Wednesday, January 27, 2010

Sejuk vs Panas

A masih termenung di perpustakaan universiti. Dia masih belum menunaikan solat zohor. Kemudian, B yang baru sahaja selesai solat, masuk ke dalam perpustakaan. B langsung menarik kerusi dan duduk di sebelah A.

B : Kau dah solat?
A : Belum..
B : Kenapa belum solat? Pergilah cepat. Tak elok lengahkan solat.
A : Cuaca sejuk kat luar tu. Nak keluar pun tak berani, inikan pula nak ambil wudhu. Kan bagus kalau ada heater, ada air panas.

B menggelengkan kepala. B mengeluarkan buku physiology dari begnya dan meletakkannya di atas meja. B menyelak helaian buku yang tebal itu. Kemudian, B mula bersuara..

B : Panas salah, sejuk pun salah? Kalau tak mahu kesejukan air wudhu', terima sahajalah kepanasan api neraka nanti.

Kemudian B menyambung menyelak helaian tebal itu sehinggalah dia berhenti di satu muka surat, dan mula membaca. A pula bangun perlahan-lahan dari kerusi, menuju ke masjid~

Monday, January 18, 2010

Selamat Bertunang~

Tak sangka dah 20 tahun dah umur aku. Tapi perangai tak matang-matang lagi.Semalam aku telefon kakak aku di Malaysia.Katanya, kawan aku (sebaya) baru sahaja bertunang pada hari sebelumnya...Macam tak percaya je. Waktu kecik-kecik dulu kami bermain sama-sama, belajar kat sekolah sama-sama. Bila dah besar je, tahu-tahu dah bertunang.

Tapi bila dilihat dari sikap kawan aku tu , memang layaklah dia bertunang sebab dia pun dah matang dari segi fikiran, pandai masak (sebab kawan aku tu perempuan), pandai jaga budak kecil...Pendek kata semua ciri-ciri wanita idaman lelaki ada lah kat kawan aku sorang ni. Erm..Aku ni bila lah nak jadi matang sikit? Tapi, aku sendiri pun tak tahu apa definisi matang.

~Selamat Bertunang~
Najwa bte Hamidon
(sori, tkde gambo ko!)

Lepas ni kalau nak kahwin jangan lupa jemput kawan-kawan. Huhu~

p/s : Tak leh jadi ni, nak bertunang jugak la camni. Haha...

Wednesday, January 13, 2010

Seperti dulu~


Alhamdulillah, aku rasa senang sangat bila dikelilingi kawan-kawan di sini. Lebih-lebih lagi bila berada jauh dari keluarga. Cuma aku agak terasa pasal suatu perkara ni. Sebenarnya hamba Allah ni cuma hendak bergurau, tapi aku yang terasa lebih. Aku yang terlalu emosi dan mengikut perasaan.

Satu petang, dalam tram, aku dan hamba Allah ni berbual-bual. Kemudian ada kami sentuh cerita pasal elaun. Aku buat kenyataan yang budak yang buat persediaan dari KSP selalu dapat elaun lambat. Kemudian, hamba Allah ni cakap.."Korang kena sedar, korang cuma second intake jer~ Haha..." Aku tahu, dia memang cuma nak bergurau. Tapi macam aku kata tadi, memang aku yang terlebih emosi.

Serta merta aku teringat semula semua kenangan di Kolej Shahputra dulu. Secara jujur, banyak sangat pengalaman manis di sana (walaupun persediaan tak sampai 3 bulan!). Kenyataan hamba Allah ni tadi buat aku mengharapkan budak yang buat persediaan di KSP dihantar belajar di suatu tempat yang lain. Yang pasti, jauh dari budak persediaan lain...Supaya cuma kami sahaja yang berada di situ dan tak perlu bercampur dengan budak lain.

Kat KSP memang best. Pernah pergi Pantai Sepat ramai-ramai, pergi JomHeboh kat Kuantan pun macam rombongan. Lepas tu keluar malam-malam lepak kedai burger kat taman permainan, kalau tak pun, lepak kat D'Rozek ataupun Anis Sup Utara..Kalau yang kaya sikit, boleh la lepak-lepak di Secret Recipe. Mak Cik Lanugah pun suka kita pindah situ, bertambah income die..Haha..Lepas tu jogging ramai-ramai pun best jugak. Haih~ Semua best la!! Kat Kolej pun best, kalau masuk kelas pun belajar happy. Kalau tak nak masuk kelas, lepas cafe sudah~ Haha..Best2x...

Lepas tu, aku perasan sangat yang kawan-kawan pun berubah sekarang ni. Kalau kat KSP, si A rapat dengan si B. Tapi kat sini, si A rapat dengan si C, si B pulak kawan dengan orang lain. Nape jadi macam ni? Tak kisah la. Masing-masing punya pendapat. Aku nak cuba jadi seperti dulu. Diam seperti di KSP dulu~

Sunday, January 10, 2010

Syuf Sya'ah~

Peristiwa ni berlaku agak lama jugak (takde la lama sangat, dalam minggu lepas kot). Malam itu aku tinggal sendirian di rumah. Ahli bait yang lain tak ada, pergi mengikuti trip ke Cairo. Jadi, tinggal la aku sorang je dalam rumah tu.

Bila aku tengah makan, ada orang ketuk pintu. Aku pun bukak. Aku nampak 2 orang arab lelaki (seorang berjubah, seorang lagi pakai pakaian biasa ; T-shirt & jeans). Kedua-duanya muda lagi. Aku pun pelik la..Then, aku tanye.."Fi eh?"

Arab : Mumkin syuf sya'ah?

Aku dah pelik. Apahal pulak malam2 buta ni nak syuf sya'ah? Dah la aku tinggal sorang. Kemudian, aku suruh diorang tunggu di luar. Aku pun gelabah la..Pastu telefon Akmal. Aku minta dia datang.

Tak lama kemudian, Akmal turun dan tanya orang arab tu. Orang arab tu kata, diorang nak tengok dalam rumah aku. Sebab diorang nak pindah masuk rumah ni bila kami keluar nanti. Aku pun dah pelik..Kalau nak syuf syaah, kenapa Baba tak inform aku awal-awal? Lagipun kenapa Baba tak datang skali dengan diorang? Kenapa nak tengok rumah waktu malam? Tunggu waktu siang tak boleh ke?

Aku agak terkejut bila Akmal bagi orang arab tu masuk rumah. Tak kisah la tu sebab aku percayakan Akmal. Aku boleh nampak kat mata diorang. Pandangan diorang tajam tengok laptop-laptop kami yang bersepah di ruang tamu. Kemudian, diorang terus masuk ke bilik Baem (ditemani oleh Akmal) semata-mata untuk tengok TINGKAP! Aku dah pelik..kemudian, diorang pun blah keluar. Sebelum diorang keluar, salah sorg dari diorang sempat membulatkan dan menjegilkan mata kat aku. Lagaknya seperti marah.Sumpah aku tak tipu..Ni aku bukan buat cerita drama atau apa-apa. Kemudian, dorang pun blah. Aku pun tak tahu diorang ke mana lepas tu.

Aku pelik. Kalau betul nak tengok rumah, kenapa tak tengok dapur, bilik air, semua bilik, dan balkoni sekali? Kenapa cuma tengok TINGKAP? Aku dah pelik. Kemudian, aku telefon Baem yang masih berada di Cairo.Aku tertanya-tanya jugak. Kenapa mamat arab tadi jegil mata kat aku? Lagaknya seperti sedang marah. Mungkin dia marah sebab aku panggil Akmal. Aku cukup takut..Macam ada sesuatu yang tak kena.........