Sunday, May 30, 2010

Diam Lebih Baik

Aku rasa, aku antara manusia yang paling kecoh sekali. Sejak dari sekolah lagi a, memang mulut ni tak lekang dari bercakap benda yang sia-sia ; tak berfaedah.
Tadi, bukak iLuvislam.com, memang banyak hikmah diam ni.

DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.


"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )

Jadi, lepas ni nak try jadi diam la sikit dari bercakap benda yang tak berfaedah. Tak kisah la orang nak cakap aku sombong ke apa. Macam aku kisah plak kan?

p/s: "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )

Saturday, May 22, 2010

Housemanship

Post ni mungkin ditujukan khas kepada budak medik je kot. Tapi yang lain pun boleh je baca. Ok, ada beberapa point tentang housemanship yang bermain di fikiran aku sekarang. Haha..Ape die eh?

1. Kenapa doktor senior cakap H.O ni tak berdisiplin?/ doktor senior selalu marah H.O.
Housemanship
Ha..Ni aku ada baca dari blog doktor jugak. Tapi sumpah memang aku dah lupa alamat blog tu. Doktor tu tulis yang H.O ni ambil mudah tentang kerja. Contohnya ; H.O sempat lagi makan kat cafe walaupun ada on-call. Bila ditanya, jawab mereka, "makan itu penting." Sedangkan doktor senior cuma makan roti dalam paket yang diletakkan dalam poket.

Belajar medik
Bila tengok balik, aku selalu ada kelas 10 jam non-stop (dari 8 pagi hingga 6 petang). Tapi aku sempat lagi curi masa/datang lewat ke kelas sebab nak makan. Kalau waktu belajar ni aku dah tak tahan lapar, macam mana lah waktu jadi H.O nanti ye?

2. Stress
Waktu belajar sekarang, rasa macam ada banyak sangat masalah sampai stress. Masalah belajar, masalah dengan kawan(selalu gaduh), masalah kewangan sampai boleh buat stress. Haih...Kalau waktu belajar ni aku dah senang rasa stress, macam mana nak jadi H.O nanti? Mesti ada masalah kerja, masalah dengan staf hospital (gaduh/kena marah dengan staff hospital), kena marah dengan pesakit dan banyak lagi la. Kalau gaduh dengan kawan pun rasa macam dah nak gila, apatah lagi jadi H.O nanti.

3. Temuduga
Hari tu waktu Prof Nasarudin datang, dia cakap yang H.O dah melambak kat Malaysia. Jadi, kalau nak kerja kena pergi temuduga. Jadi, aku tanyalah seorang doktor ni yang aku kenal melalui facebook, "betul ke kena pass temuduga dulu baru boleh kerja?". Lepas tu, akak doktor tu jawab...

" Sekarang ni awak fikirkan study awak tu dulu. Masalah temuduga tu fikir kemudian. Jauh lagi perjalanan awak.Kalau study awak baik, tentulah temuduga awak pun baik nanti!".

Hurm...Itu saje kot.

p/s: Haih...layak ke aku jadi H.O ni?

Thursday, May 20, 2010

Perkara yang aku tak suka bila lepas exam!

Okeh, post ini agak emo. Lantak la apa korang nak cakap pun. Memang benda-benda ni aku perhati sejak zaman muda-muda lagi, memang benda ni seakan-akan jadi darah daging dah. Apa dia yang aku tak suka?

1. Orang tanya, "Macam mana exam tadi? Mesti kau boleh jawab semua kan?"
Haih....Aku tak kisah orang tanya pasal exam tu, tapi aku menyampah bila orang perli-perli macam ayat kat belakang tuh! Padahal dia dah nampak dah aku terkebil-kebil jawab soalan sampai mengangkang,bergolek macam nak sawan lagi. Dia boleh lagi perli "mesti kau jawab tadi rileks je kan?" Gile ah, sabar je la..

2. Orang tanya, " Eh, soalan nombor * tadi kau jawab apa?"
Yang ini lagi patut dicaci maki. Aku bukan tak nak bagitau, tapi kalau jawapan aku salah, nanti aku rasa "down" pulak. Ataupun kalau jawapan orang yang bertanya tu salah, nanti dia pulak yang emo lebih. Lepas tu dia pulak nak menegakkan jawapan dia yang salah tu. Siap cakap macam ni lagi, "Eh, jawapan aku betul, jawapan kau yang salah! Aku yakin.".. Haih..Manusia-manusia macam ni memang berperangai parasit betul! Kalau dah tahu nak jadi macam tu, tak payah la tanya! Sengal! Nyampah~

3. Orang terlampau merendah diri, siap cakap yang dia rasa dia buat teruk dalam exam tadi
Orang macam ni aku rasa sengaja nak cari perhatian dan publisiti murahan! Padahal keputusan dia sebelum ni asyik gempak je. Dah la tu, pointer dia jauh lebih tinggi dari kita pulak tu. Nak merendah diri apanya lagi? Ni siap cakap lagi, "haih~ Mesti result aku nanti teruk.Habislah aku.(ayat ini diulang berjuta kali). Kalau dia yang pandai tu cakap macam tu, aku yang kurang pandai ni? Entah macam mana agaknya?

