Wednesday, June 23, 2010

Good Luck!


Hari ni tetiba je datang semangat nak belajar. Mungkin sebab exam dah terlampau dekat.
Semoga berjaya kepada semua pelajar ataupun mahasiswa & mahasiswi yang bakal mengambil peperiksaan akhir semester.
Khususnya kepada mahasiswa Universiti Perubatan Iskandariah Mesir
Lebih khusus lagi, Doctors of 2014 :D
Good Luck in your exam!
All the best!

p/s : "......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Study Leave

Study leave or leave study? Haih~ I love study leave! Semalam, baru dapat elaun. Terus lengkapkan keperluan bilik. Dari bilik nampak lengang, sehinggalah bilik nampak begitu semak sekali sampai sakit mata memandang. Malam pulak tengok cerita hantu, Nightmare of The Elm Street. Pergh~ Cerita tu memang best. Tercabar keberanian aku (padahal memang penakut pun :P).

Keputusan ketiga-tiga ujian pertengahan semester sudah pun dikeluarkan. Keputusan aku? Haih~ Tak mahu cakaplah! Malu~ Sekarang, memang kena kejar balik. Lepas tu boleh fikir balik Malaysia je terus.Tak payah repeat ok? Okeh, sekarang ni antara benda yang nak dibuat lagi waktu study leave ialah...

1. Study - Tentulah kena study kalau tak mesti perkataan study leave tu tak ada.

2. Tukar tarikh tiket flight - Nak balik Malaysia lebih awal! Tak mahu berkulat di sini~

3. Buat makan-makan - dah bernazar. Kalau masuk rumah baru, nak buat makan-makan ajak orang ramai. Ramai ke? Haih~ Invitation only lah!

4. Study group - Nak join study group Yadiy ke Akmal eh? Join dua-dua lah! Alternate. Boleh?

5. Masukkan internet - Susah hidup tak ada internet ni. Ketinggalan zaman. Tak tahu apa benda penting yang keluar dalam Alexmedical team.

Okeh, itu je kot. Tapi aku hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Heh~ Ayat ni aku pernah sebut sewaktu aku jadi MC untuk PSMB dulu. Teringat pulak zaman dulu-dulu. Haih~ Itu zaman muda-muda. Sekarang ni pak cik dah tua dah. Dah tak mahu pergi-pergi depan dah. Biar anak-anak muda yang lain pulak diberi peluang. Ngeh ngeh~

Selamat Belajar!
Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester!

p/s : Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita untuk terus study dan study lagi~ :D

Saturday, June 19, 2010

Macam Jawab Soalan Matematik

Alhamdulillah, baru lepas habis exam praktikal. Sekarang ni cuma tunggu final.
Pernah tak kita terfikir? Rasa macam dah usaha banyak (banyak ke?) tapi keputusan rendah jugak! Pernah tak? Mari kita imbas balik. Betul ke usaha kita tu dah cukup eh? Confirm ke?

InsyaAllah, Allah SWT akan beri ganjaran atas usaha kita tu. Semuanya macam jawab soalan matematik. Ingat tak?

Kalau jawab soalan matematik, kadang-kadang kita tak dapat jawapan yang tepat. Tapi kita tetap akan dapat markah untuk jalan kerja pengiraan yang betul. Samalah juga macam peperiksaan ni. Kadang-kadang kita tak dapat apa yang kita nak (result bagus). Tapi usaha kita untuk ke mendapatkan result yang bagus tu sebenarnya dihitung dan insyaAllah akan diberikan ganjaran pahala.

Pernah tak meniru dalam ujian matematik? Kalau orang yang meniru, dia tak akan buat jalan kerja. Tapi dia buat jawapan terus. Jawapan yang dia beri mungkin betul, tapi dia masih lagi belum dapat markah penuh. Sebab apa eh? Senang je jawapannya ; sebab dia tak tunjuk jalan kerja pengiraan untuk dapat jawapan yang dia beri tu!

Macam mana nak dapat semua betul eh? Jalan kerja pun dapat, jawapan pun dapat? Kalau nak macam tu, kenalah usaha betul-betul dari awal dengan konsisten. Lepas tu gunalah konsep usaha+doa+tawakal. Kalau salah satu dari tiga elemen konsep tu tak ada, tak cukup rasanya. Lagi satu, jangan putus asa. Memang benar, kita hanya merancang tapi Allah menentukan. Tapi kena ingat, Allah SWT akan memberi balasan/ganjaran setimpal dengan usaha yang dilakukan!

Sekian sahaja post skema saya pada hari ini. Sebenarnya aku rasa aku banyak salah waktu exam praktikal patho tadi. Jadi, aku tulislah post ni untuk menaikkan semangat aku sendiri. :P Hahaha~

Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester!

p/s : nak download lagu minus one nasyid banyak-banyak lepas tu memekak sorang-sorang dalam bilik. Bahaha~

Wednesday, June 16, 2010

Alexandria (Ini bukan Ting Tang Alexandria)

Tangan gatal nak menulis. Tapi tak tau nak tulis ape da. Okeh, nak bagitau serba sedikit tentang aku dan Alexandria.

1. Rumah di Alexandria
Terkini di Sporting Kubra~ Sebelum ni kat belakang kuliah handasah. Rumah sekarang sangat besar bak kata Anis Rosli, boleh buat teratak iskandar. Haha...

2. Kawan paling best di Alexandria
Semua budak-budak persediaan KSP 2008 aku rasa merupakan kawan-kawan yang paling best sekali. Yang lain tu best jugak, cuma kurang sikit lah~

3. Tempat paling best di Alexandria
Bagi aku, tempat paling best, menarik, tenang dan aman ialah di Qaitbay~ Qalaah dan persekitaran pantai tu memang best.

4. Peristiwa paling best di Alexandria
BOOM tahun lepas. Ahli kumpulan semua peramah. Yim, Aiman, Kak Nad, Kak Fiza, AisyaMas, Nisah dan lain-lain ah! Paling best, kumpulan aku menang keseluruhan! Huhu...~

4. Peristiwa paling tak best
(T_T) Kena repeat exam anatomy. Balik mesir awal. Lepas tu kena rompak dengan arab. Ceh~ Sakit jiwa raga aku.

5. Kawan yang paling disayangi di Alexandria
(^_^) Semua "bekas" ahli belakang kuliah handasah. Huhu..Kudus, Akmal, Baem, Afiq, Anis,Abu Hanif Hafiz, Adiba, Irna, Areqa, Farhana Mohamad, Hur, Nadiah Izzati dan Iezzati~ No one can replace you guys lah!
bersama kawan-kawan yg disayangi di Qaitbay
6. Kenderaan favourite di Alexandria
( -_-) Tram! Aku tak suka naik tremco. Memang aku takkan naik sorang-sorang. Teksi tu aku naik kalau nak pergi jauh-jauh je. Lantak r ape orang nak cakap.

7. Senior paling best di Alexandria.
(-_-") Lorh~ Apehal soalan ni tetibe keluar plak? Semua best.

8. Junior paling best di Alexandria
Of course la bebudak satu sekolah dengan aku. Tito aka Coyotito. Haha...Abd Rahman Hussein. Kat sekolah dulu kitorang satu team koir. Lalala~ Part Harmoni plak tu kitorang ambik. Haha...Do Re Mi Fa So La Tidur. Zzzz~

9. Pendapat tentang Universiti Perubatan Alexandria
Er...No comment. Tapi bersyukur la dapat sambung belajar lagi. :P

10. Pendapat tentang Alexandria
Besryukur sebab dapat kat sini. Dekat dengan pantai. Kalau stress bleh pegi pantai. Lepas tu kena ejek buya buya dengan orang arab yang lepak tepi pantai. Bertambah lagi stress~ Haih, seronok betul! :(

p/s : Tak sabar nak balik Malaysia. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Monday, June 14, 2010

Makan-makan dan Kena Gelak

Er..Post aku sebelum ni agak kurang ajar.
Sebenarnya rumah memang tak settle lagi. Tak kemas lagi. Tapi boleh je nak datang~
InsyaAllah, nanti kitorang ahli rumah nak buat makan-makan sikit. Nanti kami jemput.
Senior dan junior pun insyaAllah akan dijemput.
Cuma buat masa sekarang, nak tumpu exam praktikal dulu
Lagipun elaun tak masuk lagi.

Tadi sangat malu
Salah jawab soalan waktu revision physio
Banyak sangat salah jawab
Paling sedih, aku kena gelak dek kengkawan

Haih...Penat jaga hati orang lain
Sedangkan orang lain tak jaga hati kita pun :(

p/s : Sebab tu aku tak suka bercakap di hadapan. Nanti mesti kena gelak!
Waktu jadi MC Porf Sidek Baba dgn PSMB dulu pun kena gelak jugak!
Lepas ni nak try elak dari bercakap di hadapan
kecuali waktu presentation.

Saturday, June 12, 2010

Kucing Kena Potong Kaki



Sangat sedih
Kenapa la ada orang yang tak berperikemanusiaan sampai macam tu sekali?

Kucing tu cuma curi ikan, tapi dua kakinya dipotong sebagai 'hukuman' kepada kesalahannya tu.
Haih~ Sengal la siapa yang buat naya kat kucing tu. Perangai dia sendiri lebih teruk dari binatang!

Kucing dah la haiwan kesayang nabi. Boleh plak dia buat macam tu? Tapi tak hairanlah kan? Sedangkan anak manusia (bayi) pun boleh dibuang dalam tong sampah, boleh dibunuh tanpa rasa bersalah, inikan pula anak kucing. Haih~ Kepada yang selalu buang anak tu, diorang pernah fikir tak apa yang akan jadi kalau mak bapak diorang sendiri pun buang diorang waktu baby dulu?

Haih...Kesian kucing ni. Semoga Allah merahmati orang yang membela nasib kucing ni. Semoga Allah SWT membuka pintu hidayah kepada orang yang memotong kaki kucing ini. Amin~

p/s: Sekarang ni ramai betul pesakit mental yang 'asymptomatic'!

Thursday, June 10, 2010

Mampu ke?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Pejam celik pejam celik lepas tu pejam tak celik-celik, rupanya dah nak habis dah semester keempat ni. Minggu depan minggu practical exam. Memang aku gelabah sakan. Manakan tidak, masalah rumah pun tak selesai lagi, lepas tu dah kena fikir pasal exam pulak. Macam tak sempat je? Haih~

Mencanak jugak la aku nanti. Nak tempuh 11 subjek untuk sem ni. Lebih kompleks dari SPM dulu. Kalau SPM, aku cuma ambil 10 subjek dan belajar untuk DUA TAHUN. Tapi sekarang, ambil 11 subjek untuk SATU SEMESTER. Apa?? Biar betik?? Boleh ke ni? Banyak lagi yang tak baca ni (padan muka! siapa suruh tak study!).
Cuma takut satu perkara je..takut kalau pisang berbuah dua kali. Er..Maksud aku, takut kalau aku kena repeat lagi (Nauzubillah). Haih~ Kalau pisang berbuah dua kali, best jugak dapat makan pisang dua kali, Tapi kalau bab ini, tak sanggup aku~ Tapi, Dija (aku tak ingat nama dia, aku tulis je ni) pernah cakap,

" Kalau kita rasa 11 subjek tu banyak, cuba kita tengok balik. Bukan kita sorang je ambil 11 subjek. Orang lain pun ambil 11 subjek yang sama jugak. Kalau orang lain boleh, kita pun mestilah boleh jugak."

Mudah-mudahan, kita semua diberi kemudahan dan kekuatan dari Allah SWT untuk menempuh peperiksaan ni. Amin~

1. Anatomy & Embryology
2. Biochemistry
3. Physiology
4. Pathology
5. Histology
6. Microbiology (Bacteriology & Virology)
7. Parasitology
8. Pharmacology
9. Ethics
10. PBL (Problem-based learning)
11. ICDL???

p/s : Er...kalau fail ICDL kena repeat year jugak ke eh?

Friday, June 4, 2010

Yang Terakhir

Post terakhir...Bukan buat selamanya
Tapi post terakhir yang aku tulis di rumah ni
Malam terakhir di rumah ni (sangat touching ma~)
Lepas ni akan tulis post di rumah baru (tu pun kalau ade internet)

Boleh masuk rumah hari isnin
Sementara tunggu hari tu, kena merempat
Nak ke mana? Waktu-waktu macam ni, mesti kawan-kawan lari kan?
Masing-masing tak nak tolong bagi tumpangkan rumah. Haha...

