Wednesday, March 31, 2010

Jangan Aktifkan Dirimu

Ini bukan slogan hotlink " aktifkan dirimu." Tapi "Jangan Aktifkan dirimu". Pedas jugak bila dengar macam ni....

X : Aku tengok kau ni aktif betul berblogging.

Aku : Ha'ah, kalau aku bosan-bosan aku tulis la..

X : Aku rasa kurangkan lah menulis antri kat blog tu. Nanti jangan sebab aktif berblogging, kau fail pulak dalam exam nanti. Tak pasal-pasal kena repeat exam ataupun repeat year.

Aku : Erk~! (speechless)

p/s : It's hard to do so, but I promise that I'll try!

Monday, March 29, 2010

Bunga bukan Sekuntum part 2

Hari tu waktu aku letak entri Bunga Bukan Sekuntum, ramai yang tak puas hati. Yang berkecil hati pun ada. Kecil hati dengan frasa ni, "Loser gila kau!" Memang betul aku tulis tu. Memang kau tak tahu malu kalau orang dah tak nak tapi masih nak memaksa supaya orang suka kau.

Tapi......

If you're a loser, why don't you make efforts to become a winner? You absolutely can try to win her heart! Bukan memaksa supaya dia suka kau, tapi menangi hati dia. Kalau memaksa, siapa nak? Tapi kalau menangi hati? Mesti cair kan? So, try to approach her.

Ha..Lepas ni ada pulak yang salah anggap. "Approach her" tu bukan bermaksud keluar sekali dengan dia pergi main paintball kat Green Plaza ataupun menonton wayang berdua-duaan di Carrefour. Itu salah di sisi agama. I mean...not physically approach. Banyak lagi cara untuk menangi hati dia kan? Aku pun tak adalah pengalaman sangat tapi at least aku tahu lah sikit-sikit benda macam ni.

Ok, it's my bad to say "approach her". Tapi try to make her eyes open. Kau study betul-betul, jadi doktor berjaya, barulah boleh bukak mata dia. Lepas tu kau dalami ilmu agama supaya kita berilmu barulah boleh bimbing dia nanti. Kalau nak perempuan yang bercita-cita tinggi, kita pun mestilah bercita-cita tinggi. Kalau nak perempuan yang rajin, kita pun mestilah rajin. Kalau nak perempuan yang beriman, kita pun mestilah beriman. Takkan lah kau nak perempuan yang baik, tapi kau sendiri tak cuba perbaiki diri. Mana boleh!

Lagi satu, akak aku pernah cakap. Perempuan ni suka orang yang sifat berkepimpinan yang tinggi. So, rajin-rajin lah terapkan semangat kepimpinan kat dalam diri tu. Macam mana? It's simple, cubalah dari bawah. Cuba berani keluar ke hadapan untuk bagi tazkirah sebelum kelas bermula. Cuba beranikan diri untuk tonjolkan diri dalam kelas. Berani untuk bertanya soalan dan berani menyuarakan pendapat.

p/s : post ni aku rasa tak kekal kot. Haha

Tuesday, March 23, 2010

Buta

Suatu hari, selepas tamat sesi kuliah, 2 orang kawan (A & B) menuju ke bank ABC dengan harapan elaun sudah masuk. Dalam perjalanan ke bank, B makan snek Snickers yang dibelinya pagi tadi. Kemudian, B membuang plastik bungkusan snek tu ke jalan raya dengan selamba. A tengok perbuatan B itu. A pun....

A : Tak baik kau buang sampah merata.

B : Biarkan! Nanti tukang sapu sampah tak ada kerja pula. Kan nanti dia dikira makan GAJI BUTA? Kan dah tak berkat tu?

A cuma diam. Malas hendak membalas. Tibanya di bank, mereka mendapati elaun mereka sudah masuk.

B : Alhamdulillah, elaun dah masuk. Malam ni boleh la enjoy kat Carrefour. Jom shopping!

A : Maaf, aku tak nak pergi. Aku nak study malam ni.

B : Ala...Exam lambat lagi la...Lagipun nanti kau study la, bukannya kau tak study langsung.

A menjawab.....
"MARA hantar kita kat sini dan bagi kita elaun untuk kita belajar, bukan untuk shopping atau berfoya. Kalau kita tak study, kan dikira makan ELAUN BUTA? Kan dah tak berkat tu?"

