Friday, November 19, 2010

"Awak Akan Rindu Mesir Suatu Hari Nanti"

Aku selalu merungut duduk kat Mesir ni. Tak puas hati itulah, inilah. Sedangkan aku sepatutnya bersyukur sebab ada ramai lagi pelajar lain yang jauh lebih layak untuk belajar di luar negara, tapi Allah SWT dah memilih aku untuk datang ke sini. InsyaAllah ada hikmahnya. Padahal ramai lagi orang yang mempunyai keputusan yang bagus.

Belajar di Mesir ni, memang banyak cabarannya, lebih-lebih lagi apabila melayan kerenah Arab Mesir. Kadang-kadang sangat menyakitkan hati. Kemudahan pun ada yang kurang. Aku telefon ayah aku, mengadu masalah. Aku juga ada beritahu yang...

" Menyesal belajar kat sini, kan bagus kalau belajar kat Malaysia je dulu"

Bila dengar aku cakap macam tu, Abah mengucap panjang. Abah suruh aku mengucap dan bersyukur sebab dapat belajar di bumi anbia ni. Abah cakap, ramai yang orang nak belajar di Mesir, tapi aku antara orang yang dapat ke sini. Jadi aku patut bersyukur. Abah suruh aku bayangkan, macam mana agaknya kalau aku dapat pergi ke negara Barat seperti UK, USA, ataupun Rusia? Adakah aku akan jadi 'manusia'? Adakah tingkah laku aku akan dijaga seperti aku di sini?

Memang benar, negara Mesir ni negara Islam. Jadi tingkah laku pun terjaga mengikut kehendak Islam. Kalau aku ke negara Barat, tentu aku akan jadi 'liar', lebih teruk dari sekarang. Di sini ada kawan-kawan sesama Islam yang saling nasihat menasihati, ada senior-senior yang sering mengajar benda-benda baik, ada junior yang selalu membuatkan aku untuk menjaga tingkah laku . Lagipun,sepatutnya aku bersyukur sebab di sini aku boleh ambil kesempatan untuk mempelajari ilmu agama. Tapi pandangan mata aku kabur, cuma fikir nak berseronok.

Abah juga ada cakap, "Awak akan rindu Mesir suatu hari nanti". Ya, aku pun dapat rasakan begitu. 6 tahun je aku di sini. Tapi sekejap je 3 tahun dah berlalu. 3 tahun yang akan datang pun tentu akan berlalu dengan pantas. Nanti bila aku pulang ke Malaysia, tentu kenangan di Mesir di bermain dalam fikiran aku suatu hari nanti.
Aku bersyukur sangat dapat datang ke Mesir ni. Dapat pergi ke bumi anbia, dapat pergi ke negara yang banyak ilmu tentang Islam. Cuma aku je tak fikir benda tu semua.

Ya Allah, ampunilah aku kerana tidak pandai bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan~

p/s : Jangan pandang benda yang buruk je tentang Mesir ni, cuba pandang benda yang baik.

1 comment:

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

like this post...
sebab tu la ak x balik 1st year... and prob why 3rd year pun x balik for summer... bnyk je yg boleh buat kat sini... sharpening arabic for instance... huhu