Tuesday, December 14, 2010

Sabar

Memang sedih bila ujian praktikal Parasitology tadi. Rasa macam satu soalan sahaja yang aku jawab betul. Yang lain semuanya "kabur" dan tak dapat aku kenal pasti nama organisma yang ditanya. Memang stress, sedih dan rasa macam hendak menangis. Bimbang juga kalau kena ambil ujian ulangan lagi sekali. Baiklah, sekarang kita belajar untuk bersabar.

Bersabar dalam kegagalan itu adalah sesuatu kejayaan

Sabar secara ringkasnya bermaksud menahan diri dari melakukan sesuatu. Dari segi konteks Islam pula, sabar ni terdiri dari tiga perkara (betulkan kalau salah):

1) Bersabar dalam mentaati Allah
2) Bersabar dalam meninggalkan maksiat
3) Bersabar dalam menempuh ujian dan musibah

Cakap pasal sabar ni, kalau cuma cakap kosong memanglah senang. Tapi macam mana nak hadapinya??

Jawapannya :

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45

Perasaan tidak sabar akan mendorong kepada maksiat. Carta alirnya ialah...

Tidak sabar ---> Tidak taat kepada Allah --> buat maksiat
contoh : Tak sabar tahan musibah ---> kemarahan mendadak ---> mulut mencarut

Ha...Kan dah dapat dosa? Lagi satu yang nak diterangkan ialah...

Manusia akan berasa ujian yang dihadapinya lebih berat dari orang lain. Padahal ada je lagi orang yang lebih susah. Manusia memang lupa untuk bersyukur. Kita selalu bandingkan diri dengan orang yang lebih senang, tentulah kita akan sentiasa tidak berpuas hati. Cuba bandingkan dengan orang yang jauh lebih susah.

Contoh situasi :

A : Aku ni susah la nak belajar, dah la sibuk dengan ini lagi, itu lagi.
B : Eh, aku pun sibuk juga tapi boleh je cuba nak belajar.
A : Kau lain, aku lain. Aku ni kena jadi musyrif lagi, itu lagi.....(bla bla bla)

Nampak tak situasi di atas? Memang manusia sentiasa rasa ujian yang dihadapinya lebih berat dari orang lain. Kenapa mesti ada "Kau lain, aku lain"??? Padahal darah yang mengalir sama pekat merahnya, tubuh yang dipinjam juga sama diperbuat dari tanah. Apa yang lainnya??

"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139

Jadi, sabar lah dalam menempuh musibah. Sebenarnya post ini ditulis untuk menyedapkan hati aku sendiri yang gusar memikirkan keputusan yang bakal aku peroleh nanti. Ujian midterm dan praktikal tadi aku rasakan sangat sukar sekali untuk aku jawab. Mudah-mudahan, Allah SWT memberi pertolongan.

p/s : Sabar itu sebahagian daripada iman. Namun diakui, sabar itu memang susah!

No comments: