Friday, December 23, 2011

Talent Is A Gift, but Skills Are Reward

Aku selalu tertanya-tanya, "Layak ke aku ni nak jadi doktor?" Iyalah, sudah tahun 4 tapi masih belum kuat teori, masih banyak yang tak tahu. Lagi dua tahun je nak habis, rasa macam tak cukup untuk pandai semua benda dalam masa tiga tahun terakhir ni.


Memang aku rasa sangat lemah; tak bersemangat. Dalam "ward training", aku takut nak ambil darah pesakit. Bukan takut tengok darah, tapi takut sekiranya aku cuai lalu mencederakan pesakit. Bimbang jika aku penyebab "haematoma" kalau salah cucuk jarum. Nanti lain pula penyakit yang datang kepada pesakit tu nanti.


Rasa sedikit putus harapan. Kemudian, teringat yang seorang doktor aku pernah cakap,

"To be a doctor, you don't need talent but you need skills People born with talent, but skills need to be learned"

Yes! That is true. Skills could not be inherited, it needs to be learned. Talent is a gift, but skills are reward ; reward given from Allah to the ones who have worked hard to get something.

Another doctor which I knew from facebook said,

"You'll be a good doctor, only if you want so.........BADLY!"


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45


p/s : Ya Allah, jauhi aku dari sikap putus asa :)

Wednesday, December 21, 2011

Masihkah Kau Ingat?

Masihkah kau ingat??

Ha...Ingat tak hari tu, PERUBATAN nak buat pwtc, tapi ada kekangan. Ada revolusi Mesir, dan kita pun balik Malaysia. Lalala...Tak kan tak ingat kot? Ala~ Zaman-zaman darurat dulu. Tak ingat?

Macam mana nak buat kan? Kita hanya merancang tapi Allah SWT yang maha berkuasa menentukan. Kun fayakun~ Kalau jadi, jadilah ia kan?

PWtC kembali lagi~!!!!!
(sila klik pada gambar untuk melangkah jauh bayi nespray ke blog pwtc)


Okay, sekarang ni PWtC kembali semula dan akan berlangsung pada


3-6 Februari 2012


Seminar Perubatan : Perubatan Islam

Hari Terbuka

Hari Keluarga PERUBATAN

Tempat kat mana? Kat dewan Cairo~ Lalala....Okay, jadi jom la pergi beramai-ramai nanti.

Terbuka untuk semua ahli perubatan

Oh, Yeah~ Program menarik sangat ni, membuak-buak pulak dah semangat aku ni. Cewah~
(Dah la exam time tu)

Takpe, yang tak exam boleh pergi ye kanak-kanak. Ayuh~!!!

Tuesday, December 20, 2011

Tuesday, December 13, 2011

Everything Will Be Fine

Tadi, hari pertama kami masuk department of internal medicine. Kemudian, kami kena buat history taking untuk pesakit diabetes. Sebelum ni, kami cuma tahu ambil history taking pesakit surgery contohnya macam swelling, ulcer dan sebagainya. Tapi tadi, memang kami seakan-akan tak pandai nak ambil history walaupun dah belajar di department of surgery dulu.

Alhamdulillah, doktor Diabetic department, Dr.Noha cakap,

"Relax, you'll learn it day by days. You don't have to rush."

Wah, rasa motivated sikit!

Yup, it's true.

To be the best, it needs time and experiences

An ice actually was water before it is cool
It takes time to experience the freezing process to become and ice


And to those of you who used to watch pokemon when you were a kids,

Even a pathetic little magikarp will become a strong Gyrados
It just needs time and experiences to evolve.


So, do not give up or give in if you think you did bad in the exam
By experiences and times, you'll become a great doctor one day~ :)

Monday, December 12, 2011

1 Minit untuk Saya



Can you do me a favor?
Just spend 1 minute of your life to watch this video

Please~

Please~



thanks~ Ni yang khairi malik sayang korang ni. :P

Thursday, December 8, 2011

Tak Sabar!

Bila saya tengok satu benda ni

Saya rasa tak sabar

Tak sabar sangat~!

Tak sabar apa ye?
Tak sabar nak kahwin?!!!

Eh, bukanlah! Ke situ pula kalian fikir ye?



Benda ni best dan seronok

Tu yang buat saya tak sabar

Counter Strike ke? Ataupun game Pro Evolution Soccer (PES) yang seronok sangat tu?

Haih~ Ni lebih seronok dari game tu la....

Nak tau apa dia?

Ni dia~
Huih~

Ni apa ni?Applikasi untuk I-pad/ I-touch/I-phone ?

Eh, bukan~
Tak main la I-pad, I-touch, I-phone semua tu~ (sarcastic tone)



Ni la benda yang best tu sampai buat aku tak sabar

Nak tahu apa dia.....?

Baiklah, ni saya nak bagi tau. Sila ambil perhatian okay~

Ini ialah...........









Eh, baru saya ingat, saya ada exam lah esok! Kena study ni!!!


Alahai~
Saya baru je nak bagitau ni benda apa, tiba-tiba kena study untuk exam pulak.
Tak sempat nak bagitau. Haih~


Kalian tunggu kejap ye? Nanti saya bagitau~

Tunggu ye! Jangan tak tunggu!

Saya nak study kejap. Nanti saya bagitau ye?

Minta diri dulu, doakan saya boleh jawab exam esok. Salam~

Friday, December 2, 2011

My Nomenclature

Saya ada banyak nama. Selain nama penuh....

Ada panggil Khairi.
Family panggil Heri
Cousin panggil Eri.
Best fren panggil Arie
Mak cik, saudara-saudara panggil Ayie

Kat sekolah SASER, cikgu dengan kawan panggil "kecik"

Waktu kerja sementara jadi fasilitator, ada panggil cikgu, ada panggil abang

Cikgu Khairi...dah lama x dengar nama tu. hahah~

Ada satu sekolah, student aku panggil aku abang K. Ceh, macam datuk K bunyi nya..

Kat universiti, lekat nama Kecik. I like that name by the way. Don't know why~

But...there are some modifications made -_-"

Nik Taufik panggil "techik" , dan Afiq Faiz panggil "kesik"


But....I like all of them. No matter what you call me,"arie", "kecik", "kesik" or "techik" whatever, I still like them coz it means that you are remembering me and put me as "someone" into your life.

So touched....

Satu lagi post aneh yang aku buat dek kerana stress exam. Lol~!

Bila saya stress saya makan kek. Sedap~

Thursday, December 1, 2011

Stress Exam

Dah tengok video klip lagu Bad Day by Daniel Powter?

Bagi aku, video klip lagu tu sangat sweet jalan cerita dia.


Bukan jiwang ye..tapi romantik! Hahah...

Okay, jangan layan sangat ape aku mengarut ni. Ini namanya stress exam. Sekian~!

Tuesday, November 29, 2011

Rasa Hina

Tadi berlaku peristiwa yang menyentuh hati aku. Erm, mungkin peristiwa ni nampak biasa tapi aku yang tersentuh lebih.


Tadi, waktu nak solat Zohor di masjid, aku pun bergegas keluar dari perpustakaan nak pergi ke masjid di luar universiti. Aku pun tak tau nama masjid tu, tapi masjid tu dekat dengan gereja besar dan budak-budak melayu memang ramai solat kat situ.


Bila aku lalu depan kedai topap di sebelah farmasi tu, aku nampak ada seorang mak cik peminta sedekah berniqab di situ, sedang duduk bersila, meriba anaknya sambil mengharapkan ehsan orang ramai untuk memberinya sedikit wang.


Kemudian, ada seorang perempuan arab lalu di hadapan peminta sedekah tu. Tanpa dia sedari, duitnya tercicir (terkeluar dari poket) dan secara kebetulan duit perempuan tu jatuh tepat di hadapan peminta sedekah tu. Tanpa menyedari yang duitnya tercicir, perempuan tu terus berjalan.


Aku sangka, mak cik tu akan ambil duit tu. Iyalah kan, aku fikir tentunya dia bagaikan orang mengantuk disorong bantal. Sudahlah dia inginkan duit, duit pula terjatuh di depan. Takkan tak mahu ambil benda yang diinginkan?


Tapi aku silap. Kemudian, mak cik tu panggil semula perempuan tadi yang sudah agak jauh di depan. Mak cik tu terus memanggil sampai perempuan tu menoleh ke belakang. Mak cik tu maklumkan kepada perempuan tu bahawa dia keciciran wang. Perempuan tu pun ambil semula duitnya yang terjatuh tu dan mengucapkan terima kasih kepada peminta sedekah tu.


Peminta sedekah tu dapat habuan tak dari perempuan tu? Jawapannya : TAK! Selepas mengambil kembali duit yang tercicir , perempuan itu terus pergi meninggalkan peminta sedekah tu tanpa memberi apa-apa pun kecuali sebuah ucapan terima kasih.


