Sunday, February 28, 2010

Conteng Sinai

Alhamdulillah, baru pulang dari Sinai dengan selamat. Ada beberapa perkara yang aku nak conteng pasal Sinai.

1. Sejuk gila kat puncak gunung. Menyesal jadi antara orang yang terawal sampai. Kaki tangan semua dah beku.

2. Rasa tak percaya dah naik 2000 meter lebih. Sebelum ni cuma naik Gunung Datuk di Negeri Sembilan. Cuma 1500 meter lebih. Lepas ni nak naik gunung apa pulak ye?

3. Aku tak ambil hati langsung dengan Ustaz Imran. Lagipun aku cuma anggap itu satu gurauan. Jadi, Ustaz Imran tak perlu minta maaf sebenarnya.

4. Seronok gila dapat berbasikal di kawasan penginapan kat Dahab. Dah la aku nyaris-nyaris nak terlanggar anjing. Nasib baik sempat brek.

5. Petang tu aku tak dapat ikut snorkelling sebab aku tak berapa sihat. Bukan sebab aku takut air laut okey~

6. Tak puas hati bila ada Tour Guider tu cakap yang gereja di puncak gunung tu dibina seratus tahun lebih lama berbanding masjid Jabal Musa tu.

7. Tak puas hati jalan-jalan tanpa sebuah kamera. Tapi itu letak tepi. Yang penting dapat tengok peninggalan sejarah tu. Kagum dengan Nabi Musa A.S

8. Kat Sinai, aku dapat tahu yang ramai orang tak suka blog aku. Thanks for informing.

9. Seronok jumpa kawan Malaysia dari Mannipal,India..iaitu Amin~ Besides, I make friends with some of the Indonesian tourists there. Unfortunately, we're not in the same religion. Just realised that when they crossed themselves just a moment after reaching the top of the mountain.

10. Kalau orang ajak pergi lagi, aku mungkin akan pergi. Tapi bukan dalam setahun dua ni.

11. Tak sangka boleh main salji di Gunung Sinai.

12. Pergi Sinai bukan semata untuk suka-suka/bercuti macam orang kaya ; just want to go to the pool , Dahab beach and having fun etc. At least I've got something from there.

Banyak lagi..tapi yang ni je aku ingat buat masa ni. Salam~

Wednesday, February 10, 2010

Jujurlah!


Nak sampaikan satu cerita, mudah-mudahan dapat dijadikan pengajaran. Ada seorang ni, aku namakan dia Khairi. Sedang dia berjalan-jalan di sebuah taman, tiba-tiba dia terhenti di satu pokok bunga. Dia lihat ada kepompong di celah-celah daun pokok renek itu. Apa yang menariknya? Dia melihat ada seekor rama-rama sedang cuba keluar dari kepompong itu.

Khairi memerhati dan terus memerhati rama-rama itu. Khairi berasa kasihan dengan rama-rama itu, yang masih belum berjaya mengoyakkan kepompong dan keluar untuk terbang bebas. Sebelah sayap rama-rama itu masih lagi melekat di kepompong, tidak dapat dikembangkan lagi.

Lalu, Khairi pun cuba untuk membantu rama-rama itu. Khairi membantu mengoyakkan kepompong itu, supaya rama-rama itu dapat keluar dengan lebih cepat, supaya rama-rama dapat terbang bebas; tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengoyakkan kepompong itu.

Hasilnya, rama-rama itu berjaya keluar dari kepompong itu dengan bantuan Khairi. Khairi berasa puas dapat menolong rama-rama itu. Tapi, ketika rama-rama itu cuba untuk terbang, ia jatuh. Kemudian, rama-rama itu cuba lagi untuk terbang, tetapi perkara yang sama berlaku ; ia jatuh. Tidak lama kemudian, rama-rama itu mati. Mati kerana sayapnya tidak ada kekuatan untuk menempuh angin yang bertiup.

Sepatutnya, Khairi membiarkan sahaja rama-rama itu BERUSAHA SENDIRI untuk keluar dari kepompong itu. Kerana kepompong tu dapat melatih rama-rama untuk menguatkan sayapnya, supaya kelak ia dapat terbang bebas. Tapi hakikatnya? Harap kalian faham apa yang aku cuba sampaikan.

Jadi kesimpulannya, JANGAN MENIRU di dalam peperiksaan. Ujian tu sebenarnya dapat melatih kita supaya kita dapat jadi doktor yang baik nanti. Dan juga JANGAN MEMBERI JAWAPAN kepada orang yang meminta. Seperti cerita tadi, Khairi sangka dia dapat membantu rama-rama, sebaliknya? Dia yang membunuh rama-rama itu. Jadi, jangan terlalu bermurah hati memberikan jawapan kerana anda bukan MEMBANTU rakan anda, tetapi MEMBANTUTkan. Jadi, jika diminta jawapan oleh orang yang ingin menipu, anda cuma perlu cuma MEMBATUkan diri.

