Thursday, April 1, 2010

Sementara Masih Sempat

Awas! Post ini berbentuk diari sebab mengisahkan peribadi aku sendiri. Aku tahu aku banyak bazir masa dengan menulis blog. But I promise that I will start studying after posting this post. Hari tu aku call kakak aku, bincang pasal balik Malaysia.

Aku beritahu akak aku, yang aku mungkin tak dapat balik Malaysia pada tahun ni atas masalah kewangan. Duit untuk survive tu memang terlebih dari cukup, dan duit untuk beli tiket pulang ke Malaysia pun memang cukup. Tetapi jika aku pulang ke Malaysia, aku akan muflis bila kembali semula ke Mesir nanti. Tidak akan ada lagi duit simpanan untuk aku belanja di Mesir nanti sebab duit itu akan habis dengan beli tiket kapal terbang.

Tapi akak dan keluarga aku tetap mahu aku balik. Aku memang buntu. Kemudian, aku bagi alasan yang aku hendak belajar bahasa Arab di sini. Tapi, akak aku tetap berkeras ingin aku pulang ke Malaysia. Aku cari alasan lagi. Aku cakap....

" Nanti susah kalau ada apa-apa hal. Kalau tiba-tiba universiti buka awal, kena tukar tarikh tiket kapal terbang lagi..."

Mungkin akak aku dah tak tahu nak jawab apa. Lalu, dia pun menangis. Biasalah, lelaki mana yang tahan dengan air mata wanita. Aku memang serba salah waktu tu. Aku dah buat solat sunat istikharah, tapi aku tetap merasakan yang aku tidak patut pulang ke Malaysia pada tahun ni. Aku memang sangat serba salah...Sebelum akak aku letak telefon, dia cakap macam ni....

"Adik, umur abah kita dah 67 tahun. Abah pula ada macam-macam penyakit. Adik faham-faham sahajalah. Waktu ni lah abah nak semua anak-anak berada di sekeliling abah. Jadi, adik pulanglah ke Malaysia dan jenguk abah sementara masih sempat............."

Aku betul-betul buntu. Air mata aku pula yang mula mengalir bila mengenangkan abah. Aku rindukan Abah.

p/s : Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk membuat pilihan yang tepat!

12 comments:

sannin said...

pendapat aku:
baik blik khairi..
klu nk tkar tiket balik ke egypt nt
in case da pape
gtw ak..kite balik skali k :P
peace~~

Anonymous said...

baliklah...
duit rezeki mana2 adalah..
pandai2lah jimat and hargai..
tapi isan tersayang xdpt jual beli..
so, sementara masih ada, kita hargai...
insyaAllah,kalu niat nak balik sbb nak jenguk ibu bapa,mesti Allah permudahkan urusan kita juga lah...
cuma pandai2 la beringat selepas itu,ok.. peringatan utk dri sndri juga, insyaAllah...

niktaufik said...

kecik, blk la...
pesanan ikhlas nie...

tgk no 48,60, dan 77...

tp buatlah keputusan dengan bijak...xde paksaan dalam membuat keputusan..doakan moga ayah panjang umur, dan kamu dapat bersama dia bila dia perlukan kamu...

hanif hafiz said...

kecik tiru ayat aku lagi.
hehe.

balik la khairi. best.
hijau je mate. aku bawak ko jalan2 orait?

islahmujahidin said...

balik je...
2bulan elaun nanti ada dalam akaun..
bila balik mesir semula..

menabung amalan mulia
...
baca ni ..
hehe

http://islahmujahidin.blogspot.com/2010/03/menabung-amalan-murni.html

pape pun..buat pilihan terbaik..
istikharah bukan sekali je..
kene bnyk kali..

=)

khairi said...

sanin = susah nk cy. Cos tahun lepas budak2 ni janji cmtu gak. tp bile ak kena repeat, aku jugak yg balik sorang2.

anon = mesti anon ni igt khairimalik lebih pentingkan duit dr keluarga kan?

abe niktaufik = sedih sangat semua post tu. Anyway, thanks! U're d best senior I ever had.

Abu = Ayat ko best sgt. Watch out, pasni aku ciplak lagi. Yo-yo-o je ko nak bawak ak g jalan2. Dtg uma ak pun tak penah.

syami = yes, skrg aku tgh menyimpan la ni. InsyaAllah, aku akn buat solat istikharah lagi.

Dr Anas MA said...

salam wbt
whatever decision you make,
Allah knows you can handle each road you take.
always sangka baik dengan qada' n qadar Allah ye bro. =)

i pray Allah helps you to make the right decision.

PS: Money is temporary,
The memory of your family is eternity.

Robbuna yuqawika
jangan segan2 klu nak mintak tlg ana k? =)

Anonymous said...

bukan khairimalik pentingkan duit drpd keluarga.

tapi kdg2 kita mungkin tak perasan, kita boleh je gunakan duit tu utk melancong tempat2, jalan2 hiburan ke, tapi dgn keluarga sendiri kita terlupa pula nak simpan utk pulang.

xpe khairi, apa2pun, balik jelah k. xtahu lagi bila dpt jumpa mereka kan, selagi mereka ada hayat ni, jumpalah k.

mengharapkan yg terbaik utk khairi. Aamin .

khairi said...

abang anas = thanks abg anas.

anon = maaf, salah faham je tadi.

AnAk iBu said...

Nanay menyarankan; baik balik.
betul ckp Dr Anas.


duit bila2 je boleh byk balik.
kenangan ngn famili payah tuuuuu.. balik lahhhh..
pulanglah.
pulangkan! pulangkan! ceh jadi pontianak tiba2.

Octy/Sotong Kurita said...

I agree with everyone's opinion. Going back matters more especially since your dad is in the following condition he is in. And besides, money wouldn't be much of an issue - it just requires patience.

khairi said...

to nanay=
huhu..memang nak pulang pun tp tanak pulangkan. Takot~

to zalikha octy =
tu la..I'm thinking the same thing. Thanks anyway~