Mengucap panjang aku. Astaghfirullah~ Aku rasa sangat berdosa sebab buruk sangka kepada mak cik tu. Aku sangka, tentunya dia akan mengambil duit orang yang tercicir tu. Maklumlah, peminta sedekah mahu apa lagi selain duit?


Tapi hakikatnya? Mak cik tu dengan baik memanggil semula perempuan tu untuk memberitahu bahawa duitnya tercicir. Mak cik tu tak ambil pun duit tu. Aku puji sikap mak cik peminta sedekah tu. Pendapat aku ; kalau orang bagi ,mungkin baru dia terima. Cuma menerima apabila diberi, tapi tidak memaksa supaya diberi. Mak cik tu cuma mahu rezeki yang halal. Dia juga tahu duit curi itu haram.


Aku tersentuh.....
Aku rasa aku sangat teruk kerana menilai orang terlalu cepat.
Aku rasa aku bodoh kerana menilai orang melalui luaran.
Aku rasa aku hina sebab pandang rendah kepada mak cik tu sedangkan dia jauh lebih mulia dari aku.
Aku rasa jahil sebab memandang rendah kepada makhluk Allah sedangkan siapalah aku untuk mengkritik ciptaan Allah yang semuanya sempurna.
Aku rasa aku sangat berdosa.


Sedangkan mak cik itu ingin mencari rezeki yang halal. Cuma mengambil wang yang orang beri sahaja, tapi tidak mengambil wang orang tercicir.Subhanallah~

Insaf sikit, Khairi!Jangan cepat judge orang. Kena malu dengan mak cik tu. Bersyukurlah~!

P/S : Aku rasa aku lebih hina dari peminta sedekah. Aku buruk sangka dengan dia, sedangkan dia lebih baik dari aku. Sangat tersentuh~

Monday, November 28, 2011

Surgery


Saya takut, senior kata ramai yang fail surgery.
Hampir separuh katanya.
Saya dah la tak pandai dalam topik surgery ni
Kalau dalam kelas, banyak soalan saya tak dapat jawab.


Senior kata exam surgery susah.
Saya dah la cepat cuak
Saya baca buku, terlampau banyak sangat perlu dibaca
macam tak sempat rasanya


Senior kata, kalau nak survive kena study group
Saya tak selesa kalau study group
Saya suka study sorang-sorang,
tapi kalau saya tak tau, saya tanya je orang.
Tak leh survive ke saya?



Exam surgery dah dekat,
Apa yang saya tahu? Entah, tak tahu~!
Saya banyak post tentang motivasi, tapi hakikatnya, saya sendiri yang lemah motivasi diri


p/s : Ya Allah, jauhi aku dari sikap lemah dan malas.

Saturday, November 26, 2011

Jangan Lemah! Keep Going~

Aku rasa stress.

Homesick + bengang dengan orang + tak leh nak fokus study
Rasa macam diri ni lemah sangat, otak serabut
Kalau ada masalah, susah nak belajar
Rasa macam dada macam sesak dan sempit

Bila muhasabah balik....

(Surah Al-Fatihah 1:5)

"Kepada-Mu kami sembah dan kepada-Mu kami memohon pertolongan"


(Surah Al-Mu'min 40:60)

" Dan Tuhan kamu berfirman : berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan doa kamu"


Allah Maha Mendengar. Kalau ada masalah, tak perlu sebenarnya untuk aku rasa stress. Kerana Allah sentiasa ada untuk kita setiap masa.

Sepatutnya cuma perlu mengadu kepada Allah dan mohon kekuatan. Doa itu kan senjata mukmin.

Jadi, kalau kawan-kawan yang baca blog ni rasa "down" , ada banyak masalah sampai rasa tak ada semangat, ingat dua ayat Quran kat atas ni ye? :-)


p/s : When you feel like there is no way out, let God in.Let Allah be in your heart. Then you'll find the way.


Wednesday, November 23, 2011

Jangan Cepat Menilai

Okay, aku tahu ramai sangat yang sakit hati dengan blog ni. Sampai kat luar pun perli-perli aku. Tapi memang padan muka aku lah kan, siapa suruh tulis sesuka hati sampai buat orang lain terasa hati. Kalau orang lain perli-perli kat luar, tu memang aku berhak lah kena macam tu. Kira macam balasan lah tu.


"Eh, jangan bergurau dengan dia ni. Nanti masuk blog."

" Jangan buat benda bukan-bukan depan dia ni, nanti dia tulis dalam blog dia"


Okay, aku rasa macam stress juga bila dengar orang cakap macam tu. Aku tahu, they really mean it lagipun diorang mungkin sakit hati sebab diorang ingat apa yang aku tulis tu, aku tujukan kat diorang.


Aku mengaku aku manusia biasa yang cepat menilai dan suka bertindak terburu-buru. Jadi, kalau orang perli-perli aku macam tu pun, aku dah tak kisah. Sebab aku tahu tu salah aku. Aku pun redha je lah, salah aku jugak kan yang tulis bukan-bukan sebelum ni. Jadi, padan lah muka bila kena ejek macam tu. Pandai-pandai lah face the music, tanggung risiko sendiri.


Allah SWT sendiri menjelaskan dalam Surah al-Anbia 21 : 37 yang bermaksud

"Manusia memang makhluk yang diciptakan suka tergesa-gesa dalam segala perkaranya"


Aku manusia lemah, jadi tak terlepas dari sikap tergesa-gesa ni. Aku pun sesal sebab ikut nafsu yang cepat sangat menilai sesuatu keadaan.


What can I say is, aku memang menyesal tulis benda yang aku tak kaji dulu sebelum ni. Tapi nak buat macam mana kan, benda dah lepas bukan boleh buat apa pun. Aku cuma mampu padam balik je apa yang aku tulis tu. Tapi masih belum mampu hapuskan rasa sakit hati orang yang "kena" tu. Jadi, aku memang deserved lah kena perli dengan korang pun. Do as you like! Nak perli, perli lah. Nak kutuk, suka hati lah.


Tapi inshaAllah, aku try lah elak dari buat benda yang sama lagi. Aku cuba elak dari tulis benda menyakitkan hati. Dan kalau aku terlupa, masih buat benda yang sama, kalian tolonglah ingatkan aku. Aku pun manusia biasa yang banyak lupa.

mohon maaf sesangat~

p/s : "Carilah 70 alasan untuk memaafkan sikap saudaramu. Jika hatimu masih tetap enggan menerimanya juga, maka kekerasan hatimu itu yang lebih patut disalahkan."

Monday, November 21, 2011

Parts of Growing Up


Winter and cold breeze
My home as if surrounded by moat
I want a warm hug from my mother
But what I can get only an old blue blanket


Problems and messy life
Feel like there's no point of keep holding on
I want to share my problems with my father
But what I've found only a folded praying mat


Study and stress
Exams are just around the corner
I want to hear the magic words from my sisters
But what I've found only a dusty Quran


That's true
I can't put everything on them
I have to learn by myself under guidance of Allah
I have to learn to cope the stress, solve the problem, and have a little patience!


Just be grateful with the old blanket coz some other people are less fortunate
Use the praying mat and ask for some magic from Allah
And open the dusty Quran and wash some dirts and hard stains on my heart


Ya Allah, please give me strength!

Friday, November 18, 2011

Rain


Baby, it's cold outside.

Hujan masih belum berhenti, macam mana demam nak kebah kalau hujan masih turun?
This non stop raining worsens my fever and sore throat.

Waiting for this fever to go away, is just like waiting for this rain to stop.
Pointless and disappointing.

That's why I never wish to go to any country which snow is falling.

Thursday, November 17, 2011

Sakit ke Malas?

Orang kata, kalau nak tengok kawan tu kawan sejati atau tak, tengok dia waktu kita susah. Aku rasa terharu bila aku tengah sakit terbaring atas katil tadi, kawan-kawan groupmate datang ziarah siap bagi buah tangan lagi. Rasa macam diri ni dihargai jugak la~ :P


Alhamdulillah, sekarang ni dah tak teruk sangat panas ni, cuma ada incomfortable in swallowing, skin rash and dry mouth je kot. Aiceh, complaint tak boleh blah kan? Mentang-mentang la ambik medik.


Tadi tak pergi kuliah. Rasa rugi bila kawan-kawan kata hari ni belajar benda menarik pasal intubation. Siap ada buat praktikal lagi. Memang jealous rasanya tak dapat hadir. Bila tak pergi kuliah, rasa macam masa banyak terbuang, tak tau nak buat apa.


Aku buka buku, sakit kepala datang lagi. Tak boleh nak fokus sepenuhnya. Housemate suruh rehat, tak payah study nanti lagi exaggerate sakit kepala ni. Tapi bila baring, rasa macam kosong.

Rasa macam diri ni tak berfungsi. Tak boleh nak study. Bila study rasa sakit kepala. Nak rehat sampai betul-betul sembuh? Well, that sort of wasting time. Tapi kalau baca buku jugak walaupun demam, nanti tak masuk dalam kepala jugak.