Monday, February 8, 2010

Kusut

Cuma tinggal lagi 8 jam sebelum peperiksaan pharmacology bermula. Aku pulak rasa macam dah baca semua benda, tapi tak ingat. Bila aku cuba jawab soalan MCQ dan soalan tahun lepas, banyak yang aku tak dapat jawab. Nak ulang baca lagi sekali? Macam tak sempat je..

Selalu rasa macam ni ; dah baca, tapi tak ingat. Kalau penyakit ni serang waktu tengah jawab soalan peperiksaan lagi maut. Tiba-tiba je rasa 'blank' waktu nak jawab soalan tu padahal kita dah baca dah topik tu.

Farhana Mohamad kata, study tak boleh tension-tension. Kena santai je. Lepas tu professor pula cakap, "Learn by heart". Jadi, mungkin selama ni aku study sambil stress agaknya. Mungkin aku cuma belajar dengan minda, bukan dengan hati.

Lepas tu ada sedikit rasa dengki kat dalam hati aku. Dengki dengan junior tahun 1 dan senior tahun 4 yang pergi ke Sinai. Diorang pergi bercuti, tapi kita pulak kena jawab exam kat sini. Tapi tak apalah, cuti lepas exam lebih lega agaknya.

Ada jugak rasa menyesal. Menyesal sebab selalu tangguh ulangkaji pelajaran. Bila dah nak ujian macam ni, baru kelam kabut sampai tak tidur malam baca buku. Mulalah minum Nescafe 2-3 cawan, lepas tu tidur lewat. Lama-lama boleh jadi 'ectopic focus'. Mudah-mudahan tak kena fibrillation.

Tapi menyesal pun tak ke mana. Sebab bila semester baru masuk, aku masih lagi dengan perangai lama ; suka menangguh. Cakap memang senang, tapi nak buat tu memang payah. Ini entah sempat habis ulangkaji entahkan tidak, cuma berserah je. Salah sendiri, tanggung pun mestilah sendiri. Takkan nak menipu dalam ujian? Meniru? Isy...Berdosa~

Sebab tu aku rasa seronok sangat sem lepas, sebab aku dikuarantin dalam bilik. Jawab peperiksaan sorang-sorang. Kebarangkalian untuk meniru tu adalah = 0. Bukan nak berlagak ke apa, tapi aku rasa bangga walaupun aku fail dalam anatomy waktu semester lepas, sekurang-kurangnya aku jawab soalan tu atas usaha sendiri. Usaha juga untuk jawab soalan tu walaupun aku kena demam campak.

Dah la..Penat je aku taip panjang-panjang. Bukan ada orang baca pun. Kalau baca pun, mesti perenggan pertama je. Tak pun buka blog ni cuma nak dengar lagu.Nyampah aku. Sekian sahaja conteng-conteng dari aku di malam exam pharmacology ~

Friday, February 5, 2010

Maksud Peribahasa & Google Search

Dah lama nak tulis, tapi baru hari ni aku buat. Hari tu waktu solat hajat di rumah Afiq Aziz, dia ada tanya aku pasal satu peribahasa ni. Peribahasa tu ialah " melepaskan batuk di tangga". Soalannya ialah.."Kau tahu tak batuk tu apa?"

Aku pun...
Aku : Tau, batuklah. Penyakit.

Afiq : Haih, bukan lah. Bukan batuk berkahak tu. Ni batuk lain. Tau tak batuk tu apa?

Aku : Tak tahu~

Afiq : Ha..Ni aku nak cite. Zaman dulukan orang selalu jalan-jalan berkaki ayam. Jadi sebelum naik ke rumah, diorang akan basuh dulu kaki diorang. Basuh dengan air tempayan yang selalu diletak di tepi tangga rumah. Jadi, gayung yang digunakan untuk cedok air tempayan itulah yang dinamakan sebagai batuk.

Aku : Kenapa bagai melepaskan batuk di tangga?

Afiq : Sebab diorang sepatutnya letak kat dalam tempayan tu balik lepas guna. Tapi, diorang cuma lepaskan batuk tu kat tangga je.

Bila aku balik rumah, aku pun try la google search perkataan batuk. Tapi imej yang aku jumpa semuanya gambar orang tengah sakit batuk. Konfius aku..

Inilah "batuk"

Kemudian, aku teringat peribahasa ni..."Melukut di tepi gantang''.
Aku pun nak juga tahu apa maksud melukut tu sebab aku memang tak pernah tahu melukut tu apa. Aku main pandai sebut je.
Bila aku google search perkataan "melukut", then keluarlah gambar Aisyah, si penyanyi lagu Bagai Melukut di Tepi Gantang.

Kecewa aku..Tak dapat juga aku tahu melukut tu apa. Aku risau juga untuk generasi akan datang. Nanti macam mana kalau anak cucu kita juga google search perkataan melukut, dan keluar gambar Aisyah? Aku bimbang jika diorang cakap...

"Ooo...Ini rupanya melukut~!"