Friday, April 23, 2010

Delete Post

Saye suke delete post
Hari-hari saye post benda baru
Tapi hari-hari saya delete post jugak.

Post emo kena delete.
Post kurang ajo kena delete.
Post bangga diri kena delete
Post terlalu peribadi pun kena delete

Post yang dah perfect?
Tak memenuhi kriteria bakal di delete seperti di atas?
Juga akan saye delete jika saya nak delete.
Kenapa saye kena delete? Sebab saya suka delete.

Tak penat ke delete post?
Kalau benda tu best, tak penat pun. Haha...
Nape tak delete blog je terus?
Kalau delete blog, tak dapat la delete post da..Tak best la cmtu
Ok la, sekian saja delete-mendelete pada malam ini. Sekian~

p/s: Kemungkinan post ini juga saya delete.

Wednesday, April 14, 2010

Apa Perasaan Anda Bila.....

Kadan-kadang kita pernah mengalami situasi yang kita tak dapat jelaskan perasaan kita waktu tu.

1. Kelas Skill batal
Bayangkan, kelas skill pukul 4. Habis kuliah pun pukul 4 lebih sebab prof ambil masa sikit. Lepas tu nak kena bergegas ke Gami' Ibrahim pulak. Puas cari teksi, tapi susah nak jumpa. Lepas tu akhirnya ada satu teksi ni berhenti. Tapi dia pau kita sampai LE 7. Lepas tu bila sampai di Convention Centre, tengok budak-budak semua jalan berlawanan arus dengan kita. Bila ditanya mengapa, mereka menjawab....Kelas skill batal. So, apa perasaan waktu tu?

2. Beli pen marker
Pergi kedai nak beli pen marker tapi tak tahu makna pen marker dalam bahasa arab. Setibanya di kedai, kita pun cakaplah "ana auz 'alam kabir, auz 'alam el-wan..bla..bla..". Tapi pekedai tak paham. Lepas tu kita pun buat bahasa isyarat. Tangan digerakkan macam tengah menulis lah, apa lah, sampai macam-macam gaya keluar. Lepas tu tiba-tiba mata kita terpandang marker kat sudut kedai tu. So, kita pun tunjuk kat pekedai tu. Then, pekedai tu tanya.."Ouh..Anta auz marker?"...Ceh~ Rupanya dia pun tahu marker tu apa.

3. Naik tram
Cuma perlu bayar 25 piasters tapi dalam dompet yang ada paling kecil pun duit LE10. Lepas tu, puaslah kita cari-cari duit kecil di seluruh poket kita. Lepas tu, kita pun bayarlah LE10 jugak kat pak cik tram tu. Lepas tu pak cik tu pulak dibantainya bagi baki dalam bentuk syiling dan wang kertas 25 piasters banyak-banyak. Lepas kita terima baki tu, kita nak letak balikk duit tu dalam dompet. Tiba-tiba, kita ternampak sekeping duit 25 piasters terselit elok di celah-celah dompet anda. Padahal tadi kita dah check kat situ.

4. Salah sangka
Kita keluar ke balkoni rumah. Lepas tu nampak orang arab bertentangan depan rumah pun duduk di balkoni ; menghadap muka kita. Sambil itu tangannya menongkat dagu dan pipi. Lepas tu dia pun cakap, "Assalamualaikum!" ..Kita pun jawab.."wasalam.." Lepas tu dia tanya lagi, " Izzayyak enta?" kita pun jawablah..."Alhamdulillah~, lepas tu tiba-tiba muka dia berkerut lepas tu cakap dengan kita macam ni..

" La'a~ Ana musy kallim ma'ak, ana kallim ma'a telebhon"...Rupanya tangannya yang kita sangka digunakan untuk menongkat dagu tu digunakan untuk meletakkan henfon di telinganya (tapi memang kelihatan seperti dia menongkat dagu, tak nampak macam guna telefon pun).
Pergh~ Waktu tu malu cuma tuhan yang tahu macam mana. Rasa macam nak pergi jamban, masukkan muka dalam mangkuk tandas, lepas tu rasa macam nak flush untuk hilangkan rasa malu.

