Saturday, May 22, 2010

Housemanship

Post ni mungkin ditujukan khas kepada budak medik je kot. Tapi yang lain pun boleh je baca. Ok, ada beberapa point tentang housemanship yang bermain di fikiran aku sekarang. Haha..Ape die eh?

1. Kenapa doktor senior cakap H.O ni tak berdisiplin?/ doktor senior selalu marah H.O.
Housemanship
Ha..Ni aku ada baca dari blog doktor jugak. Tapi sumpah memang aku dah lupa alamat blog tu. Doktor tu tulis yang H.O ni ambil mudah tentang kerja. Contohnya ; H.O sempat lagi makan kat cafe walaupun ada on-call. Bila ditanya, jawab mereka, "makan itu penting." Sedangkan doktor senior cuma makan roti dalam paket yang diletakkan dalam poket.

Belajar medik
Bila tengok balik, aku selalu ada kelas 10 jam non-stop (dari 8 pagi hingga 6 petang). Tapi aku sempat lagi curi masa/datang lewat ke kelas sebab nak makan. Kalau waktu belajar ni aku dah tak tahan lapar, macam mana lah waktu jadi H.O nanti ye?

2. Stress
Waktu belajar sekarang, rasa macam ada banyak sangat masalah sampai stress. Masalah belajar, masalah dengan kawan(selalu gaduh), masalah kewangan sampai boleh buat stress. Haih...Kalau waktu belajar ni aku dah senang rasa stress, macam mana nak jadi H.O nanti? Mesti ada masalah kerja, masalah dengan staf hospital (gaduh/kena marah dengan staff hospital), kena marah dengan pesakit dan banyak lagi la. Kalau gaduh dengan kawan pun rasa macam dah nak gila, apatah lagi jadi H.O nanti.

3. Temuduga
Hari tu waktu Prof Nasarudin datang, dia cakap yang H.O dah melambak kat Malaysia. Jadi, kalau nak kerja kena pergi temuduga. Jadi, aku tanyalah seorang doktor ni yang aku kenal melalui facebook, "betul ke kena pass temuduga dulu baru boleh kerja?". Lepas tu, akak doktor tu jawab...

" Sekarang ni awak fikirkan study awak tu dulu. Masalah temuduga tu fikir kemudian. Jauh lagi perjalanan awak.Kalau study awak baik, tentulah temuduga awak pun baik nanti!".

Hurm...Itu saje kot.

p/s: Haih...layak ke aku jadi H.O ni?

5 comments:

hanif hafiz said...

kalau asek tulis blog je, maka kamu tak layak..keh3..

AnAk iBu said...

hahaha.
eh belog pon bagos ape.
ko cube tengok mane si khairi neh dapat info hah? dari BLOG doc senior an...
ngahahaha~

khairi malik said...

abu = ala...nt kalo dah jadi doktor aku tk tulis r blog. ngeh ngeh

anak ibu = itu lah..kite masing-masing ade belog what? kui kui

niktaufik said...

pulun sekarang xrugi kerana mgkn msa depan kita akan lebih tenang dan relax...

Cikgu Kaunseling Ma said...

Salam saudara
menarik pengalaman saudara sebagai pelajar di mesir.erm, bagus juga kalau akak tuliskan url blog saudara kat blog akak,sbb ada pelajar akak yg minat ambik apa2 je berkaitan perubatan di mesir tapi takde pula ambik basic syariah ke quran sunnah ke..
teruskan usaha saudara
betul kata doktor kat fb tu
menjadi yg terbaik dlm bidang..