Thursday, February 24, 2011

Hantu Tumpang Motor

Hari tu aku ade tulis yang aku baru je belajar motor. Bodoh-bodoh alang lagi dalam dunia permotoran ni. Haha..Jadi, aku balik ni pun practice la sekerap mungkin supaya tidak terjatuh di masa akan datang.

Ada satu malam hari tu, dah nak dekat pukul sepuluh da. Tetibe akak aku buat perangai mengada dia nak makan biskut pulak malam-malam buta nih. Lepas tu dia suruh aku pergi beli. Aku pun cakap la..

"Kedai semua nak tutup dah malam-malam macam ni!"

Lepas tu akak aku jawab ape tau?

" Ala..Ade kedai baru buka dekat dengan jalan nak pergi kubur tu. Kedai dia selalu tutup lewat!"

Aku terkejut dengar. What? Kedai baru bukak? DEKAT DENGAN KUBUR? AKU KENA PERGI BELI MALAM-MALAM MACAM NI? SORANG SORANG???!! Aku ajak anak sedara aku pergi sekali tapi mereka pemalas amat. Memang anak saudara tak leh diharap, jangan harap aku nak bagi duit raya dah lepas ni. Haha..

Aku pun pergi la kedai tu. Dalam perjalanan aku menyumpah sorang-sorang. Giler ape kedai bukak sebelah kubur. Ko dah tak de tempat lain ke nak bukak kedai? Kat kubur jugak ko nak bukak kedai kan>? Dah tu siapa nak beli kat kedai kau malam-malam macam ni? HANT*??!!

Gulp~ Apehal la aku tetibe terfikir pasal tu. Serta merta aku teringat kes pocong yang hangat kat kampung aku tak berapa lama dulu. Ok, aku tinggal di jengka empat. Untuk maklumat lebih lanjut tentang pocong di kampung aku (jengka 4) ni, sila klik di sini.

Pendek citer, aku pun sampai kedai tu. Kedai tu dah nak tutup, padahal akak aku kata kedai tu tutup lewat. "Awal tutup kedai?"

Mak cik kedai cakap, "Malam ni mengantuk awal".

Aku pun angguk je lah. Malas nak berborak banyak. Sebelum aku balik, mak cik tu cakap.

"Tak takut ke bawak motor sorang-sorang?"

Cis~ Kata-kata mak cik itu sungguh menduga keberanian aku. Hampeh betul. Nasib baik mak cik dah tua, kalau tak saya suruh mak cik teman saya balik rumah. Haha..Pastu aku pun balik.

Dalam perjalanan balik, dah nak dekat dengan rumah dah pun, aku nak pecut la kononnya. Lepas tu, bila aku tekan gear, tetibe motor aku jadi berat. Berat giler...Aku try bawak laju, tapi tetap lembap macam ade yang menumpang. Waktu tu memang aku tak berani pandang belakang la..Gile kau nak pandang belakang? Buatnya tetibe "dia" cakap 'hai' kat aku dengan taring panjang dan menyeringai aku nak jawap apa?

Bila nak masuk simpang rumah aku, aku pun nak tukar gear rendah. Tapi, bila aku tekan gear, tetibe motor aku terhenti. Berhenti sendiri! Ah sudah, kok ngapain sih? Waktu tu peluh jantan peluh betina semua keluar. Takut giler..Lepas tu, aku terperasan sesuatu kat motor aku. Kemudian, aku tergelak sendirian. Ngahaha...Aku pusing belakang, tengok tak ada pape pun. Tak ada pun hantu, pocong, or apa-apa.

Rupa-rupanya, waktu aku nak pecut tu, aku buat silap besar gajah!~ Aku nak masuk gear tinggi, tapi aku tertekan gear lebih rendah! Sebab tu motor rasa berat je. Bila kat simpang tu pulak aku already guna gear satu. Bila aku nak tukar gear lebih rendah, aku dah lepaskan semua gear sampai free gear dah. Tu yang tetibe berhenti sendiri tak boleh jalan tu.

ok, sekian sahaja cerita seram saya pada hari ni. Salam

p/s : Malu tidak berbau. haha~

5 comments:

Zawani said...

Ini bnyak tpengaruh citer hantu nih~huhu...=pp

Anis Amirah Nawawi said...

ngeng ! haha

h n f h f z said...

peluh jantan peluh betina..
adakah kau.........................

khairi malik said...

zawani = itu la pasal..haha

anis = haha..sengal plak aku..

abu = huh? jgn pk yg bukan2 eh~

syafiq yacob said...

waa. td almost accident motor.
cukup wat sy trauma. haha.