B terdiam. Mulai hari ini, dia bertekad untuk keluar membeli belah sekiranya dia hendak membeli barang yang dia PERLUKAN sahaja, bukan barang yang dia INGINKAN.

Pengajaran :
1. Jangan buang sampah merata-rata.
2. Jangan banyak enjoy.
3. Jom study!
p/s : spend your money wisely

Sunday, March 21, 2010

My Own Equation

Bila tengah baca buku biochemistry tadi, rasa macam dah nak putus asa dah. Penat sangat rasanya dan bagaikan tak sempat untuk habiskan membaca kesemua subjek dan topik yang ada. Kemudian, aku teringat beberapa persamaan (chemical equation) dalam proses glycolysis yang menghasilkan ATP. Contohnya...

Phosphoenolpyruvate (PEP) +ADP + [Mg2+] ------->Pyruvate + ATP

Untuk mendapatkan ATP, PEP perlu 'mengorbankan' phosphate kepada ADP dengan "iringan" Mg2+. Dengan menggunakan enzyme Pyruvate Kinase.

Even they (molecule) are able to sacrifice "something" to get "something".
Untuk mendapatkan sesuatu, kita mestilah kena korbankan sesuatu. So, I made an equation. Here it is :

1. Untuk seorang pelajar perubatan menjadi doktor berjaya, beliau mesti mengorbankan wang, tenaga dan masa, diiringi doa dan tawakal.

2. Kemudian, sikap banyak main dan sikap malas perlulah dikeluarkan.

3. Enzyme ini sangat penting iaitu enzyme RAJIN. Kemudian, insyaAllah kita akan jadi doktor berjaya.

Tentu ramai yang tidak faham/tidak puas hati dengan equation yang aku buat ni kan?
Tentulah korang tak faham sebab...this equation is mine.
So.....HOW ABOUT YOUR EQUATION?

p/s : Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang

Friday, March 19, 2010

Tolong Diam!

Di perpustakaan, X sedang membaca buku. Rakannya di sebelah, Y seperti resah gelisah sejak tadi. Kemudian, Y memasang mp3 dan meletakkan earplug ke telinganya. Y pun mula untuk belajar sambil mendengar lagu.

Akan tetapi, lagu yang dipasang oleh Y cukup kuat sehinggakan X turut dapat mendengarnya sekali. Walaupun Y cuma mendengar lagu melalui earplug, tetapi lagu yang dipasang itu cukup jelas butir-butir kata liriknya sehinggakan X boleh ikut menyanyi bersama jika dia mahu. Perbuatan Y yang memasang lagu mp3 dengan kuat itu sekaligus menggangu konsentrasi X untuk belajar.

X tidak tahan lagi. X pun menyentap earplug dari telinga Y. X kemudian bersuara...
" Kau boleh tak pasang lagu perlahan sedikit. Lagu kau mengganggu orang belajar. Kau pasang kuat sangat sampai aku pun boleh dengar sekali."

Dengan tenang, Y menjawab....
"Aku akan berhenti pasang lagu mp3 jika kau membaca buku tidak terlalu kuat. Boleh tak kalau kau cuma baca dalam hati? Tak perlulah membaca sambil melafazkan setiap perkataan yang tertulis dalam buku sampai aku pun dengar sekali."

X terdiam...Baru dia tahu, semuanya berpunca daripadanya sendiri. Y meletakkan earplug itu ke telinganya kembali lalu mendengar lagu sambil belajar. X sedar kesalahannya, lalu dia pun cuma membaca buku di dalam hati. Tidak lagi baca dengan kuat. Sedar akan hal itu, Y pun berhenti mendengar lagu dan mula belajar tanpa iringan muzik di telinganya. Suasana kini menjadi sunyi sepi. Tenang kembali.

Pengajaran :
1. Belajar tu belajar juga, tapi jangan pentingkan diri sendiri.
2. Jangan mengganggu orang lain belajar.
3. Jika tak mahu disakiti, jangan menyakiti orang lain!

p/s : Mengaku dulang paku serpih

Wednesday, March 17, 2010

Sukan Yang Aku Nak Masuk

Amaran keras : Post ni untuk suka-suka je.

Ada orang tanya, kenapa aku tak masuk apa-apa acara dalam KSPCI nanti. Haha,..senang je jawapannya, sebab acara yang aku minat tak ada. Acara yang aku minat ialah....