Aku dah konpius. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Last-last aku tidur, tak study sebab tak larat + MALAS. :P

Wednesday, November 16, 2011

Kita Milik Allah

Semua benda yang kita ada ni sebenarnya pinjaman je dari Allah SWT. Memang rasa sedih bila dapat tahu tentang pemergian Dr.Haitham. Bagi aku, dia doktor anatomy paling best yang pernah aku ada. Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.


Dan sekarang aku demam panas. Mungkin migrain sebab mata aku juga sakit. Mungkin demam dek dingin musim sejuk. Sudahlah demam dan sakit kepala, seluruh badan juga naik gatal-gatal macam "rash", "edema". Tak tahu kenapa. Sangat terseksa.


Tapi aku bersyukur satu benda walaupun sakit. Aku bersyukur sebab dengan rasa sakit ni, aku sedar yang aku ni cuma insan yang lemah, cuma boleh berharap kepada Allah swt untuk menyembuhkan sakit dan demam aku ni.


Dan bila sakit macam ni, aku rasa macam nak berada di samping keluarga. Aku rindukan mereka yang selalu menjaga aku bila sakit. Memang di waktu ini, rasa nak berada di sampin keluarga. Menangis bila aku teringatkan keluarga.


Bila sakit, aku sedar yang kalau Allah nak tarik nyawa aku, bila-bila je dia boleh ambil nyawa aku.



‎"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhan-Mu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku."

Sunday, November 13, 2011

Semakin Dingin

Cuaca semakin dingin
Saratoga masih belum dihantar ke dobi
Kini masih lagi menggunakan selimut nipis zaman sekolah
Makan pun bertambah-tambah, badan tak naik-naik


Iskandariah semakin dingin
Semakin bnyak topik yang aku belajar di universiti
Sampai terkejar-kejar nak membaca
Namun masih belum dapat "cover" semua topic yang dipelajari
Jika Iskandariah semakin dingin, semakin banyak masa tidur
Jika makin banyak tidur, makin sikit masa belajar dalam sehari


Emosi semakin dingin
Selalu tak puas hati dengan orang, padahal salah aku sendiri
Selalu kecil hati dengan orang, padahal orang cuma bergurau
Selalu tulis post emo kat blog dek emosional keterlaluan


Sekarang kena study banyak, sebab cuaca semakin dingin
Sekarang kena makan banyak, sebab cuaca semakin dingin
Tidur tak boleh banyak, walaupun Iskandariah semakin dingin
Bersabar kena banyak, jangan ikutkan emosi yang dingin
Berdoa kena banyak, supaya Allah tenangkan hati yang dingin


Di waktu dingin, aku cuma mampu study dalam selimut. Begini lah rupa aku study di musim sejuk....
Study sambil berselimut...no matter what, cold winter or breeze, I must study!


Sejak kebelakangan ni, post aku makin mengarut. Aku pun menyampah bila baca balik. Korang redha je la ye?

Saturday, November 12, 2011

Aku Bukan Tunggul Kayu

Aku bukan batu
Yang tak ada perasaan dan tak kisah orang ejek, kena kan/ permainkan aku.
Aku pun tak akan biarkan diri dari terus kena palu

Aku bukan tugu
Yang kamu boleh buat kesalahan, minta maaf dan buat lagi kesalahan yang sama berulang kali.
Aku pun tak larat nak maafkan banyak kali.

Aku bukan tunggul kayu
Yang orang boleh buat sesuka hati, gurau secara kasar banyak kali
Aku pun tahu rasa kecil hati

Aku bukan tiang lampu
Yang bila kamu dalam gelap dan susah aku dicari,
bila kamu senang dan hari dah cerah aku kena pergi
Aku pun nak ada kawan sejati

Aku bukan ikan puyu
Yang boleh hidup atas darat lama-lama, yang boleh tahan dipermainkan/dibuli lama-lama

Aku adalah aku
dan aku memberi respons!

p/s : Kesabaran ada tahapnya, ada sampai di suatu tahap kita ingin meletup.
Tapi sebaliknya kita malas nak marah orang macam tu sebab memang dah tak ada guna.
Jadi baik anggap macam orang tu tak pernah wujud dalam hidup kita.

Thursday, November 10, 2011

Ziarah Makam di Pagi Raya

Pagi raya Aidiladha hari tu, sesudah makan , Ustaz Quddus mengajak aku untuk bersama-sama menziarahi makam Nabi Daniel dan makam Luqmanul Hakim. Pada mulanya aku keberatan untuk pergi sebab aku perlu bersiap ke seminar ibadah pesakit pula pada tengah hari.

Tapi tak tergamak pula untuk membiarkan Ustaz Quddus,Utz Khaidir dan Ustaz Fadhil berjalan-jalan tanpa ditemani sesiapa. Ustaz Quddus terkejut bila dapat tahu yang aku tak pernah menjejakkan kaki ke makam tu sebelum ni walaupun sudah hampir 4 tahun aku berada di bumi Alex ni!


"Enta dah 4 tahun kat Mesir ni tapi sekali pun tak pergi makam tu? Kan dekat je?"


Adus~! Malu sungguh rasanya bila disindir sebegitu. Bila sampainya kami di Syari' Nabi Daniel, kami lihat pintu pagar utama ke Masjid Nabi Daniel itu ditutup.Hampa. Seorang lelaki yang berniaga di situ mencadangkan kami untuk mengetuk sebuah pintu kecil di sebelah kanan masjid.
(Ruang dalam masjid Nabi Daniel)

Alhamdulillah, siak/penjaga masjid menyambut baik kedatangan kami. Pintu masjid dibuka dan kami dibawa ke ruang bawah tanah masjid yang menempatkan makam Nabi Daniel dan makam Luqmanul Hakim.

Rasanya lebih baik jika kita tahu serba sedikit kisah Nabi Daniel dan Luqmanul Hakim ni. Kisah Luqmanul Hakim memang ada dalam Quran, malah siap ada Surah Luqman lagi. Tapi kisah Nabi Daniel ni susah sikit nak cari bak kata ustaz.

Jadi, aku try tengok info dari wikipedia, tapi wikipedia kita tak boleh percaya sangat sebab kita pun boleh edit. Cuma baca je lah. Baiklah, kepada pembaca blog ni kalau nak tahu kisah mereka berdua boleh la cari di Internet. Dan baca surah Luqman dan maknanya sekali.
(Di depan kami ialah makam Luqmanul Hakim, di belakang makam Nabi Daniel)

Alhamdulillah, memang ada hikmah aku ikut ustaz pada hari tu. Aku dapat tengok makam yang selama ni memang aku tak pernah jejak. Di pagi raya, selain menhayati kisah nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s, aku juga berkesempatan untuk menziarahi makam Nabi Daniel dan Luqmanul Hakim. Alhamdulillah...


p/s : Aku rasa macam nak pergi Sinai lagi sekali sebab hari tu aku pergi Sinai tapi tak ambil iktibar. Apa yang ustaz terang kat depan aku tak dengar, sebaliknya aku dengar mp3. Kalau dapat peluang pergi lagi sekali aku nak selami betul-betul kisah dan sejarah di sebalik Bukit Tursina, kisah Lembu Samiri dll.

Harap-harap PCI buat lagi jaulah ke Sinai. :P

Rujukan (boleh klik kat rujukan ni) :
4) Makam tak semestinya jasad ada di situ, tapi mungkin hanya tinggalan seperti kesan tapak kaki atau dll. Wallahu a'lam

Wednesday, November 9, 2011

Study Jom!

Hari ni buka blog-blog orang lain. Most of the topics are....Wordless Wednesday! Pelik ah! Kenapa mesti wordless Wednesday? Wordless sangat ke wednesday kau tu? Speechless sangat ke hari rabu ni? Hari lain tak wordless ke? Aiseh...Buat lah wonderful wednesday ke, weird wednesday ke..

Okay, itu mukadimah untuk hari ini. Baiklah, mari kita start study ye kawan-kawan. Exam sudah dekat. Kepada sesiapa yang ambil surgery macam aku ni, jangan ingat exam jauh lagi kita boleh relaks ye! Sila study! Chow~!

p/s : Masih tercari-cari macam mana nak study surgery. Ada cadangan?

Tuesday, November 8, 2011

Leadership

Salam...Okay, tajuk ni nampak serius tapi sebenarnya tak adalah serius mana pun. Alhamdulillah, seminar ibadah pesakit dah pun berakhir. Memang aku sangat berpuas hati dan berbaloi rasanya dengan bayaran LE 80 tu. Dewan mewah, makanan ok, pembentang hebat-hebat, ahli panel forum mantap-mantap dan persembahan nasyid sangat gempak.

Aku rasa team nasyid Alexandria ni dah boleh rakam album sendiri. Best sangat suara diorang ni. Okay, ini sudah lari dari topik pulak kan?