5. A'sir a.k.a jus
Kita pernah pergi kedai a'sir ni. Lepas tu kita memang tahu jus tuhfah kedai tu memang sedap. So, esok pun kita datang lagi. Tapi hari tu a'sir tuhfah tak ada. Kita datang lusa, pun tetap sama (jus tuhfah tak ada). Kita datang lusa, tapi tetap tak ada. Kita datang tulat, pun masih tidak ada. Lepas tu pada suatu hari, kita dah give up. Kita pun beli buah epal terus sekilo. Lepas tu kita lalu depan kedai a'sir tu. Lepas tu pak cik tu pun dah kenal kita (sebab tetiap hari minta a'sir tuhfah). Bila kita lalu, pak cik tu tegur.."Anta auz a'sir tuhfah? El-youm dah fi a'sir tuhfah!"...pergh~ waktu tu aku rasa macam nak baling tuhfah yang aku baru beli tadi kat pak cik kedai tu.

Haih...Itu contoh-contoh yang macam pernah berlaku kat aku. Haha~ Sabar je la..

p/s : Tak tahu nak ekspresskan perasaan yang macam mana.

Friday, April 9, 2010

Jangan Mengalah!

Aku selalu post benda-benda mengarut kan? Macam nak penampar je khairimalik ni kan? Emo je kejenye~ Tak de benda berfaedah yang lain ke dia ni boleh letak kat blog dia nih?
Ha...So, di malam exam ni, aku nak letak la benda-benda yang bagus sikit. Jom kita renung-renungkan~

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?


QURAN MENJAWAB:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


QURAN MENJAWAB:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB:
"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139
________________________________________

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45
________________________________________

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
-Surah At-Taubat ayat 111
________________________________________

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


QURAN MENJAWAB:
'Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubat ayat 129
________________________________________

KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!

QURAN MENJAWAB:
"......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Wednesday, April 7, 2010

Hijab

Q kecewa dengan sikap sesetengah rakan perempuannya yang dahulunya dalam zaman persekolahan mereka bertudung litup, tapi mula menyerlahkan rambut masing-masing di khalayak ramai apabila sudah tamat persekolahan.

Pada suatu hari, Q terserempak dengan dua rakan perempuannya , N dan T yang turut menyerlah rambut masing-masing yang tidak ikal mayang langsung. Kemudian, Q "mencari maut" dengan bertanya kepada mereka....

" Er...Minta maaf, ana cuma nak tanya. Kenapa saudari berdua tak pakai tudung ya? Kurang manis dipandang. Kalau saudari berdua pakai tudung, mesti nampak lebih cantik."

Apa lagi...N dan T pula sememangnya terkenal dengan mulut mereka yang lancang pun menjawab..

N : Pakwe aku suka aku macam ni. Kau tak ada makwe, apa kau tahu? Maklum lah, siapa yang nak kat kau? Perempuan mane suka lelaki macam kau ni!

T : Duh~ Yang penting bukan rambut okey, yang penting tu hati. Kalau pakai purdah pun tapi hati jahat buat apa? Janji hati kitorang baik! Kau cakap orang, kau tu? Kenapa tak pakai songkok ataupun kopiah selalu?

Q menggeleng-gelengkan kepala dan berlalu pergi dari situ. Dia berharap, Allah SWT akan membuka hati dua sahabatnya itu.

p/s : Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik

Tuesday, April 6, 2010

Gelaran

Huh, post ini sangat panjang. Tak kisah la...Kalau nak baca, bacalah. Tak nak, sudah! Apa susah. Cuma nak cakap sikit pasal gelaran. Aku memang dah diajar dari kecil lagi untuk memanggil semua orang yang lebih tua dari aku sebagai "abang" atau "kakak". Walaupun beza umur cuma setahun. Aku ingat lagi bila aku panggil jiran aku yang cuma setahun bezanya dengan gelaran "aku-kau" sahaja. Arwah mak aku pukul aku sampai berbirat.

Lagi satu, kalau tak panggil "abang" atau "kakak" pun, at least mesti ada gelaran kehormat. Senang cerita, guna perkataan yang lebih sopan dari "aku-kau". Bila masuk sekolah menengah rendah, ramai budak senior menyampah dengan aku sebab aku panggil diorang abang. Diorang cakap diorang geli. Tapi nak buat macam mana, dah terbiasa. Alhamdulillah, bila masuk SASER, junior mesti kena panggil senior sebagai "abang". Bagi sesetengah orang, mungkin itu tidak selesa. Tapi bagi aku ,aku rasa cukup selesa sebab ianya sama seperti apa yang telah keluarga aku ajar.

