Thursday, August 19, 2010

Blog Itu Diari?


Cuma nak korang bayangkan

Amaran : Situasi ini adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang tengah bercuti.

Situasinya ialah...

Y ada blog. Y suka tulis blog. Tetapi, teman wanita Y, iaitu X tidak suka Y berblogging.

Y : Kenapa awak tak suka?

X : Sebab blog awak macam diari. Saya tak sanggup bila "diari" teman lelaki saya dibaca oleh orang lain. Kalau boleh, biarlah saya je yang tau hal awak.

Y : Tapi...Blog saya bukan diari!

X : Tapi post yang awak tulis semua berkenaan dengan diri awak. Sama seperti diari. Kalau awak sayangkan saya, saya nak awak berhenti menulis "diari" untuk dibaca orang lain.

Y : Apa maksud awak?

X : Delete blog awak! Tak perlulah bagitau semua orang tentang aktiviti harian kamu. Cukuplah beritahu saya seorang.

Y : ..................................(-_-")

Berdasarkan situasi di atas, apakah yang anda lakukan jika anda adalah Y? Adakah anda akan berhenti berblogging ataupun teruskan dengan aktiviti "menulis diari" anda?

p/s: Kan aku dah cakap, situasi ni rekaan je la!!!

6 comments:

niktaufik said...

kecik, cakap kat awek ko tue, cakap kat dia,blog ni suka2, bukannye diari...

klu xsuka, xyh jd awek la...

cakap je camtu kat dia kecik...

aku skong ko berbloging...

.a.z.r.i. said...

cari je awek laen,kecik...=)

hanif hafiz said...

sudah berkali kukatakan, jika tak suka tak perlu baca..

ape la nk jadi ngn siti..jealous betol die ngn kau

niktaufik said...

ish, azri, kecik orang yang setia la... xbaik suruh kecik cari lain.. kan kecik?

.a.z.r.i. said...

blogging or awek ?

^_^

khairi malik said...

weyh korg, ni situasi rekaan la!!