Friday, February 18, 2011

Rindu

Aku baru delete dua entri. Bukan sebab entri berunsurkan emosional atau bimbang menyinggung perasaan sesiapa, tapi kalau boleh aku cuma nak letak post berbahasa Melayu je kat blog ni. Post BI nak letak jugak, tapi sikit-sikit je lah kot.

Semenjak ada di Malaysia ni (padahal baru je balik Malaysia), aku rasa kosong. Aktiviti yang nak dibuat tu memang ada, tapi maksud aku; rasa kehilangan. Abah sengaja menimbulkan persoalan ni,

"Andai MARA bagi awak pilihan samada mahu menyambung pengajian yang selebihnya di Mesir atau di Malaysia, yang mana akan awak pilih?"

Aku jawab, "Tak kisah bah. Mana-mana pun ok je."

Lepas tu abah cakap, "Abah kalau boleh nak awak belajar kat Malaysia je. Kalau boleh, lepas ni jangan pergi Mesir dah!"

Terkejut bila dengar abah cakap macam tu. Sebelum ni, aku selalu merungut bila ada di Mesir. Sikit-sikit rasa nak balik Malaysia, sikit-sikit bengang dengan Arab Mesir. Pendek kata, rasa macam tak nak duduk Mesir. Tapi, bila aku dah ada di Malaysia ni, aku sangat rindukan Mesir. Baru perasan, selama ni aku tak tahu bersyukur.

Kalau ditakdirkan aku tidak lagi ke Mesir, aku akan rasa terkilan sebab "tak sempat ucap selamat tinggal" kat Mesir. Rasa rindu kawan-kawan di Alex. Dulu bila jumpa rasa menyampah, bila jauh sekarang rasa rindu pulak. Aku pun fikir, kalau belajar di Malaysia, agaknya dapat tak lagi kita berjumpa dengan kawan-kawan? Kalau jumpa pun seorang dua je gamaknya.

Secara jujur, AKU TAK TAHU APA YANG AKU RINDU sangat kat Mesir tu. Aku cuma boleh cakap, aku rindu suasana belajar di Mesir. Rindu berada dalam kelompok pelajar Melayu di Mesir. Bila di Mesir, di negara asing, hubungan sesama sendiri jadi rapat mungkin sebab kita jauh dari mak bapak. Tapi kalau di Malaysia, ramai saudara mara, ramai kenalan, membuatkan hubungan dengan rakan sekelas tidak begitu intim.

Post ni agak emosional dan membangkitkan rasa menyampah lagi nak muntah dalam kalangan pembaca. "Hek eleh, touching la plak post mamat ni!" Ok, anda dibenarkan untuk muntah di kawasan berdekatan asalkan tempiasnya tidak terkena komputer anda.

Maulidur rasul dah lepas. Cuma nak tulis sikit. Walaupun kita tak hidup dalam zaman rasulullah SAW, tapi kesannya jelas terasa. Kita tetap rindukan rasulullah. Tanpa baginda, siapalah kita hari ini.

Walau tidak dibasahi hujan, tempiasnya cukup menyegarkan
Walau bulan tidak di ribaan, namun cahayanya


p/s : Harap-harap tiket balik Mesir akan ada yang tanggung. AMIN~ Ngeh ngeh

4 comments:

hUr said...

RINDU MESIR JUGA. HRMM

khairi malik said...

semua pun rindu~

Anonymous said...

"dulu jumpa rasa menyampah" wth

ibrahemazamanzain said...

saya suka kata2 yang hijau last2 tuh! menyentuh!