Tahun lepas, dalam Smart Circle, semua ahli kumpulan aku panggil Abang Aswad dengan gelaran "abang". Aku rasa cukup selesa. Tapi masuk tahun ni, aku bertukar kumpulan. Masuk ke dalam kumpulan Abang Anas. Secara jujur aku cakap, aku sangat tak selesa pada mulanya bila ahli kumpulan baru aku yang lain (Rahman D, Aiman Khalifah) cuma guna "aku-engkau" dengan mentor sendiri. Waktu tu, aku rasa macam nak cari Abang Aswad dan nak masuk SC dia semula. Tapi alhamdulillah, Abang Anas gelarkan diri dia sebagai "ana" dengan aku. Ahli kumpulan yang lain semuanya guna "aku-kau", cuma aku yang guna "saya". Tak kisahlah, janji aku selesa. Harap-harap tahun depan aku tak bertukar mentor lagi.

Kemudian, bila junior dari sekolah aku datang, aku terlupa. Aku terlupa yang sekolah aku membudayakan gelaran "abang". Jadi, bila aku tanya macam ni.."Bila kau datang sini?". Muka junior aku terus berubah. Dia pulak cakap macam ni.."Saya tak selesa lah guna gelaran 'aku-kau'". Waktu tu, baru aku sedar. Bukan aku seorang sahaja yang kurang selesa dengan panggilan "aku-kau". Jadi, mulai hari tu aku guna gelaran "saya-awak" dengan dia. Ada yang kata nampak geli. Tapi apa aku peduli. Thanks to Abd Rahman Tito for making me realize my mistake.

Jadi pesanan saya kepada senior-senior, saya tak kisah jika kalian menggunakan "aku-kau" dengan saya.Sangat tidak kisah, Tapi tolonglah izinkan saya guna "saya-kakak/saya-abang" kepada kalian. Saya dah terbiasa begitu sebab diajar oleh ibubapa saya. Jika saya tak buat macam tu, saya rasa macam melanggar arahan ibubapa pula. Paling tidak, izinkan saya guna "saya-*nama anda".

p/s : Lain orang, lain ragam
Rambut sama hitam, hati lain-lain

Friday, April 2, 2010

Oh, Tandas!

Haih...Baru je update blog semalam. Update lagi ke? Haha..suka hati aku la..Korang tak nak baca pergi main jauh-jauh. Menyemak je datang sini. Don't worry X, I'll start studying after posting this entry. Awas! Post ni mungkin agak kurang senonoh ataupun jijik sebab berkenaan dengan tandas. 18SG, 18 SX semua ada. So, budak kecik pergi main jauh-jauh.

Okeh, perkara yang tak patut dibuat kepada orang yang sedang berada di dalam tandas ialah....

1. Ketuk pintu tandas berulang-ulang kali dengan kuat
Haih...Dah la ketuk pintu banyak kali, lepas tu dengan kuat pulak tu. Terbantut hajat kawan kat dalam tandas tuh. Please la wei, ketuk sekali je udah la..Nanti pandai-pandai la kawan kat dalam bilik air tu "mempercepatkan" dirinya. Ini tidak, selagi tak roboh pintu tandas tu selagi tu nak ketuk. Isy, kalau aku la orang yang ade dalam tandas tu kan, aku ketuk kepala budak yang ketuk pintu tu kuat-kuat sejurus aku keluar dari tandas. Haha...
special case : kalau korang nampak orang nangis sebab frust lepas tu tetibe die bawak pisau nak bunuh diri masuk dalam bilik air....itu memang patut la korang ketuk pintu berulang kali suruh dia keluar dan tak buat benda bodoh!