Tolonglah, cuma sehingga Isnin ni je
Lepas tu, kami berpindah ke sporting~
Dah tak payah susahkan orang lagi
Susahkan ahli bait je cukup la..

Sangat sedih nak meninggalkan rumah ni
Sebab banyak sangat kenangan~
Walaupun cuma setahun....

We're leaving this Valley of AJKTs
Er...Tapi kat Sporting pun ade Ajkt jugak kan?
Tak kisah la~ Aku da tak tau nak mengarut ape da ni.

Selamat tingggal belakang kuliah handasah!
Sporting Kubra~ Here we come!!

p/s : Lepas ni boleh menyemak kat rumah Yim dengan rumah Afiq Faiz tiap2 hari. Haha~ Umah dah dekat da ni.

Kenapa "Kecik?"

Lala...Post ini sangat bosan dan menyampah. Ada sesetengah makhluk Allah yang tanya aku, "Kenapa orang pangil kau kecik ye? Padahal kau tu bukannya kecik sangat!".

Ya~ Itu memang benar. Aku bukan kecik sangat pun. Haih~ Dah tu korang jugak panggil aku dengan nama tu. Okeh, ni pak cik nak ekspelain sikit. Nama tu start kat SASER dulu la..Kisahnya bermula begini~.......(imbas balik kenangan lama, gambar pun hitam putih macam cerita P.Ramlee)

Waktu tu minggu orientasi pelajar baru, so kena tanam pokok bunga kat blok yang aku tinggal tu. Biasalah kan, kalau pelajar baru, mesti nama budak lain pun tak kenal lagi. Kemudian, ada seorang ni (sekarang ni kawan rapat aku), dia tak tahu nak panggil aku apa. Pas tu dia pun cakap...

" Er...Weyh, aku tak tahu nape ko sape ah! Aku panggil ko kecik la. Lagipun aku tengok kau yang paling kecik kat blok Jebat ni!"

Lepas tu, tibe-tibe ade suare lain dari mane entah datangnya menyampuk tanpa memberi salam.
" Haah la, kitorang panggil kau kecik je la.."

Kemudian, nama itu pun dipersetujui ramai oleh semua budak-budak baru yang sedang menanam pokok di halaman blok itu. Lepas tu, satu blok panggil aku Kecik. Kemudian, terus satu sekolah sebab budak lain pun panggil kecik jugak. Paling terkejut, even cikgu-cikgu pun panggil aku kecik jugak. Haih~ Tak kisah la...

Hehe..Cikgu B.I aku (Miss Hasni) cakap..."Miss suka nama " kecik" tu. Nama kecik tu buat kecik nampak comel". Hahahahaha...Cikgu-cikgu lain cakap yang diorang panggil aku kecik sebab aku ni macam budak-budak. Haih~ Saye dah besar la cikgu!

Okeh, tu kat sekolah. Dah tu camne bleh sampai kat sini plak? Ha,...Kat KSP Ramly yang start panggil aku kecik. Sebab dia kan besar, so dia rasa aku ni macam kecik sangat lah kot bagi dia. Lepas tu sampai Mesir ni, jumpe plak budak2 satu sekolah SASER, jumpe pulak senior sekolah. Lepas tu diorang panggil kecik. Yang lain pun pakat ikut. Haih...Tak kisah la...Aku ok je dengan nama tu. Hepi je aku rasa., Hahaha~

Okeh la, Khairi Malik @ kecik nak start study la...Okeh la, buh bye~ Salam...

p/s : Tapi sekarang kecik dah besar. Tak kecik lagi dah. Tapi nama je kecik. Hahaha

Tuesday, June 1, 2010

Save Palestine

Sedih, marah semua ada
Walaupun bantuan kita disekat untuk masuk
Tetapi kena percaya
Bantuan dari Allah tetap ada untuk mereka
Dan sudah tentu tiada apa pun yang dapat menghalang kuasa Allah~

Bantuan secara fizikal disekat
Tapi boleh bantu dengan cara lain
Mari doakan untuk mereka
Berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka memikul

Jangan putus asa untuk memberikan bantuan
Kerana mereka yang patut menerima bantuan itu lebih layak untuk putus asa

Ya Allah, selamatkanlah saudara seISLAM kami di Palestine~