Okay, waktu dengar saudara Syafiq Hamdani jawab soalan panel tu, memang aku rasa kagum lah. Cara dia cakap tu relaks dan nampak santai tapi ada 'isi'. Tak adalah macam sesetengah orang yang cakap berapi-api tapi isi kadang-kadang diulang benda yang sama cuma olahan je yang berbeza.

Apa yang aku nak cakap ialah aku memang boleh nampak lah sifat kepimpinan yang ada kat Dr.Syafiq Hamdani ni. Waktu dia cakap memang aku diam je dengar satu-satu apa dia cakap. Sebutan jelas sebiji-sebiji perkataan keluar dan paling penting, dia cakap dalam keadaan tenang je. Tak adalah gelabah semacam atau tergagapp-gagap bila berada di hadapan orang ramai.


Okay, persoalannya ialah kita ni tak nak contohi beliau ke? Okay, memang aku kena belajar untuk mengambil nilai-nilai yang aku boleh nampak dari beliau tu dan cuma 'adopt' dalam diri. Bukan cuma sekadar tengok orang dengan rasa kagum sahaja, kenalah juga ambil pengajaran dan berazam nak jadi macam tu.


Baiklah, sekian sahaja post yang tidak penting dari saya. Akhir kata, selamat bercuti kepada kawan-kawan yang membaca blog yang tidak berilmiah ini. Selamat hari raya Aidiladha!

p/s : Tahniah siapa-siapa yang sama-sama menjayakan seminar tu. Cos the seminar was really damn great!

Thursday, November 3, 2011

It Hurts

Words can hurt!
Especially when someone who say those words is important to you

Ops~

Silence can hurt too!
Especially when someone who remains silent is important to you!

Tuesday, November 1, 2011

Analogi Seorang Menteri

Bayangkan ada seorang menteri. Contohnya menteri tu diberi duit dan diamanahkan untuk guna duit tu bagi membantu rakyat. Dan macam mana perasaan kalau menteri tu tak guna duit tu untuk rakyat, malah guna untuk diri sendiri, apa perasaan anda?


Mesti anda akan cakap, "menteri makan duit rakyat" lah, "menteri guna duit haram" lah apalah.

Okay, sekarang reflect kat kita sendiri. Bayangkan..... Ini adalah analogi

duit peruntukan diberi kepada menteri tu
duit tajaan kita/duit parents kita.

Menteri diamanahkan bantu rakyat dengan duit tu
kita diamanahkan study ke mesir dengan duit tu

Menteri tak guna untuk rakyat, guna kepentingan sendiri
Kita tak guna untuk study, pergi lecture. Malah lecture selalu ponteng sebab malas/main game, tapi duit tu digunakan untuk melancong, beli gadget mahal, makan restoran mewah, pergi gym dan buat benda lain.

Kita cakap menteri guna duit haram sebab duit peruntukan diguna untuk diri sendiri
Er...duit kita pakai ni tak haram ke kalau tak guna untuk pergi lecture dan study? Sebaliknya buat benda lain? Nak buat benda lain boleh, tapi jadikanlah benda tu sebagai sampingan!

I repeat...
Nak buat benda lain boleh tapi jadikanlah benda tu sebagai sampingan.


Aku tau kalian pandai kalau tak pergi lecture pun result flying colours. Aku jugak markah yang rendah dari korang. Kalau tak datang sebab injured/sakit/ ada hal penting yg tak dapat dielakkan tak apalah. Nak buat macam mana kan? Bukan kita minta pun nak jadi macam tu.

Jangan pergi gym hari-hari tapi kelas 4 hari seminggu.

p/s : Siapa makan cili, dia lah rasa best!

Sunday, October 30, 2011

3 Tahun Itu Lama

3 tahun, sangat sekejap untuk belajar kemahiran kedoktoran, tapi sangat lama untuk menunggu.
Dalam masa 3 tahun macam-macam boleh berlaku. Air boleh bah. Hati boleh berubah.



Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu


Lirik lagu Permata Yang Dicari by DeHearty. Tak nak fikir pasal ni langsung lagi sebab nak study dulu.

Distances do not ruin relationships but doubts do!

Friday, October 28, 2011

Do Not Disturb



I'm busy studying to be a doctor now!
Please do not disturb me!
I want to focus on my study first!

Wednesday, October 26, 2011

Do No Harm!

Alhamdulillah, rasa bersyukur sangat masuk unit Head and Neck sebab dapat doktor-doktor yang semuanya baik dan tak garang. Siap bagi nasihat, tips dan tunjuk ajar lagi. Semua doktor pun best, ada cara masing-masing tapi yang paling aku suka cara Dr.Ayman. Banyak nasihat yang dia ajar. Dan perkataan yang memang selalu kedengaran bila berada dalam kelas beliau ialah....

DO NO HARM!

Okay, tapi itu bukan benda yang aku nak cakap. Nak cuma cerita sikit yang hari tu Dr.Ayman tegur waktu presentation (pembentangan) TBL. Dr.Ayman marah bila kita tak fokus bila kawan-kawan kita bentang kat depan.

Iyalah kan? Sedangkan doktor bercakap kat depan pun susah nak fokus, inikan pula kawan sendiri. Dr.Ayman marah kalau kami tidur atau dengar mp3, atau main Ipad/Ipod/Iphone ketika kawan tengah bentang assignment di depan. Sepatutnya kami kena tumpukan perhatian terhadap apa yang dibentang dan bagi sokongan kepada kawan-kawan!


Tersentuh bila Dr.Ayman cakap...

"You're thousands kilometers away from your parents, and then you just come here to sleep?"
You have to make your sponsorship worth it! Don't you feel/think about this?
Or it is just me that is too sensitive about this?


Lebih kurang macam tu lah dia cakap. Aku pun tak ingat ayat sebijik-sebijik macam dia cakap. Bila fikir balik, kenapa dia pula yang perlu sensitif dengan perkara ni sedangkan dia dah jadi doktor pakar! Padahal kita yang baru belajar ni tak sensitif pun dengan benda ni. Suka-suka hati je boleh tidur dalam kelas lah, ponteng lah apa lah.


Aku nak contohi Dr.Ayman dari segi semangatnya yang tinggi tu. Aku pun bercita-cita nak jadi lecturer doctor. And if I'll become one, I hope I can be a doctor like Dr.Ayman. Aku nak ajar students dengar penuh semangat macam dia. Okay, let's start studying now!

p/s : Macam mana nak jadi pengajar yang best kalau buat presentation pun ntah hape-hape!

Monday, October 24, 2011

Jangan "Cop" Saya Macam Tu! Politik Lagi?

Tak tahu lah berapa kali aku tulis dalam blog ni yang aku tak nak fikir mana-mana belah politik lagi. Tapi still, ada orang "cop" aku. Ya Allah, tak tahu kenapa wujudnya orang yang suka judge orang macam ni.


Okay, di sini aku pernah pakai songkok, lepas tu terus orang cop menyebelahi kerajaan. Lepas tu pernah pergi ceramah BTN, terus kena cop lagi! Aku tak tahu kenapa ada STALKER yang suka buat cerita ni.

Lepas tu ada pula yang cakap,

"Kenapa tak nak fikir politik lagi? Kau cakap je la yang kau ni on the gov side kan?"


Aku pelik juga bila jumpa orang sebelum ni yang ramah dengan aku, tiba-tiba asal nampak aku je mula masam mencuka dan melarikan diri. Puas aku fikir kenapa. Rupanya aku dah di COP menyebelahi sesuatu parti.


Astaghfirullah...Lepas tu ada orang tanya,

Family kau on which side? Kau mesti ikut family kan?

Nak tahu sangat? Okay, family aku (first relative) ada campur-campur. Kakak yang tengah dan abang aku dalam barisan pembangkang, kakak yang bongsu dalam barisan kerajaan.Abah dulu kerajaan sekarang tak mengundi, arwah mak pembangkang sebab dia asal Terengganu! Tapi tak ada pula kami nak bergaduh anak beranak sebab berlainan pandangan politik?

Mesti ke kalau family ambil A kita ambil A? Kalau ayah aku peneroka, aku kena jadi peneroka juga ke & tak boleh jadi doktor? Sedangkan iman tak boleh diwarisi, inikan pula pandangan politik or apa-apa lah!

Common guys! Antara faktor kenapa aku tak menyebelahi mana-mana pihak lagi ialah sebab aku nak tengok macam mana perangai orang-orang di setiap pihak. Nak tengok perangai orang pihak A macam mana, pihak B macam mana. Tapi kalau dah memang perangai suka cop -cop orang macam ni, memang ke laut lah.

Siap memulaukan orang lagi. Perangai suka cop orang macam ni bukan nak tarik lagi minat orang, tapi nak menolak dan mengurangkan lagi orang sebab buat orang lagi menyampah dan meluat!

