Thursday, June 10, 2010

Mampu ke?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Pejam celik pejam celik lepas tu pejam tak celik-celik, rupanya dah nak habis dah semester keempat ni. Minggu depan minggu practical exam. Memang aku gelabah sakan. Manakan tidak, masalah rumah pun tak selesai lagi, lepas tu dah kena fikir pasal exam pulak. Macam tak sempat je? Haih~

Mencanak jugak la aku nanti. Nak tempuh 11 subjek untuk sem ni. Lebih kompleks dari SPM dulu. Kalau SPM, aku cuma ambil 10 subjek dan belajar untuk DUA TAHUN. Tapi sekarang, ambil 11 subjek untuk SATU SEMESTER. Apa?? Biar betik?? Boleh ke ni? Banyak lagi yang tak baca ni (padan muka! siapa suruh tak study!).
Cuma takut satu perkara je..takut kalau pisang berbuah dua kali. Er..Maksud aku, takut kalau aku kena repeat lagi (Nauzubillah). Haih~ Kalau pisang berbuah dua kali, best jugak dapat makan pisang dua kali, Tapi kalau bab ini, tak sanggup aku~ Tapi, Dija (aku tak ingat nama dia, aku tulis je ni) pernah cakap,

" Kalau kita rasa 11 subjek tu banyak, cuba kita tengok balik. Bukan kita sorang je ambil 11 subjek. Orang lain pun ambil 11 subjek yang sama jugak. Kalau orang lain boleh, kita pun mestilah boleh jugak."

Mudah-mudahan, kita semua diberi kemudahan dan kekuatan dari Allah SWT untuk menempuh peperiksaan ni. Amin~

1. Anatomy & Embryology
2. Biochemistry
3. Physiology
4. Pathology
5. Histology
6. Microbiology (Bacteriology & Virology)
7. Parasitology
8. Pharmacology
9. Ethics
10. PBL (Problem-based learning)
11. ICDL???

p/s : Er...kalau fail ICDL kena repeat year jugak ke eh?

4 comments:

Anonymous said...

ayat ulangan dari post kamu.
padan muka

Anonymous said...

komen diatas dari saya, abu ;p

Rahman D said...

lek khairi...doa sama2 insyaAllah buleh

khairi malik said...

abu = lorh~ nape gune anonymous?
rahman D= amin~