1. Bola Terajang
Sukan ini lebih kurang sama dengan bola sepak. Cuma permainan ini memerlukan padang sebesar KLIA dan pemain yang berjumlah 2000 orang. Terdapat 80 tiang gol dan penjaga golnya sekali. Apabila bola dibaling masuk gol oleh pengadil (Ingat, pengadil sahaja yang menjaringkan gol), kesemua peserta hendaklah menerajang apa sahaja di depan mereka. Akan tetapi, mereka tidak boleh menerajang bola tersebut. Jika pemain menerajang bola tersebut ,maka kad merah akan diberikan. Best giler kot game ni. Try la..

2. Lompat Kajang
Sekiranya permainan lompat kijang memerlukan kita melompat ke atas pasir, lompat Kajang ini memerlukan kita untuk lompat sehingga ke Kajang, Selangor. Apabila pemain sudah sampai di Kajang, mereka perlu membacakan pantun "Kajang Pak Malau, Kajang Berlipat" dengan betul sebelum diisytiharkan sebagai pemenang. Kemudian, mereka perlu membeli Satey Kajang dengan pemain-pemain yang lain. Permainan ini mungkin cuma sesuai dimain di Malaysia kerana di Mesir tiada tempat bernama kajang mahupun satey kajang.

3. Rejam lembu
Permainan ini sangat popular pada zaman dahulu. Permainan ini berlainan dengan sukan rejam lembing yang ada pada zaman ini. Permainan ini popular pada zaman dahulu kerana banyak kenduri kahwin yang memerlukan lembu untuk membuat gulai. Peserta perlu merejam & membaling lembu itu ke arah rumah yang akan melangsungkan kenduri untuk disembelih seterusnya dibuat gulai.

4. Lari pecut 1500 meter berpagar
Sukan ini sungguh dapat melatih daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan daya tahan mental. Kebanyakan peserta didapati berhenti di separuh permainan kerana mendapati mereka kekurangan daya tahan mental yang sangat kronik.

5. Tarik Tali barut
Permainan ini sama sahaja peraturannya dengan tarik tali. Cuma bezanya, tali yang digunakan untuk ditarik itu digantikan dengan manusia-manusia yang selalu menjadi tali barut orang jahat. Permainan ini sangat bagus kerana permainan ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai akan betapa pentingnya untuk tidak bersubahat dengan orang jahat.

Ha~ Permainan-permainan ni tak ada. Sebab tu aku tak nak masuk apa-apa waktu sukan nanti.
Haha..=P

p/s : Gurau saje ma~

Tuesday, March 16, 2010

Bunga bukan Sekuntum

Haih~ Tak sangka, walaupun lelaki zaman sekarang ni lebih sedikit berbanding wanita, tetapi ada juga kaum lelaki yang berebut-rebut mahukan seorang perempuan. Kalau berebut je aku tak kisah sebab itu dikira persaingan, tapi ni siap nak putus tali persahabatan sebab kawan rapat pun minat orang yang sama!

It's ok if you're already her boyfriend/ already in relationship with her, but the problem is....you are just having a daydream! Jumpa dia pun kau tak pernah, inikan pula nak luah isi hati kat dia. Lepas tu, boleh pulak nak halang-halang orang lain dari menyimpan perasaan kat dia? Haih...Now it's my turn to say this " Grow up for God sake!". Bunga bukan sekuntumlah! Kita ni kumbang yang hampir pupus. Tak payah la nak berebut mahukan bunga yang sama! Ada banyak lagi bunga yang lain menanti! Lebih-lebih lagi kita ni kumbang yang high class, doktor lagi...Takkan la orang tak nak kot?


Ini tidak. Bila dapat tahu je ada orang lain yang menyimpan perasaan kat si dia, mulalah nak emosional macam orang frust putus cinta. Lepas tu sibuk nak mencari orang yang nak bersaing tu. Bila disiasat rupanya kawan sendiri? Mulalah putus sahabat. Isy~ Tak elok la macam tu.

If you think that you're good enough and deserve to get her, so why don't you let the other to compete with you? Takut kalah? Huh~ Loser gila kau! Kalau betul kau layak untuk dia, pasti dia akan pilih kau nanti. Kalau dia tak pilih kau? Maksudnya kau tak layaklah! Jadi, tak payah sibuk-sibuk nak halang persaingan tu. Lagipun, you can't force her to like you. Let she choose by herself.

