Saturday, June 19, 2010

Macam Jawab Soalan Matematik

Alhamdulillah, baru lepas habis exam praktikal. Sekarang ni cuma tunggu final.
Pernah tak kita terfikir? Rasa macam dah usaha banyak (banyak ke?) tapi keputusan rendah jugak! Pernah tak? Mari kita imbas balik. Betul ke usaha kita tu dah cukup eh? Confirm ke?

InsyaAllah, Allah SWT akan beri ganjaran atas usaha kita tu. Semuanya macam jawab soalan matematik. Ingat tak?

Kalau jawab soalan matematik, kadang-kadang kita tak dapat jawapan yang tepat. Tapi kita tetap akan dapat markah untuk jalan kerja pengiraan yang betul. Samalah juga macam peperiksaan ni. Kadang-kadang kita tak dapat apa yang kita nak (result bagus). Tapi usaha kita untuk ke mendapatkan result yang bagus tu sebenarnya dihitung dan insyaAllah akan diberikan ganjaran pahala.

Pernah tak meniru dalam ujian matematik? Kalau orang yang meniru, dia tak akan buat jalan kerja. Tapi dia buat jawapan terus. Jawapan yang dia beri mungkin betul, tapi dia masih lagi belum dapat markah penuh. Sebab apa eh? Senang je jawapannya ; sebab dia tak tunjuk jalan kerja pengiraan untuk dapat jawapan yang dia beri tu!

Macam mana nak dapat semua betul eh? Jalan kerja pun dapat, jawapan pun dapat? Kalau nak macam tu, kenalah usaha betul-betul dari awal dengan konsisten. Lepas tu gunalah konsep usaha+doa+tawakal. Kalau salah satu dari tiga elemen konsep tu tak ada, tak cukup rasanya. Lagi satu, jangan putus asa. Memang benar, kita hanya merancang tapi Allah menentukan. Tapi kena ingat, Allah SWT akan memberi balasan/ganjaran setimpal dengan usaha yang dilakukan!

Sekian sahaja post skema saya pada hari ini. Sebenarnya aku rasa aku banyak salah waktu exam praktikal patho tadi. Jadi, aku tulislah post ni untuk menaikkan semangat aku sendiri. :P Hahaha~

Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester!

p/s : nak download lagu minus one nasyid banyak-banyak lepas tu memekak sorang-sorang dalam bilik. Bahaha~

4 comments:

Anonymous said...

haha. mnaikkan smgt sdr lebih baik dr men-down-kn diri sdr. =) slmt stdy ;) smoga kheir, iA.

hanif hafiz said...

nice kecik!

khairi malik said...

anon = terima kasih~

abu = terima kasih juga :P

anwar azhari said...

guna konsep DUIT.

doa usaha istiqamah tawakkal.


tp ak sker ltak tawakkal kat dpan.