4. Kalau result exam keluar, orang sibuk tanya " kau dapat berapa?"
Padahal universiti dah pampang result exam terbentang luas seluas mata memandang. Boleh je kot nak tengok result kita punya sekali kat situ.Tak payah nak tanya-tanya lagi dah. Lagipun, nak sibuk tengok result kita buat apa? Tengok result sendiri je tak boleh ke? Haih~ Aku tahu! Sebenarnya orang ni nak suruh kita tanya result dia balik kan? Sebab result dia lebih bagus kan? Kiranya ni dia nak riak dan takbur secara halus-halusan lah kan? Kalau result kita teruk, dibantainya gelak pulak. Itu namanya kurang ajar tak bertempat! Harap maklum~

p/s : Lagi satu, orang sibuk cakap macam ni "Eee~ Takutnya exam!"..Haih~ Kalau dah tahu takut tu, pergi la study! Yang kau sempat lagi pergi tulis blog ni apehal? Pemalas punya manusia! Tutup laptop kamu~ Pergi study sekarang!!!

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru!

Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu satu Malaysia khususnya SK Kebangsaan Jengka 4, (aik?? Tadika lupe ke?) Haha...Aku tak sekolah tadika lah! Terus masuk darjah satu! Lepas tu cikgu kat SMK Jengka 6. Wa...Bangge aku sekolah tu sebab senior aku ade kat sini. Siapa eh? Haha..Tak mau beritau.

Lepas tu SASER. Haih..Yang ini toksah cakap la..Ramai je senior dan junior kat sini. Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu SASER.

Ha~ Tak lupa juga Selamat Hari Guru kepada kawan-kawan sekerja sewaktu jadi fasilitator dulu. Huhu... Ingat tak kita kena jadi guru sementara kat SMK Jengka 2 dulu sebab sekolah tu baru bukak? Cikgu sekolah tu pun ramai tak sampai lagi. Haha..Sangat lawak. Waktu tu, baru kita rasa apa yang guru-guru rasa waktu ajar kita dulu kan?

Aku bersyukur sangat sebab sekurang-kurangnya aku dah ada pengalaman mengajar. Terima kasih kepada En Yahya selaku pegawai pendidikan daerah yang sudi menawarkan kami bekerja sebagai tenaga pengajar. Kalau tak, mesti kami menganggur lepas SPM.

Hehe~ Gambar kat atas ni lah muka guru-guru sementara di SMK Jengka 2 dulu. Perangai pun macam budak2 lagi waktu tu.Boleh plak main kejar-kejar dengan anak murid dalam kelas. Haha..So sweet~ Macam tak percaya je dah pernah mengajar. Ajar form 4 dan form 5 plak tu.

Dari kiri : Aku (Fasi Biology), Syafreil (Fasi Add Math), Dayah (Fasi Kimia), Din (Fasi B. Inggeris), Aimi - baju biru pegang karipap (Fasi Biology ), dan Hanan -tak nampak muka(Fasi Fizik)

Tak ada dalam gambar : Amin (Fasi B. Inggeris), Wan Aini (Fasi Math), Ainatul (Fasi Kimia).

Rindu korang~!!!!
p/s : Sesekala, rasa macam menyesal pulak tak masuk Maktab Perguruan. Haih...Betul ke aku boleh amik medik ni??

Wednesday, May 5, 2010

Siput Sedut Sedap

Ni aku bukan nak tulis resipi masak siput sedut. Tapi nak beritahu yang siput sedut ni membawa seekor parasit yang bernama Heterophyes Heterophyes! Selama ni baik dok ada kita makan siput sedut tak tau pun dalam tu ada parasit kan? Entah2 skrg ni parasit membiak dalam badan kita. HAHa

Dalam buku teks, dia tulis yang siput pembawa Heterophyes Heterophyes di Mesir ialah Pirenella Conica. So, aku ingatkan intermediate host itu sama di negara-negara lain. Kemudian, aku pun cari la siput pembawa Heterophyes di Malaysia..

Yang aku jumpe....
Pembawa Heterophyes Heterophyes....

Egypt = Pirenella Conica
China, Japan = Cerithidia Cingula
Indonesia, Malaysia = Cerithidia Obtusa

Kumpulan aku kena buat pembentangan tajuk Heterophyes Heterophyes. So, aku telah ditugaskan oleh Zul untuk membuat tajuk life cycle makhluk halus itu. Okeh.

Cerithidia Obtusa? Ape tu? Rupa-rupanya, itu ialah nama saintifik bagi siput sedut yang selalu kita makan tu. But don't worry guys, the snail in the cuisine is absolutely well cooked (perhaps), so we won't get infected! :D

Emmm...Yummy~ Sedapnya pembawa Heterophyes Heterophyes ni!

p/s : Kenapa susah-susah kena hafal nama siput pembawa kat Egypt sedangkan di Malaysia namanya lain??

Monday, May 3, 2010

Sepi

Dah beli tiket. Alhamdulillah~
Tapi.........Sangat lewat.
18 Ogos, Kuwat Airways, Had muatan 20 Kg.
Aku nak buat apa kat sini lama-lama?
Berkulat aku kat sini~

Balik sini semula pun sangat lewat
Terpaksa memonteng kuliah
Tapi kalau kena repeat kena balik awal jugak
Tak pasal-pasal kena tukar tiket

Tak kisah la...
Yang penting, tiket aku murah~
LE 3040 je
Lepas tu dapat lari dari PSMB
Dah serik dah kena tahun lepas!

Tapi...
Sementara tunggu 18 ogos tu...
Orang lain sume dah balik, tinggal aku je kat sini
Nanti aku mesti jadi....
SEPI~