Haih...tak sangka, aku pun pelik. Kenapalah dua orang sahabat karib ni bergaduh. Rupanya pasal awek je. Ok, ni aku nak nasihat sikit... Now, just keep on studying and get the best pointer you can have. Barulah boleh bukak mata dia. Sekarang ni, belajar je. Tak payah sibuk-sibuk fikir pasal jodoh lagi ok? Kalau jodoh tak ke mana, akan adanya nanti. InsyaAllah~Jangan bergaduh dah ye?

p/s : bunga bukan sekuntum. Zaman sekarang ni bunga yang patut cari kumbang. Haha~

Sunday, March 7, 2010

Nak Hilangkan Bosan

Satu lagi post yang aku tak peduli samada orang nak baca atau pun tak. Janji aku puas hati sudah. Kali ni aku nak tulis pasal benda apa yang aku buat kalau aku bosan belajar. Maksud aku, belajar dengan cara yang tidak bosan!

1. Warna pelangi
Aku tengok buku tu bosan. Tak ada warna. Jadi, aku pun beli highlighter pelbagai warna, pastu garis mane isi2 penting. Warna warni buku aku dibuatnya. Macam pelangi pun ada. Orang ada jugak tanya, "kenapa kau tak cat terus buku kau?"...Senang je jawapannya, "suka hati aku la..Aku beli highlighter pun ade guna duit kau ke? Lagipun ni kan buku aku!" ...haha

2. Nak ke tak nak?
Aku bukan macam orang lain yang boleh duduk melekat kat kerusi sampai berjam-jam. Aku ni study bila aku ada mood je. Mula-mula aku study, lepas tu kalau rasa mengantuk atau bosan, aku pun stop study jap. Dengar lagu ke, masak ke, basuh pinggan ke, tulis blog ke apa ke. Lepas tu bila dah dapat mood, study la balik. Tapi pastikan study balik bila dah dapat mood tu, jangan berehat lama sangat.

3. Lagu
Waktu study, kita study. Takut nanti hilang pulak fokus kalau study sambil dengar lagu. Ada sesetengah orang boleh study sambil dengar lagu, tapi aku tak boleh. Nanti aku pulak yang melalak berkaraoke kat meja study. Kalau dengar muzik instrumental boleh la kot. Tapi, kadang-kadang suasana sekeliling jadi bising dan memaksa aku untuk dengan lagu. Contohnya, Arab yang terjerit-jerit, bunyi hon kereta yang lalu lalang depan rumah dan bunyi suara orang lain yang baca buku kuat sangat sampai kita boleh dengar sekali, akan membuatkan aku menyumbat earplug terus ke telinga dan mendengar lagu sambil belajar. It's better to listen to music that listening to noise!

4. Dua dalam satu
Sekarang ni masa makin cepat berlalu. Jadi, masa untuk belajar dalam sehari pun dah tinggal sikit. Jadi, kadang-kadang aku makan sambil tengok movie, kadang-kadang makan sambil bukak internet. Lepas tu, sambil-sambil buat kerja macam memasak/lipat baju/kemas rumah, aku dengar lagu mp3. So, tak ada lah sibuk-sibuk aku nak cari masa tambahan untuk dengar lagu dan tengok movie. Berhibur sambil buat kerja lah~

5. IMAGINASI

Ya~ Itu dia...Imaginasi sangat penting ye kawan-kawan sebab imaginasi menguasai dunia aku. Haha..Bila belajar something tu, aku cuba untuk imaginasikan perkara yang aku belajar tu dengan benda sekeliling, ataupun imaginasikan dengan perkara-perkara yang lucu. Contohnya tadi baru belajar pasal hidung. Patutlah tugu sphinx kat Mesir ni tak ada hidung, rupanya struktur hidung kompleks sangat sebab tu orang yang bina sphinx tu tak nak buat hidungnya.
Ye lah kan, nak kena buat meatus lagi, semilunar hiatus lagi, ethmoid bone lagi dan macam-macam la...(camni la aku berimaginasi, entah apa-apa kan?)

Ok la....ni aku tulis post ni pun sebab aku nak rehat jap dan nak cari semula mood untuk study. Sekarang dah dapat mood, dah boleh study semula. Selamat Belajar ye kawan2. Haha~