Sekarang ni orang ramai duduk atas pagar, sebab pagar tu lebih tinggi dari padang. Dari kedudukan atas pagar tu, kita boleh nampak padang di sebelah mana yang lebih bersih dan padang di sebelah mana yang paling bersemak samun! Kita pun bukan nak duduk di pagar sampai bila-bila, bila sampai masa dan jumpa padang yang sesuai dan bersih, barulah kita turun ke padang sebelah yang bersih tu.


Aku cuma kecewa bila kawan yang rapat sebelum ni, tiba-tiba tak nak bercakap dengan aku sebab dia dengar cerita yang aku ni menyebelahi satu parti politik ni. Tak tahu sebenarnya siapa yang tak nak kesatuan tu. Persahabatan cuma rosak sebab khabar angin yang tak pasti kesahihannya. Mudah sungguh minda kena pengaruh!


Kalau kita nak tarik minat orang, janganlah ban/pulaukan dia/larikan diri dari dia. Tapi tunjuklah sikap yang elok. Ni bila dah buat perangai macam ni, orang lagilah nampak buruk kita.

When you're judging others, you're not defining who they are. But it defines who you are!

Stop stalking others lah! Kalau kau stalk orang tapi benda tu betul tak apalah jugak. Ni ramalan semua lepas ke laut~

Ada jugak yang cakap,

"Alah, area kau kat Malaysia kan area orang kuat kerajaan".

So what? Yang menyebabkan nampak kuat tu sebab diorang ramai, mungkin aku antara orang yang minoriti sokong pihak pembangkang. Memanglah area aku pembangkang tak nampak kuat sebab tak menang lagi. Nanti kalau dah menang barulah nampak pembangkang kuat. Haih~


Okay, dah la penat mengarut dan emosional malam-malam ni. Tapi sangat kecewa bila dapat tahu hal sebenar. Rupanya aku di "ban" cuma sebab orang cop aku ni menyebelahi kerajaan.


Sebab apa tetiba cop aku? Sebab aku pakai songkok? Sebab aku pergi BTN? Sebab aku tak ada pegangan politik?


Mulai dari hari ni, dah tak nak kisah orang nak cakap apa pun. Orang nak pulau ke, tak nak bertegur sapa ke, lantaklah. Ada aku kisah? Please, kalau tak tahu cerita sebenar macam mana boleh sesat ke BTN, senyap-senyap je lah. Diorang tau tak sebenarnya apa terjadi? So, Tak yah nak mereka cerita. Kalau betul-betul nak tahu, tanyalah sendiri kepada tuan empunya badan. Jangan main serkap jarang je. Fitnah tu berdosa dan lebih teruk dari.......? (fikir sendiri!)

p/s : Sumpah sakit hati. Orang tak nak bercakap dengan aku cuma sebab aku pergi BTN!

Monday, October 17, 2011

Forgive to Forget

Forgive to forget....
Okay, now remove the first three letters

Give to get!


"..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (An-Nuur [24] : 22)


Sangat bengang....Tapi tak boleh ikutkan nafsu amarah...

It is easy for you to apologize, but it is hard for me to forgive and so much harder to forget. Ya Allah...help me to be someone who always forgive others.

And help me to be someone who always asking forgiveness from You, of course!

Sunday, October 16, 2011

Takde Life!

Orang slalu cakap budak medik ni takde life! Isy....ye ke?

1
Orang cakap
Budak medik ni asyik study je...Mana ada masa nak keluar.

Pra-klinikal
Eh? Tak busy pun. Boleh je keluar tiap-tiap hari pun?

Dah masuk klinikal
Okay~ Memang suntuk masa. Terkejar-kejar nak study lecture dan re-study topik praklinikal

2
Orang cakap
Budak medik ni muka semua serius!

Pra-klinikal
Haha...aku ni tiap-tiap masa bergelak ketawa.

Dah masuk klinikal
Okay, we're not allowed to laugh (sometimes even smile) when patients are in the room coz it's rude to do so! No wonder semua jadi doktor serius!

3
Orang cakap
Budak medik ni xde life!

Pra-klinikal
Huh? Kitorang ni hang out, bowling, movies, shopping dan macam-macam. Ape plak xde life nye?

Dah masuk klinikal
Okay...bila aku boleh keluar ni eh? Hurm~


Okay, patutlah doktor-doktor nampak pendiam dan matang. Rupanya doktor-doktor dilatih untuk jadi pendengar, bukan pencakap.

Doktor-doktor dilatih untuk tidak ketawa dan senyum sinis di hadapan pesakit sebab itu dianggap kurang ajar. Patutlah doktor-doktor nampak serius!

Dulu, I always wonder why doctors are so serious and quiet. But, when I am in training and learning to be one, now I know why! It's about medical ethics!


p/s : Boleh ke aku yang riuh ni jadi pendiam? Haha...x logik ah!

Monday, October 10, 2011

Please Don't LIKE Surgery

Rasa agak stress bila ramai orang cakap,

"Malangnya kalau ambil surgery dulu sebab kalau nak surgery better ambil internal med dulu"

Ada juga yang cakap macam ni...

"Siapa ambil internal med selepas ambil surgery cuma sia-sia je~"

Okay, ayat kedua tu memang agak offensive dan cukup menyinggung perasaan. Cuma orang yang tidak berhati perut je tergamak cakap macam tu.

Tadi Dr. Ayman, coordinator untuk Head & Neck Surgery masuk dalam kelas. Dia bagi semangat dan support sikit untuk kami-kami yang ambil surgery dulu ni ha...


Put yourself in tough/stress situation!
I will ask you question more difficult day by days to put you into stress. Then when you're in stress, I will give you an easy question to see whether you can cope the stress or not.

Ha...lebih kurang macam tu lah. Dia cakap, surgeon ni kena biasakan diri bekerja dalam keadaan stress. Betul juga kata dia, takkanlah nak cari keadaan yang betul-betul sunyi, air conditioned baru boleh belajar kan? Kenalah letak diri dalam keadaan stress. Jadi, anggaplah kata-kata orang tu sebagai ngiauan kucing jua seadanya.

Jadi, ambil surgery dahulu sebelum int med ni bukan bermaksud sia-sia, apatah lagi malang. Malah, cabaran lebih hebat untuk kami..Allah beri ujian setanding dengan kemampuan hambaNya, jadi mesti kami ni mampu! InshaAllah~


Don't like Surgery, but LOVE surgery!
Betul juga apa yang doktor tu cakap...Iyalah, sebagai contoh, Does person you like also means she is the person you love?
But if you love someone, it also means that you like her right? Ha....

'Like' tak semestinya 'love', tapi 'love' semestinya 'like'!


Kesimpulan...
Please don't like surgery, but LOVE surgery!

Sunday, October 9, 2011

Have A Little Faith

Distances do not ruin relationship, but doubts do!
Have faith, be loyal and honest!

Okay, jangan jiwang-jiwang sangatlah! Pergi revise lecture tu hah! Kalau prof tanya mulalah tak dapat jawab!

Saturday, October 8, 2011

Blurred~

Orientation should be made to make students understand the clinical situations. Definition of orientation..."an adjustment or adaptation to new environment, situation, custom or set of ideas."

But.....

What is ILA? TBL ?

Still don't get it! I know what each letter stands for, but have no idea what we should do or where we should be during those TBL or ILA session.


Don't know where classes will be held, can't find our class, then being late and as the result, we'll be scolded severely by professors.


But please have some patience, Khairi (or mocking like you have it!)...The timetables still do not come out yet. After getting those, inshaAllah everything will be fine! Adaptation takes time!


Feel so sorry for those who returning Egypt late and missed the orientation session, they're absolutely digging their own grave! (or may be not :P)....Hope they won't be "blurred" on their first day like I did.


p/s : Was I made the first step into the clinical year with the wrong foot?

Friday, October 7, 2011

Doctors In the Making

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana tanpa izin dari-Nya, tak mungkin kita boleh sampai ke tahun klinikal ini. Macam biasalah, tahun baru mestilah ada azam baru. Perasaan bercampur baur tetapi yang pasti rasa teruja ini melebihi rasa gementar aku.


Seperti Pelajar Baru
Perasaan ini datang lagi. Perasaan yang sama bila aku mula-mula sampai di Alex ketika di tahun pertama dulu. Perasaan yang tak boleh digambarkan dan tak dapat diekspress ke dalam bentuk kata-kata.

Kini semuanya seakan kembali seperti asal ; ketika mula-mula masuk tahun 1 dulu. Waktu tu ada kami kanak-kanak (tahun 1), senior tahun 2 dan senior tahun 3 yang semuanya di tahun teoretikal dan belajar di bangunan yang sama. Sekarang, menjadi seperti dahulu, bezanya cuma kami belajar di tahun klinikal.


Guruh dan Gentar
Agak gementar bila senior-senior kata bahawa tahun klinikal ini sangat susah. Susah nak dapat markah, susah nak ikut dan belajar dan beberapa perkara lain lagi yang susah-susah.
Sangat gemuruh bila senior-senior kata yang doktor-doktor tahun klinikal ni garang-garang, dan semuanya kedekut markah.


