Tuesday, July 13, 2010

Kalau Menegur...

Sikap saling ingat mengingati sesama kita ni memang bagus sangat. Itu memang tak dapat dinafikan. Tapi ada beberapa perkara yang aku kurang berkenan tengok. Ada yang menegur secara kasar, ada yang menegur sampai memalukan orang di depan khalayak ramai. Aku rasa, benda macam tu tak patut terjadi. Cuba kita bayangkan jika kita sendiri yang berada di tempat orang yang ditegur tu? Apa perasaan kita?

Kalau nak menegur orang tu...

1. Gunalah bahasa yang lembut dan sopan
Tak perlulah masukkan sekali kata-kata kesat kat dalam tu. Tak elok. Orang dengar pun tak manis. Lagi pun, kalau aku jadi orang yang ditegur tu, aku akan jadi lebih sakit hati. Lepas tu aku akan tengking balik orang yang menegur tu.

2. Jangan meninggikan suara
Kalau MARAH, itu lain cerita. Tapi kalau MENEGUR, tak best lah kalau tinggikan nada suara. Guna low pitch sudah la~

3. Jangan menegur di khalayak ramai
Ha...Tak perlulah nak malukan orang tu di hadapan orang lain. Kalau boleh, tegur lah secara peribadi. Tegurlah di kawasan yang agak jauh dari orang. Janganlah nak menjatuhkan air muka orang tu di depan orang lain. Kita kena ingat, semua orang ada maruah, ada sikap malu. Kalau kita dimalukan, apa perasaan kita? Jadi, elakkan meletak aib orang lain di blog atau di facebook yang macam selalu aku buat. Haha~ Lepas ni tak buat dah ok? Baik cakap terus je depan-depan seperti seorang lelaki okeh?
4. Tegurlah dengan ikhlas
Kadang-kadang, kita memang benci sangat dengan orang tu. Sehinggakan apa yang dia buat, ada je yang tak kena bagi kita. Jadi, kita tak bolehlah macam tu. Tak bolehlah kita sengaja nak cari salah dia. Tegurlah bila dia salah. Bantulah dia pilih jalan yang betul. Cewah~ Over plak point aku yang ni.

5. Kuman seberang laut je ke yang kita nampak?
Kalau boleh, kita pun kenalah usaha untuk perbaiki diri. Janganlah kita tegur orang tu suruh jadi rajin buat kerja rumah, tapi kita sendiri pinggan sebijik yang kita guna pun tak reti basuh. Lagi satu, kalau kita boleh tegur orang, kita pun kenalah terima dengan hati terbuka kalau orang menegur kita. Kita memang boleh MENEGUR, tapi kita juga layak untuk DITEGUR. Jadi, terimalah dengan hati terbuka. Kalau orang boleh terima teguran kita, takkanlah kita tak boleh terima teguran orang lain kat kita? :D

p/s : Kalau aku ada salah dan silap. Apa-apa yang perlu ditegur, silalah nasihat aku. Jangan biarkan aku hanyut dan terus tenggelam dan tidak dapat diselamatkan lagi. Only 5 papers left. Good luck@!

3 comments:

hanif hafiz said...

elakkan meletak aib orang lain di blog atau di facebook yang macam selalu aku buat.

aku ingat ni khairi..sekali kau buat, aku akan tegur kau dikhalayak ramai, tengking dgn nada yg marah dan tidak ikhlas..

combo...

anwar azhari said...

kecik..

ko tegur lah aku..

mudah jer..

x yah ikhlas pn x per..

cuma cakap..

"hi anwar"

bile ko nampak ak..

unless ko dh nyampah tgk muke ak then x pe la.. ak trime


T_____T

khairi malik said...

abu = haha..jahat!

tepet = er...segan ah~