Thursday, January 20, 2011

Berpatah Balik

Hari tu aku dan beberapa rakan yang lain makan di KSP ramai-ramai. Kami bergelak ketawa, berborak kosong dan bercakap benda yang kurang berfaedah. Ruang makan bilik kaca KSP itu seolah-olah seperti dipenuhi dengan hilai tawa kami. Cukup bising dan gamat.

Ramai yang keluar dan masuk dari ruang makan itu untuk mengambil nasi dan lauk pauk. Mereka semua pun tentu meluat mendengar suara kami. Maklumlah, suara kami cukup kuat dan boleh mengganggu orang sekeliling. Ramai di situ yang memandang kami dengan pandangan sinis,tapi kami buat tidak peduli. Kami tetap bergurau senda dan ketawa.

Sehinggalah ada dua orang akhawat bertudung labuh ni masuk ke dalam bilik kaca itu, dan duduk di meja sebelah kami. Pada mulanya, kami terus berbual seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku. Kemudian, aku dapat lihat air muka kedua-dua akhawat tu berubah, mungkin rasa kurang selesa dengan suara kami yang kuat dan berbual benda mengarut. Mereka pun berpindah dari dalam bilik kaca itu ke meja kosong yang terdapat di luar bilik kaca.

Sedar akan hal itu, S, satu-satunya perempuan yang duduk semeja dengan kami yang tadi bergelak tawa terus senyap. Semua rakan yang lain di meja itu menjadi pelik termasuk aku.Aku fikir, mungkin dia segan dengan mereka kerana duduk semeja dengan kami yang lelaki ni. Lagipun memang nampak kurang manis kerana hanya dia seorang sahaja perempuan yang duduk dalam kalangan orang lelaki dan boleh berborak sekali.

Tindakan S yang tiba-tiba senyap membuat kami turut jadi diam. Aku bertanya kenapa, S cakap....

Macam mana nak jadi baik macam tu ye? Kalau boleh aku nak jadi macam mereka yang senyap, baik, bersopan santun, tak bercakap benda kosong, menundukkan pandangan dan menjaga pergaulan. Mereka nampak manis. Kalau boleh aku pun nak jadi baik macam tu.

Aku dan yang lain hanya diam. Memang apa yang S kata itu benar. S menyambung lagi.

Kalau aku nak berubah, mesti ramai orang pelik dan cakap aku hipokrit. Kalau aku yang bising ni tiba-tiba senyap, mesti orang kata aku buang tabiat. Kalau aku yang selama ni tak jaga pergaulan tiba-tiba jaga pergaulan dan tiba-tiba jauhkan diri dari budak laki, nanti mesti budak laki ramai terasa dengan aku terutamanya kawan rapat. Aku takut jika mereka fikir aku dah tak nak kawan dengan diorang. Sedangkan aku cuma nak menjaga pergaulan, bukan nak memutuskan talian persahabatan!

Panjang S menerangkannya kepada kami. S kata faktor sekeliling bagaikan menghalangnya untuk berpatah balik. Dalam erti kata lain, dia rasa dia dah tak boleh nak jadi baik. Aku pun terpaku di situ. Air teh o ais yang masih penuh di dalam cawan belum lagi aku minum. Terkesima, terdiam kerana apa yang S katakan tu memang benar. Aku pun turut terkena tempiasnya. Aku pun tak pandai menjaga pergaulan.

Kami memandang ke arah dua akhawat bertudung labuh itu tadi. Memang benar. Gaya mereka nampak lembut dan bersopan santun. Makanan disuap ke dalam mulut perlahan-lahan, makan tanpa bercakap benda lagha. Tidak seperti kami yang boleh bergurau senda gelak ketawa sambil makan. Apabila mereka menyedari yang mereka diperhati, kami mengalihkan pandangan. Bimbang jika mereka rasa tak selesa.