Azam
Macam biasalah, tiap-tiap semester pun sama ; ingin belajar lebih tekun dari sebelum ni. Tercapai atau tidak, itu perkara kedua sebab tanpa azam, tiadalah hala tuju! Lepas tu, aku nak belajar bahasa arab. Mahu belajar semula apa yang telah dipelajari dalam tahun teoretikal dulu.


Kesimpulan
Bersyukur! Allah dah beri peluang dan rezeki untuk aku masuk tahun klinikal, jadi tak bolehlah aku abaikan peluang tu. Mestilah manfaatkan rezeki itu ke jalan Allah juga. Bagaimana? Belajar dengan tekunlah! Semoga kita semua menjadi lebih rajin selepas ni. Salam~

p/s : Watch out! Doctors of 2014 are in the making!

Saturday, October 1, 2011

"Perangai kau pun bukannya baik sangat..."

Hamboih, bertubi-tubi post aku tulis ni ha...Suka hati lah kan. Kalau nak baca, baca lah. Kalau tak suka, pergi baca blog lain yang lebih berilmiah dan berpengajaran.

Semalam, kakak aku buka akaun facebooknya yang baru sahaja dibuat. Masih lagi mencari-cari kenalan untuk ditambah (add). Kakak pun pergi ke pautan "People you may know". Dan di situ ada lah profil-profil kawan aku sekali. Dan akak aku tertarik dengan seorang ni, dan akak aku perasan yang aku ni "mutual friend" budak ni.

Akak : Adik, cantiknya budak perempuan ni. Kawan kau ke ni? Kawan facebook kau ye?

Aku : Ha'ah, kawan aku. Kenapa?

Kakak : Cantik lah budak ni. Kau tak nak dekat dia ke? Akak berkenan tengok dia ni. (cakap dalam nada berseloroh, tidak serius)

Aku : Tak nak lah, kak. Dia memanglah cantik tapi perangai dia tak berapa bagus. Cantik paras tapi budi tak cantik buat apa.

Kemudian, akak aku "smash" sekali....

Akak : Alah, perangai kau tu pun bukannya baik sangat. Jangan lah nak memilih!

Waduh~ Itulah, kita tak boleh cari yang sempurna kalau kita sendiri pun tak sempurna. Kalau paras tak cantik, tak semestinya budi pun begitu. Kalau dia tidak berapa baik, itu tugas kita lah (lelaki) untuk bimbing dia untuk jadi baik. Cermin lah diri dulu kan?

Kita ni hensem sangat ke nak memilih orang cantik?
Kita ni berpekerti sangat ke nak memilih orang baik?
Kita ni berilmu sangat ke nak pilih orang pandai?
Kita ni matang sangat ke sampai tolak orang yang berperangai kebudak-budakan?
Kita ni sempurna sangat ke nak demand orang yang pandai masak lah, apa lah?

Okay, sangat terasa dengan kata-kata akak aku. Tapi kata dia tu ada benarnya. Jadi kesimpulannya, jangan lah memilih sangat dan jangan cepat menilai orang!


p/s : Memilih boleh, tapi jangan melampau sangat

Friday, September 30, 2011

Awas, Anda Mungkin Tidak Normal!

I logged in my facebook account and saw a picture posted by Dr. Aziz Marwan.

Okay, semester lepas baru je belajar psychology and human behavior. Dan sekarang, saya masih tak tahu nak jawab soalan ni.

Kawan-kawan please~

Inferior

Buka blog kawan-kawan, baca Alexmed, memang aku lihat ramai kawan aku yang telah pun buat attachment. Rasa seronok bila baca pengalaman mereka. Tapi aku ni masih lagi belum buat attachment walaupun sudah tiga tahun berturut-turut aku pulang ke Malaysia.

Lepas tu bila dapat result, aku tengok keputusan aku kali ni memang jatuh. Keputusan memang agak tidak memuaskan. Lulus tu memanglah lulus, tapi sekurang-kurangnya aku mahu juga tengok huruf A tu banyak sikit. Ni huruf C yang yang ada. Memang rasa macam diri ni bodoh sangat.

Orang kata, kalau nak masuk tahun klinikal ni, teori kena "kuat". Sebab tu seelok-eloknya buat attachment supaya tak lupa apa yang kita telah belajar dan dapat lihat applikasi teori itu secara klinikal. Tapi aku ni dah lah teori pun banyak yang dah lupa, cuti kali ni tak buat revision langsung, attachment pun tak buat. Jadi, macam mana nak masuk tahun klinikal ni? Boleh ke go on?

Lagi satu benda yang aku amat risau ialah bahasa arab. Tahun klinikal ni kena pandai bahasa Arab terutamanya ammiah. Aku ni dah lah tak pandai bahasa arab, macam mana nak ambil history patient dan bercakap dengan pesakit nanti?

Sangat rasa down dan rendah diri. Memang rasa seronok sebab dapat masuk tahun klinikal, tapi memang banyak benda yang lemah.

1) Teori tak kuat, benda yang aku belajar pun tak ingat sangat. Cuti pun tak revise semula.
2) Tak pernah buat attachment. Jadi tak tahu applikasi teori dalam klinikal sangat.
3) Tak pandai bahasa arab. Susah nak bercakap dengan pesakit.


p/s : Kena kuatkan semangat. Setiap masalah tentu ada penyelesaiannya.

Tuesday, September 27, 2011

Ooo...Macam Ni Rupanya Orang JPJ

Okay, tak nak tulis semua benda. Tulis pun gua panas. Aiceh~ Tadi test lesen memandu dengan JPJ.

Naik bukit first time aku fail, buat kali kedua pun fail. Lepas tu orang JPJ tu marah aku. Dia panggil aku bodoh, tunggul kayu, buta tuli semua keluar. Kalau aku dah fail tu, fail kan je lah. Tak yah la nak marah-marah. Dah la cakap orang sesedap hati. Mungkin dia tak sedar yang kata-kata tu satu doa, dan doa yang buruk akan kembali semula pada dia. Last-last nanti dia yang jadi bodoh balik. Ha....Biarkan!

Apa faktor fail? Bukan sebab aku tak reti or tak ingat. Tapi KLAC kereta lain-lain. Kereta yang aku selalu guna klac dia pendek, lepas sikit dah jalan. Ni klac panjang, lepas banyak pun tak jalan-jalan. Konpius aku.

Lepas tu test jalan raya. Alhamdulillah, okay la walaupun kat simpang (SETIAP SIMPANG) bagi aku fail sebab selalu salah masuk dan hilang kawalan steering. Dan nasib baik jugak lah Puan JPJ perempuan yang duduk kat sebelah aku tu okay orangnya. Tak marah-marah, siap bagi aku tips dan tunjuk ajar lagi.

Sangat bengang dengan JPJ laki tu, tapi sangat hormat akak JPJ perempuan tu. Kalau nak marah, marah je la tanpa menggunakan bahasa kesat. Contohnya, "awak ni tak reti-reti lagi ke?", "Awak ni belajar ke tak?"...ha...kan manis kalau marah tak menggunakan bahasa macam BAHLOL, BODOH semua tu. Lagipun kalau orang sakit hati, dosa dia sebab menyakitkan hati tu tak kan terampun kalau tak minta maaf dari orang yang disakiti. Allah cuma boleh memaafkan dosa kita dengan Allah, tapi dosa sesama manusia, sendiri mau ingatlah.


Hidup umpama roda, mana tahu bila kita dah tua nanti orang pulak jerkah kita kan. Mana tahu kot-kot kalau kita sakit datang jumpa doktor, tapi doktor pulak jerkah kita kan? "Bodoh la kau ni, kesihatan sendiri pun tak pandai jaga. Sengal nak mampus!" Okay, saya tak mahu jadi doktor macam tu. Saya doktor baik. :P


Okay, lepas tu cikgu aku marah aku sebab aku sebut "pakej lulus". Secara jujur, aku tak tahu yang menyebut "pakej lulus" itu salah di sisi undang-undang JPJ. Tak faham kenapa. Tak tahulah kalau pakej lulus tu sebenarnya duit rasuah "kalau nak lulus kena bayar lebih" kan? Wallahu'alam...


p/s : Nasib baik lulus. Kalau tak, tak berbaloi kena marah tapi tak lulus. Alang-alang fail, baik aku marah pegawai tu balik.

Sunday, September 25, 2011

Tak Sempat??

Haih~ Walaupun bercuti di Malaysia ni CUMA 2 bulan JE, tapi macam-macam benda berlaku kat Malaysia ni. Biasalah, masa memang pantas berlalu.

Baru-baru ni, abang aku ada bincang dengan abah yang dia nak kahwin. Alhamdulillah, kami sekeluarga pun tumpang gembira. Tapi malangnya, dia cadang nak kahwin dalam range bulan 12 ni hingga bulan 3 tahun depan. Jadi, aku sedih sikit lah.