2. Tanya "Kau buat apa kat dalam tandas tu"
Yang ni lagi sengal. Macam lah ada banyak sangat modus operandi yang boleh dibuat kat dalam tandas tu. Kalau dah ada dalam tandas, takkan la kita masak nasik pulak kat dalam tu. Kadang-kadang kita mungkin lama sikit dalam tandas. Iye la kan, kadang-kadang kita lupa nak makan makanan yang mengandungi fibre (serat). So, tolong la memahami kalau kawan duduk lama sikit dalam tandas tuh.
special case : Ada sekali dalam bulan ramadhan tu, ayah aku kejut aku sahur. Ayah aku suruh basuh muka kat bilik air. Tapi aku ngantuk sangat sampai aku tidur kat tepi kolah bilik air umah aku. Itu je penyalahgunaan tandas yang aku buat. Peace~

3. Tanya "Ada orang tak dalam tandas?"
Rasanya kita sedia maklum yang kalau nampak pintu tandas tertutup, itu bermaksud dalam tandas tu ada orang. Takkan la nak paksa orang kat dalam tandas tu menyahut pulak. Abah aku kata, tak elok menyahut dari dalam tandas. So, sebab tu aku diam je kalau orang panggil aku waktu aku ada dalam tandas.
special case : Kalau kau tahu yang tandas umah kau memang tak boleh tutup pintu rapat ataupun pintu tandas tu tak boleh dikunci, memang kau kena tanya dulu kat dalam tuh ada orang ke tak ada.

4. Mengintai
Hoho..Yang ni lagi kurang asam. Teringat aku kat sekolah dulu. Aku tak tahu pulak yang budak asrama ni sengal-sengal belaka perangai. Korang ni hampeh betul la..Kalau da tau sekolah kita takde budak pompuan, duduk diam-diam sudeyh. Yang kau nak ngintai budak laki gak pehal? Gile...gile..
Special case : Kalau berjam-jam kau tunggu pintu tandas masih tak bukak-bukak. So, baik la try intai sikit-sikit. Mane tahu kot-kot dia pengsan ke kat dalam tandas tu kan?

p/s: Kalau dalam menyelesaikan masalah kita boleh bertimbang rasa dan bertolak ansur antara satu sama lain, kenapa dalam penggunaan tandas tak boleh? Kenapa mesti pentingkan diri sendiri untuk berebut? Kenapa mesti jadi begini? Why? Why? WHY????

Thursday, April 1, 2010

Sementara Masih Sempat

Awas! Post ini berbentuk diari sebab mengisahkan peribadi aku sendiri. Aku tahu aku banyak bazir masa dengan menulis blog. But I promise that I will start studying after posting this post. Hari tu aku call kakak aku, bincang pasal balik Malaysia.

Aku beritahu akak aku, yang aku mungkin tak dapat balik Malaysia pada tahun ni atas masalah kewangan. Duit untuk survive tu memang terlebih dari cukup, dan duit untuk beli tiket pulang ke Malaysia pun memang cukup. Tetapi jika aku pulang ke Malaysia, aku akan muflis bila kembali semula ke Mesir nanti. Tidak akan ada lagi duit simpanan untuk aku belanja di Mesir nanti sebab duit itu akan habis dengan beli tiket kapal terbang.

Tapi akak dan keluarga aku tetap mahu aku balik. Aku memang buntu. Kemudian, aku bagi alasan yang aku hendak belajar bahasa Arab di sini. Tapi, akak aku tetap berkeras ingin aku pulang ke Malaysia. Aku cari alasan lagi. Aku cakap....

" Nanti susah kalau ada apa-apa hal. Kalau tiba-tiba universiti buka awal, kena tukar tarikh tiket kapal terbang lagi..."

Mungkin akak aku dah tak tahu nak jawab apa. Lalu, dia pun menangis. Biasalah, lelaki mana yang tahan dengan air mata wanita. Aku memang serba salah waktu tu. Aku dah buat solat sunat istikharah, tapi aku tetap merasakan yang aku tidak patut pulang ke Malaysia pada tahun ni. Aku memang sangat serba salah...Sebelum akak aku letak telefon, dia cakap macam ni....

"Adik, umur abah kita dah 67 tahun. Abah pula ada macam-macam penyakit. Adik faham-faham sahajalah. Waktu ni lah abah nak semua anak-anak berada di sekeliling abah. Jadi, adik pulanglah ke Malaysia dan jenguk abah sementara masih sempat............."

Aku betul-betul buntu. Air mata aku pula yang mula mengalir bila mengenangkan abah. Aku rindukan Abah.

p/s : Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk membuat pilihan yang tepat!