymous said...

apalah khairi ni, suka sgt buruk sangka. kalu ckp xbest , dikatakan 'kalu xsuka,jgn baca".
bila org ikhlas jujur ckp best, dikatan perli pula.

manusia memg xpernah puas lah kan?

cuba positif lah sikit.
it's a compliment ok.
=)

khairi said...

haih..emo plak die nih. Gurau saje ma...Thanks for the compliment.

anwar azhari said...

smua org pn bergelak tawa time baca mnda nih..

plg kreatif n plg klakar..

x emo langsung..

kewll~

kalo leh kasi 5 bintang ak dh kasi dh..

haha

Anonymous said...

sbb tu cakap khairi ni layak dpt Anugerah Blogger the best!!! hahahhaa. aminn.

khairi said...

tepet = mane ko tau sume org gelak?
anon = kalo xde org vote, x dpt jugk. haha

abdullahkadir said...

keri, dulu masa aku kat asrama dlu aku kena intai. tp alang2 dah kena intai tu, aku joget2 jela. hauhahau

khairi said...

haha...nice la kadir.
Betul jugak tu, kalau kita marah pengintai tu, nanti dia kecik hati plak.
So, baik kita menghiburkan hati dia sekali dengan joget. Takde la die ngintai sia2. x gtu? muahaha