Sedih kalau tak sempat tengok abang sendiri berkahwin. Iya lah kan, siapa tak sedih bila abang sendiri naik pelamin, kita pulak tak dapat pulang ke tanah air sebab menimba ilmu. Kalau boleh, nak jugak tengok abang kandung sendiri berkahwin.

Lagipun, kali terakhir aku sempat melihat walimatulurus di rumah sendiri ialah bila akak aku yang ketiga berkahwin. Itupun waktu aku berada di tingkatan dua. Waktu tu manalah faham lagi benda-benda macam ni. Jadi, tak best sangat lah. Ni abang aku je yang belum kahwin, jadi aku harap sangatlah yang aku dapat tengok majlis kahwin abang aku ni.

Takkanlah abang aku kena tunggu aku balik ke Malaysia dulu baru boleh kahwin? Tak adil lah macam tu. Tak apalah abang, semoga abang berbahagia hingga ke akhir hayat. Sob Sob...Aiceh~

p/s : Semua adik beradik yang lebih tua dari aku dah berkahwin dan akan berkahwin tak lama lagi. Tapi aku tak nak kahwin waktu belajar, nak pengalaman kerja dulu. Muahaha

Friday, September 23, 2011

Allah Knows Best

Ada suatu pagi, aku bangun. Perkara pertama yang aku fikir selepas bangun dari tidur tu ialah....."pulang ke Iskandariah".

Aku tak faham. Aku sebelum ni sibuk nak balik Malaysia, nak berada di sini lebih lama. Tapi entah mengapa, jauh di sudut hati timbul pula rasa sayu. Rasa ingin kembali semula ke Iskandariah. Biarlah walau terpaksa menghadapi sikap kasar orang arab, yang penting aku dapat pulang.

Apa yang membuatkan aku teringatkan Iskandariah?
Masalah di Malaysia? Isy, setakat masalah kecik macam tu takkan lah terus aku nak tinggalkan Malaysia?

Rindu kawan-kawan? Haih~ Kat Malaysia ni pun boleh je jumpa kawan-kawan. Hari tu pun jumpa Faezs Salleh kat Kuala Terengganu. Kiranya, nak kata rindu kawan di Mesir tu, tak ada lah sangat.

Tak sabar nak belajar? Isy, orang pemalas macam aku ni tak logik pula kalau dikatakan tak sabar nak belajar.

Tak tahu apa sebabnya. Rindukan Iskandariah? Ya! Tapi mengapa? Iskandariah bagus?
Mengapa aku rindukan Iskandariah sedangkan aku selalu sakit hati dengan orang arab?

Tak tahu kenapa. I don't know but I'm sure Allah knows~

Allah knows best~

p/s : Kita lebih tahu diri kita dari orang lain. Allah lebih tahu tentang diri kita dari kita sendiri.

Wednesday, September 21, 2011

Bukan Lesen Memandu Komputer

Entah hape-hape tajuk aku tulis ni. Okay, saje nak tunjuk eksyen sikit kat kawan-kawan yang aku ni ambik lesen cuti ni. Okay, harap maklum. Ini bukan lesen ujian memandu komputer bersepadu ICDL. Ini lesen betul-betul kelas D punya. Aiceh.....

Aku ambil kelas special yang tak de lah special mana pun. Kiranya pakej lulus la...Ada 10 jam belajar sebelum ujian kelayakan.

Hari pertama (2 jam)
Lesson : Tahu masuk gear, tahu start enjin, tahu signal, lampu kecemasan bla bla bla dan bla lagi.
Aku : Tak belajar kereta auto, jadi susah sikit. Asal aku lepas klac je, enjin mesti mati. Asal enjin mati je aku lepas klac. haha...Sampai aku give up la sikit-sikit.
Cikgu : Mula-mula cikgu stress dengan aku sebab kereta asyik mati. Tapi lepas tu, beliau sangat berpuas hati dengan aku. Hahaha,...nama beliau ialah cikgu Mie.


Hari kedua (2 jam)
Lesson : Tekan minyak, pusing-pusing stereng, memandu dalam hujan, tukar-tukar gear, reverse
Aku : Mule-mule macam terror sekejap, lepas kena puji terus nak langgar board kat bahu jalan.
Cikgu : Asyik berborak dengan aku tanya pasal Mesir. Tanya pasal rusuhan lah, universiti lah, itu lah ini lah. Sampai aku hilang fokus!


Hari ketiga ( 2 jam)
Lesson : Parking biasa, parking 3 penjuru, bukit
Aku : Susah giler...Lambat aku belajar kali ni. Sampai berpeluh sakan, nak nangis pun ada. Sampai banyak kali jugak lah terlanggar pembahagi jalan. Sampai kena sambung hari seterusnya.
Cikgu : Tak henti-henti marah aku. Memang hari tu dia marah aku sakan. Dua hari sebelumnya nampak baik je.


Hari keempat (4 jam)
Lesson : Sambung buat parking dan bukit, JALAN RAYA

Aku : Memula buat parking dan bukit tu dah terror sikit sebab dah berlatih awal-awal. Lepas tu tetibe je cikgu bawak aku ke tengah jalan raya and then dia cakap, "hah, bawak lah!"

Atas jalan raya : Tak leh bawak laju-laju, tukar gear pun sekat-sekat lagi, masuk simpang semput-semput. Terkejut bila lori besar berduyun-duyun potong aku sebab aku lambat sangat. Dan aku hampir terlanggar sebuah kereta dari arah depan sebab gagal kawal stereng. haha~

Cikgu : Sekejap marah sekejap okay. Lepas tu, tetibe suruh aku add facebook dia. Haha..Pape lah cikgu.


Kesimpulan : Benda lain semua dah okay kot tapi aku cuma masih lagi tak pandai nak masuk simpang.

p/s : Post bersambung....

Nak Balik Alex~!

Sangat bengang dengan seseorang
Dengan siapa? Alah, baca lah post sebelum ni.
Nak kutuk lebih kaw-kaw dalam blog ni....

Tapi post sebelum ni pun dah cukup kaw dah
Lagipun berdosa pulak tulis benda buruk pasal orang yang dah sediakala buruk ni

Kalau ikut hati yang panas ni, macam-macam boleh buat
Tapi mengenangkan dia tu ada kaitan dengan kita je

Lantak kau lah...kau tak puas hati sangat dengan aku
Aku kat Malaysia ni beberapa hari ni je,
Lepas tu oleh lah kau hidup dengan aman dan tenang bila aku balik Alex esok.

Saturday, July 30, 2011

Oleh-oleh

Waduh, tarikh flight dah dekat tapi oleh-oleh tak beli lagi. Bertambah lagi rasa bersalah bila ramai kawan yang aku tak berapa kenal pun, tapi suruh bawak balik untuk diorang jugak.

Lepas tu ada sepupu jauh, boleh kata bau-bau taik jugak la..Eh, silap. Bau-bau bacang jugak la...Dia minta bawa balik tudung untuk dia. Jadi, aku macam peliklah. Sedangkan family yang agak rapat pun ada aku tak bawak balik, inikan pulak aku nak bawak hadiah untuk dia yang entah siapa-siapa tu. Haih~


Duit pun dah kehabisan sebab pergi Dream Park. Ni pun rasanya tak sempat nak beli oleh-oleh. Tak sempat dari segi duit. Lalala~Nanti mesti anak-anak saudara yang melambak tu kerumun aku nanti. Haih..Susah betul menjadi seorang ammu nih.

Okay lah..Semoga aku dapat balik Malaysia dengan tenang. Amin~

Wednesday, July 27, 2011

Ada Masalah?

Bila aku yg lelaki ni jalan dengan budak-budak perempuan
- eh, x baik lah. Ikhtilat ni~

okay~

Bila aku jalan dengan kawan-kawan lelaki
- eh, lain macam je? ada apa-apa ke?

Bila aku jalan dengan senior
- sejak bila jadi adik angkat ni?

Bila aku jalan sorang-sorang
- kera sumbang!

Bila aku tak berjalan
- pemalas!

p/s : Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang!

ni yg nak kena ni

Monday, July 25, 2011

Belum Lagi!

Alhamdulillah, selesai sudah exam di Sem 6. Rasa macam nak menjerit sekuat-kuat hati. Tapi suara plak serak tak boleh jerit kuat-kuat. Lagipun malu nak jerit dengan kawan-kawan. Tak pe ah, balik nanti jerit tekup dengan bantal.

Tadi ramai yang kata, "Selamat tinggal Mowassah!". Selamat tinggal tahun teoritikal dan ayat-ayat yang sewaktu dengannya. 4th year, clinical year, here I'm coming~!!! Amboih, budget je. Haha...

Entah la..Tapi bagi aku,

Selagi aku tak dapat result, selagi tu aku tak rasa dah nak naik 4th year!

Bila aku cakap macam ni, ada yang cakap, "eh, nape cakap cmtu? Nak fail sangat ke? Jangan lah mintak macam tu!"