S yang tadi ceria dan banyak cakap jadi diam. S bangun dari meja dan pergi ke kaunter untuk bayar. S pulang terlebih dahulu meninggalkan kami yang masih berada di meja itu, yang masih berfikir mengenai perkara itu. Aku pun mengaku, kalau boleh aku pun nak jadi baik, nak jadi lelaki yang soleh. Dahulu waktu zaman sekolah aku agak berbeza, tak seperti sekarang.

Perangai aku di sini jauh berbeza dengan di sekolah dulu. Di sekolah aku sentiasa solat jemaah di surau walaupun solat subuh. Jarang sekali aku solat sendirian di dorm. Di sekolah sentiasa baca Al-Quran setiap kali solat dan sebelum tidur. Selalu berpuasa sunat isnin dan khamis. Setiap hari sebelum maghrib pergi ke surau lebih awal untuk tadarus. Sungguh manis waktu itu, bila kita menjaga dan membetulkan bacaan Al-Quran sesama sendiri.

Dulu aku tak pandai pakai pakaian mahal-mahal, tak pandai bergaya sangat, sentiasa bersederhana. Aku mula pakai seluar jeans pun selepas SPM. Dulu tak pernah keluar sekali dengan perempuan, maklumlah aku bersekolah di sekolah yang semua pelajarnya lelaki. Kalau nak tengok perempuan pun, cuma boleh tengok muka guru, penyelia asrama dan mak cik dewan makan. Mungkin bila tiba di sini, campur lelaki perempuan itu sesuatu yang baru barangkali. Tapi sekarang aku keluar dengan kawan-kawan geng handasah pun bukan dengan niat buruk. Cuma orang salah faham dan fikir bukan-bukan.

Sekarang ni solat banyak tertinggal, Quran pun jarang baca, solat jemaah aku tak jaga. Jauh berbeza dengan waktu sekolah dulu. Aku pun terfikir nak berpatah balik, tapi rasa kurang yakin. Macam S cakap, faktor sekeliling bagaikan menghalang aku untuk berpatah balik.

p/s : Mati tak mengenal usia. Baik berpatah balik sementara sempat. Tapi.....Boleh ke aku berpatah balik?

7 comments:

Anis Amirah Nawawi said...

tak perlu berpatah balik. cuma perlu buat penambahbaikan je. selagi masih bernafas, belum terlambat lagi nak...... :)

Abdullah said...

setuju ngn komen di atas

Zawani said...

salam...
setuju dgn anis amirah dan perubahn itu lakukanlah ia secara berperingkt2..insyAllah lama kelamaan kte akan jadi terbiasa.

nistigma... said...

segala yang da lepas...
jika kita bertaubat....
insyaALLAH semuaye terhapus..
Allah Maha Pengampun kan khairi..
erm....
bagusla kau ade perasaan sebegini...
tandaye ALLAH masih sayangkan kau sbb kau sudah nak ke arah 'hijrah' itu....
tinggal diri kita sendiri je now...
insyaALLAH khairi...
i know u can do it!
sama2 la kita saling tegur menegur ea kesilapan sesama kita...
masih sempat...jom sama2!:D

khairi malik said...

anis = terima kasih. fren forever yea

hasanin = setuju je? tak nak tambah apa-apa?

zawani = insyaAllah, akan saya cuba, terima kasih~

Pza Ngah said...

graf lengkung.- ust halim
myb this is ur turning point.

hari ni, sambil ke kuliah,
tetiba terpk ini:
jika x diletakkan hati dalam amalan,mana mungkin ikhlas kan hadir~

QalamNurani said...

Salam~
kalau nak berubah jangan takut orang lain "berbicara" akan "hijrah" yang kita hendak buat. kalu nak dengar cakap orang selalu (kritikan membina xpe je), maknanya xke mana la kita disebabkan orang tu. nak lakukan sesuatu kebaikan memang payah,banyak rintangan yang perlu ditempuhi. InnaAllah maa' sobirin ^_^