Wednesday, June 23, 2010

Study Leave

Study leave or leave study? Haih~ I love study leave! Semalam, baru dapat elaun. Terus lengkapkan keperluan bilik. Dari bilik nampak lengang, sehinggalah bilik nampak begitu semak sekali sampai sakit mata memandang. Malam pulak tengok cerita hantu, Nightmare of The Elm Street. Pergh~ Cerita tu memang best. Tercabar keberanian aku (padahal memang penakut pun :P).

Keputusan ketiga-tiga ujian pertengahan semester sudah pun dikeluarkan. Keputusan aku? Haih~ Tak mahu cakaplah! Malu~ Sekarang, memang kena kejar balik. Lepas tu boleh fikir balik Malaysia je terus.Tak payah repeat ok? Okeh, sekarang ni antara benda yang nak dibuat lagi waktu study leave ialah...

1. Study - Tentulah kena study kalau tak mesti perkataan study leave tu tak ada.

2. Tukar tarikh tiket flight - Nak balik Malaysia lebih awal! Tak mahu berkulat di sini~

3. Buat makan-makan - dah bernazar. Kalau masuk rumah baru, nak buat makan-makan ajak orang ramai. Ramai ke? Haih~ Invitation only lah!

4. Study group - Nak join study group Yadiy ke Akmal eh? Join dua-dua lah! Alternate. Boleh?

5. Masukkan internet - Susah hidup tak ada internet ni. Ketinggalan zaman. Tak tahu apa benda penting yang keluar dalam Alexmedical team.

Okeh, itu je kot. Tapi aku hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Heh~ Ayat ni aku pernah sebut sewaktu aku jadi MC untuk PSMB dulu. Teringat pulak zaman dulu-dulu. Haih~ Itu zaman muda-muda. Sekarang ni pak cik dah tua dah. Dah tak mahu pergi-pergi depan dah. Biar anak-anak muda yang lain pulak diberi peluang. Ngeh ngeh~

Selamat Belajar!
Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester!

p/s : Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita untuk terus study dan study lagi~ :D

3 comments:

Anis Amirah Nawawi said...

auuww!! citer tuh sangat seram yooo.. tobat tak maw tengok da.. hahaha..

ok khairi.. jom sambung belajar.. kalau tak, nanti ke ttuuutttttt..

khairi malik said...

tu la pasal..seram kot.
Tapi pasni aku nak tengok lagi~
Jom sambung blaja anis. Nanti..tet...!!! haha

haif hafiz said...

intrnet utk blog ke utk alexmed