Monday, January 24, 2011

Tak Dijangka

Malang tak berbau. Tapi parasit berbau busuk. Memang dasar parasit! Habis jawab exam Parasitology tadi, keluar dewan terus rasa macam nak menjerit. Tapi aku tahan, nanti malu orang tengok. Behave ye kita sekalian~

Aku sangat tak menjangka yang dia boleh minta kita lukis parasit tu tadi. Arahan dia simple yet meaningful, haha...

Differentiate with illustrating diagrams

Puas aku fikir, apa yang aku patut lukis kat situ tadi. Morphology tu aku tahu lah sikit-sikit secara teori, tapi kalau main lukis berdasarkan teori nanti salah pula. Aku ingat nak tinggal kosong je soalan lukis melukis tu tadi. Tapi markah dia kalau setengah atau rubu' tak apa, tapi markah untuk bahagian lukis-lukis tu je dah 9 markah.

Ok, Aku ulang, SEMBILAN MARKAH, NINE MARKS,تسعة ,เก้า, NUEVE!!!

Huh, aku yang awal tadinya mencoret-coret jawapan sudah mula mencarut-carut sendirian. Terngiang-ngiang di telinga aku seakan ada suara yang cakap kat aku, "Hambik ko! Padan muka!"

Akhirnya, aku lukis je apa yang aku rasa nak lukis. Acanthamoeba aku lukis macam bentuk bintang, trypanosome macam bentuk kidney shape dan macam-macam lagi la. Untuk nampak lebih meriah, aku warnakan lukisan aku tu dengan pen berwarna yang aku bawa. Meriah gitu~ Kalau tak dapat markah untuk warna tu tak tahu la..

Past year questions tak ada pula dia minta suruh lukis parasit. Tak aci, patut la senior 4th year dan 5th year lulus parasit dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Histology yang memang subjek yang kena melukis pun tak minta kita lukis dalam exam. Sabar je la weyh~

Usaha sudah, sekarang kita cuma perlu tawakal. InsyaAllah, harap-harap semuanya baik belaka.
Kesimpulan,

Expect the worst, but hope for the best.

Huh? Macam terbalik je? Lantak ah, blog aku suka hati la aku nak tulis apa pun. Ok, lepas ni jangan sangka soalan microbiology ni mudah. Mungkin keluar soalan yang tak kita jangka juga. Jadi, berhati-hatilah!

Soalan microb aku jangkakan dia minta kita lukis endothrix ectothrix.

Soalan community medicine aku jangkakan dia suruh lukis graph (bukan sketch) epidemiology siap bagi kertas graf

Soalan human right aku jangkakan dia suruh lukis dan illustrate how to show human rights. Ngahaha~


p/s : Sesiapa yang bakal ambil SPM tahun ni, soalan Bahasa Melayu SPM 2011 sila jangkakan yang soalan esei untuk novel akan masuk SINOPSIS.
Jangan nak mimpi la masuk watak perwatakan ke, nilai murni ke, pengajaran ke apa ke. SINOPSIS ye! Kalau tak sinopsis pun, mungkin boleh masuk biodata pengarang!

8 comments:

Abdullah said...

suka la quote awak

"except the worse, but hope for the best"

Anonymous said...

nik
hahah nice2.. tahun ni keluar sinopsis... tapi aku dengar macam keluar biodata pengarang hoohoh

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

bukan ada ke soalan suh lukis dalam past year?... xpe kecik, what doesn't kill you makes you stronger....... and smarter

paahbaek said...

hahaha.adoi.next paper nnti pun microb :) tapi nasib baik la mid sem just mcq..final nnti hope xdak la susah :)

khairi malik said...

sanin = bukan except, expect!

nik = biodata pengarang kan?

anas = tahun lepas dy cakap draw whenever possible. yg ni memg possible ke tk kena lukis juga. huhu..tq for advicing me.

paah = gud luck~ bila final?

kain biru said...

erm,akak rase,
kalau soklan mcm tu,klu dye suh lukis,
n kite tak bape yakin dgn lukisan kite,
buat je due2,;mksdnye,lukis je yg termampu,then buat table bawah dye tuk differentiate.
inshaAllah,boleh dapat markah.

all the best for the next2 paper.
rabbuna yusahhil.

Anonymous said...

assalamualaikum,
entry yg serious kelakar but tepat sekali isinya. mmg xjangka nk kuar. mmg lps hbh exam tu geram gak ah, kalo tyme practical sah2 boleh jwb. tq... entry yg besh =]

khairi malik said...

akak kain biru = trima kasih akak.
for giving the tips and wishes.

anon = anon cuma geram, saya dah seram~ haih