Haih~ Bukannya mintak macam tu. Sesiapa pun tak nak fail exam. Cuma apa yang aku boleh cakap, aku tak tahu result aku tu macam mana. Bagus ke tidak, lulus ke gagal, boleh masuk 4th year ke tidak. Aku tak yakin nak cakap yang aku dah nak masuk 4th year selagi tak keluar result.

Sekarang, usaha sudah. Jadi sekarang cuma kena berserah kepada Allah SWT. Secara jujur, aku bimbang dengan subjek Anatomy dan Pharmacology. Lagi satu, bila fikir balik, apa je sangat yang aku belajar dan aku masih ingat sampai sekarang? Aku rasa macam most of everything I've learned aku lupa macam tu je. Macam tak layak je rasanya diri ni nak masuk tahun klinikal.

Balik Malaysia ni, kena study balik sikit-sikit. Selagi aku tak nampak result exam, selagi tu aku tak berani jamin yang aku dapat masuk 4th year tahun depan. =(

p/s : Bukan meminta benda yang tak elok, cuma tak berani jamin

Saturday, July 16, 2011

Antara Kawan Dan Study

Menulis boleh lepaskan rasa stress. Jadi, tolong jangan tanya kenapa aku hyperaktif sangat update blog. Semua tu nak lepaskan stress ye kawan-kawan. Kalau tak baca pun tak apa, lagipun kesian kat orang yang bukak blog ni bagaikan terpaksa baca setiap post yang baru siap ditulis.


Pernah tak kadang-kadang kita berasa yang kita dalam dilemma?
Tak tahu samada patut memilih kawan atau pun pelajaran.
Contoh, kawan ajak keluar sedangkan exam cuma dua tiga hari lagi
Kita rasa serba salah

Kalau tak keluar, nanti apa pula kawan-kawan kata
Kalau keluar, takut tak sempat nak habiskan ulangkaji pulak

Kalau kita beri alasan untuk study, kawan-kawan boleh jawab


"Ala...Tujuan kita keluar ni untuk lepaskan stress lah!"
Sedangkan jadi lebih stress sebab tangguh ulangkaji dengan keluar


"Lepas ni pun boleh study"
Sedangkan cara study kita berbeza. Ada yang study laju, ada yang perlahan



"Kau ni tak support kawan la.."
Kalau fail exam, kawan support kita tak dengan pulang awal bersama-sama waktu summer? Last-last balik sorang juga kan? Cuma boleh support dari jauh.


Dan pelbagai lagi jawapan yang akan kawan berikan kalau kita tak nak hang out dan memilih untuk study. Kita rasa bersalah kalau tak ikut kawan, dan kita rasa menyesal kalau kita keluar. Pernah tak rasa macam tu?

Kemudian, bila kita dah keluar, dan masa tak mencukupi untuk habiskan ulangkaji, kawan cuma boleh cakap...

"Eh, kenapa kau keluar jugak dengan kitorang hari tu? Ko boleh je tolak, kitorang bukannya paksa pun. So, jangan nak salah kan kitorang plak"

Isy, bukannya nak salahkan sesiapa. Tapi, faham tak yang kita ni ada perasaan MUDAH RASA BERSALAH? Memang kita boleh tolak, memang tak ada orang paksa, tapi perasaan serba salah tu yang mengganggu fikiran!

Susah cari kawan yang membantu
Ramai kawan yang membantut
Lebih baik cari kawan yang membatu

p/s : Aku tak pandai, aku ambil masa yang lama untuk faham sesuatu topik. Dan sekarang, banyak lagi aku tak habis baca. =(

Tanpa kawan, siapalah aku. Tanpa ilmu, hinanya aku!

Saturday, July 9, 2011

Jika Kamu Dibelenggu Kemalasan Untuk Belajar...

Jika kawan-kawan rasa begitu berat dan malas untuk mula buka buku dan belajar, cepat-cepat sebut lafaz isti'azah

"Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam"


Walaupun ini bukanlah ayat Al-Quran, tapi ia tetap lafaz yang mempunyai kedudukan yang tinggi kerana lafaz ini diajar oleh malaikat Jibrail kepada Rasulullah SAW untuk dibaca sebelum mula membaca Al-Quran.


Sesungguhnya syaitan itu memang tak suka kita buat ibadah.
Belajar itu satu ibadah.
Jadi, jika rasa malas mula muncul, cepat-cepat baca lafaz isti'azah.


p/s : Good luck kawan-kawan! 4 down, 6 more to go!
Jangan malas study pharmacology!

Tuesday, July 5, 2011

Langkah Terhenti

Tadi result exam midterm reproductive keluar....Macam biasa lah, tak ada apa yang boleh dibanggakan, tetapi banyak benda yang boleh ditangiskan.


Pathology cuma dapat 5 dari 10.

Tapi itu tak apa lagi, sebab next exam paper patho boleh buat betul-betul. Struggle untuk lulus.

Tapi yang sedihnya ANATOMY

cuma 4 dari berapa soalan ntah...

Campur exam endocrine yang aku dapat 1 betul dari 4, baru jadi 5.

Markah anatomy midterm yang aku bawa untuk dicampur dengan markah final cuma LIMA!


Sedih. Sangat sedih. Kalau pathology, boleh la budget markah ke apa, boleh baiki kesilapan lagi sebab untuk exam final ni.
Tapi anatomy? Exam anatomy dah berlalu, memang tak boleh nak diperbetulkan lagi.
Tak tahu lah macam mana result anatomy aku ni nanti. Bimbang kalau fail lagi.
Cukup ke nak lulus dengan berbekal kan lima markah je midterm?


Kaki longlai, jantung terhenti berdegup. Terbayang-bayang suasana summer di Alexandria pada bulan September. Terfikir berapa duit yang bakal keluar untuk tukar tarikh tiket pulang. =(

p/s : Menangis air mata darah pun, bukan boleh buat apa.

Sunday, July 3, 2011

Dah Fikir Lain Dah

Yeay! Balik Malaysia ni tak boring sebab akan bekerja.
Nak tolong akak jual kuih-muih kat bazaar Ramadhan.
Sementara tunggu buka puasa, boleh gak curi-curi makan kuih kat belakang van.
Haha...


Kakak nak ambik tempahan buat biskut raya,
Aku pun nak tumpang menyibuk la tolong. Tolong tengok dan tolong rasa.
Orang yang tolong tengok dan tolong rasa ni penting ye peranan dia.
Kena awasi kot-kot la ada serangga perosak masuk dalam adunan kuih
Kena rasa biskut tu sebelum packing. Manalah tau kot-kot tak sedap.


Anak-anak sedara mintak aku bawak balik ole-ole dari Mesir. Aku nak bawak ape eh?
Nak bawak unta ke piramid eh? Ala...Mumia pun boleh la~ Haih..Habis duit aku.
Anak sedara je ada 4+4+3 orang, campur 2 orang adik jadi 13.
Ok, ni ayie/abang chik dah bawa balik hadiah, kiranya raya nanti "no duit raya" okay? hahah
kena bawak 13 hadiah utk 11 anak saudara dan 2 adik
Tu belum anak sendiri lagi. Alahai..


Kalau hok halus je mintok takpe, ni hok besor pong nok gop. Korok mu! Habih duit ak.
Tapi sebab sayang kan, beli je la..Tapi nanti kat Msia kena bayar la balik, Hahah..Kantoi tak iklas.
Beli hadiah untuk mak cik bedah, mak cik tu, mak cik ni...lalala


Kawan-kawan pun mintak bawak balik keychain la..,souvenier la...ape la..
Padahal kawan tak rapat pun, sebelum aku pergi oversea sepatah haram tak tegur aku,
Bila dah gi oversea baru lah terkinja-kinja tergedik-gedik mintak macam-macam dari aku..huh~!


Hahah...Nanti aku nak bawak balik kurma bagi kawan-kawan yang tak rapat tu makan
Lepas tu nak cakap...

"Manis tak kurma ini?"
Manis? Tapi sayangnya perangai kamu tak berapa manis~


Ok, akak aku tanya lagi raya ni nak pakai baju warna apa. Sebab dia nak tempah cepat-cepat. Haih...Tu baru raya, belum kawen lagi. Kalau aku kawen agak-agak mesti dia selalu telefon cakap,

"Dik, kau nak kawen ni pakai baju warna apa? Akak nak tempah siap-siap ni" Haha...


Ok, patik telah memutuskan bahawasanya raya kali ni patik nak pakai baju warna olen. Lalala...olen~ Siapa nak pakai warna olen jugak sedondon dengan saya, silakan. Tapi sampin saya warna hitam je. Nanti kita match sama-sama. Ngahaha~

Itu pun kalau umur aku panjang dan sempat beraya tahun ni. Manalah tahu kot-kot ajal sampai sebelum raya. Ah sudah~ touching plak!

Ok, benda-benda tu semua letak tepi. Yang fenting sekarang ialah study untuk exam. OK?

Ok la..good luck kekawan. Salam~