Friday, July 9, 2010

Soalan yang tak patut ditanya

Bila musim exam ni, banyak soalan mengarut yang timbul. Kalau soalan berkaitan dengan akademik, itu tak apalah. Tapi ni soalan mengarut sekaligus boleh membuat orang lain sakit jiwa raga. Antara soalan yang tak patut ditanya bila menjelang exam ialah.......

1. Dah HABIS study dah?
Duh~ Study tak mungkin pernah habis ok? Kalau tak, dah lama aku jadi doktor. Tak payah susah-susah aku nak belajar & menghafal berjuta fakta medik ni.

2. Mesti kau study banyak gila kan?/ Mesti kau dah ulang banyak kali kan?
Haah, aku dah study banyak dah! Aku dah jemu dah ulang baca buku ni banyak kali. Naik muak dah aku! Aku rasa macam nak jawab exam terus je. Haih~ Nak perli pun agak-agak la wey~!

3. Eh? Kenapa tak study ni? Dah habis baca eh?
Haih~ Takkan lah nak menghadap buku 24 jam je. Kalau melekat punggung aku kat kerusi tu tak ke naya? Nak la jugak rehat. Waktu kita study dia tak nampak kita, tapi waktu kita rehat baru dia nampak kita. Lepas tu terus tuduh cakap kita dah habis study sebab kita tak pegang buku waktu dia nampak kita tu. Paham tak point aku yang ni? Tak paham sudah!

4. Aku banyak lagi tak baca la. Macam mana ni?
Ni lagi satu. Kalau dah tau banyak lagi tak baca, baca la sekarang! Jangan la sibuk fikir sempat habiskan ke tak. Yang penting kita baca selagi kita mampu. Ni tidak! Sibuk nak mengeluh banyak lagi tak baca. Mengeluh berjam-jam. Study beberapa minit je. Daripada kau BUANG MASA MENGELUH, baik kau study! Masa yang digunakan untuk mengeluh tu patutnya digunakan untuk study! PAHAM??!!

p/s : Sekian sahaja post agak emo pada hari ini. Gud luck exam anatomy esok! Adios~

6 comments:

niktaufik said...

agak emo la post nie...
msih byak masa, insyaALLAH klu fokus btul2, dpt la hbiskn.. kan kechik?

kepalakotak said...

kalo tanya brapa kali dah ulang baca?

hanif hafiz said...

kalau tanye bape kali dh ko post mnde yg same..?

pikir! said...

belajar la menerima soalan yg sama...
tgk tak iklan burung ape?
burung ape?
burung ape?
yang petronas tu.....
berapa kali anak dia taya,tapi dia dgn sabar menjawab....walaupun byk kali taya...
ape salahye kalau kite disoal byk kali dgn soalan yg sama??
cuba pikir2 kan....
kalo sekarang pun kita da emo,apetah lagi kalo kita da ada anak nnt...:)

khairi malik said...

nik = insyaAllah~

aminh = aala..tk yah tanya la..senyap sudah!

abu = eh, aku tk post lagi la benda ni. hari tu aku post soalan LEPAS EXAM. Ni MUSIM EXAM. Lain tu~

pikir!= haih~ ni siapa yg tk bleh pk sebnanye ni? soalan burung apa tu tk menjengkelkan dan tiada nada perli. tapi soalan ni ada nada perli. Haih~ Kan aku dah cakap banyak kali yang aku ada detector. :)

Anonymous said...

cuba teka aku siapa