Thursday, May 20, 2010

Perkara yang aku tak suka bila lepas exam!

Okeh, post ini agak emo. Lantak la apa korang nak cakap pun. Memang benda-benda ni aku perhati sejak zaman muda-muda lagi, memang benda ni seakan-akan jadi darah daging dah. Apa dia yang aku tak suka?

1. Orang tanya, "Macam mana exam tadi? Mesti kau boleh jawab semua kan?"
Haih....Aku tak kisah orang tanya pasal exam tu, tapi aku menyampah bila orang perli-perli macam ayat kat belakang tuh! Padahal dia dah nampak dah aku terkebil-kebil jawab soalan sampai mengangkang,bergolek macam nak sawan lagi. Dia boleh lagi perli "mesti kau jawab tadi rileks je kan?" Gile ah, sabar je la..

2. Orang tanya, " Eh, soalan nombor * tadi kau jawab apa?"
Yang ini lagi patut dicaci maki. Aku bukan tak nak bagitau, tapi kalau jawapan aku salah, nanti aku rasa "down" pulak. Ataupun kalau jawapan orang yang bertanya tu salah, nanti dia pulak yang emo lebih. Lepas tu dia pulak nak menegakkan jawapan dia yang salah tu. Siap cakap macam ni lagi, "Eh, jawapan aku betul, jawapan kau yang salah! Aku yakin.".. Haih..Manusia-manusia macam ni memang berperangai parasit betul! Kalau dah tahu nak jadi macam tu, tak payah la tanya! Sengal! Nyampah~

3. Orang terlampau merendah diri, siap cakap yang dia rasa dia buat teruk dalam exam tadi
Orang macam ni aku rasa sengaja nak cari perhatian dan publisiti murahan! Padahal keputusan dia sebelum ni asyik gempak je. Dah la tu, pointer dia jauh lebih tinggi dari kita pulak tu. Nak merendah diri apanya lagi? Ni siap cakap lagi, "haih~ Mesti result aku nanti teruk.Habislah aku.(ayat ini diulang berjuta kali). Kalau dia yang pandai tu cakap macam tu, aku yang kurang pandai ni? Entah macam mana agaknya?

4. Kalau result exam keluar, orang sibuk tanya " kau dapat berapa?"
Padahal universiti dah pampang result exam terbentang luas seluas mata memandang. Boleh je kot nak tengok result kita punya sekali kat situ.Tak payah nak tanya-tanya lagi dah. Lagipun, nak sibuk tengok result kita buat apa? Tengok result sendiri je tak boleh ke? Haih~ Aku tahu! Sebenarnya orang ni nak suruh kita tanya result dia balik kan? Sebab result dia lebih bagus kan? Kiranya ni dia nak riak dan takbur secara halus-halusan lah kan? Kalau result kita teruk, dibantainya gelak pulak. Itu namanya kurang ajar tak bertempat! Harap maklum~

p/s : Lagi satu, orang sibuk cakap macam ni "Eee~ Takutnya exam!"..Haih~ Kalau dah tahu takut tu, pergi la study! Yang kau sempat lagi pergi tulis blog ni apehal? Pemalas punya manusia! Tutup laptop kamu~ Pergi study sekarang!!!

10 comments:

kepalakotak said...

jangan delete!!!

go kechik!!

hanif hafiz said...

AKU CABAR..
JANGAN DELETE POST NI..

khairi malik said...

haih? apakah semua ini?

Anonymous said...

no 4 tu paling angin (eh maksud aku soalan paling aku x suke)

lagi2 kalo orang yang ditanye tu, part name die ade hitam2 (ade fail la maknenye). lagi mau tanya kan?? nampak sgt die tgk result tengok die punye je. hepi pastu chow. bukan nak tgk2 org lain nye yg kurg nasib baik. haish haish...

Anonymous said...

tp, kdang2 ade jugak org tanye result kite sbab die concern dgn kite.. hihi

khairi malik said...

anon 1 = yup, tk suka org tanya result. lg satu, tk suka org perli2. org macam ni, kita perli dia tak boleh, tp dia perli kita bole plak.

anon 2= kalau parents, of course diorg concern. tp kalau kawan-kawan, rase tak payah la bagitau kot.

Abdullah said...

lps exm nk ckp ape?

khairi malik said...

hasanin = lepas xm, senyap je sanin. tak payah cakap apa2. kalau x nanti buat diri sendiri dgn org lain sakit hati je. dosa pun bole dapat.diam itu lebih afdhal.

Abdullah said...

setuju ngn kecik :P
nice post~

WaN AzReN said...

org ckp xleh jwb,tp skor tgi gile,hku xleh jwb,memg xleh jwb btul,markah ngam2 je lps dari kne pgil ng lcter.haha