Saturday, February 26, 2011

Usyar Baik Punya~

Sekarang aku ada kat cyber cafe. Maklumlah, rumah tidak ada internet. Susah untuk aku dapat tahu berita terkini. Tadi waktu mula-mula sampai, cc ni penuh dengan pelajar asrama. Hari ni hari sabtu, mereka boleh keluar outing. Itu yang ramai pergi cc tu.

Tapi, cari punya cari, aku dapat la tempat di sebelah sekumpulan budak perempuan ni. Diorang tu budak-budak asrama yang tengah berkumpul ramai-ramai di hadapan satu pc. Aku malas nak ambil tahu. Aku pun terus buka emel dan tidak dilupa, buka fesbuk!
Budak-budak perempuan sebelah aku ni bising betul. Rupa-rupanya diorang tengah tengok fesbuk sambil buka profil orang lain. Lepas tu gelak-gelak, bising jugak lah. Lepas tu ada salah seorang dari sekumpulan pelajar tu, sibuk tengok pc yang aku tengah guna sekarang. Lepas tu, aku curi-curi dengar la..

"Tengok kat part atas tu, atas profil pic!"

Aku pun malas nak fikir sebab aku fikir mereka tak kacau hidup aku pun. Tiba-tiba, satu notification datang dari fesbuk aku. Oh, ada friend request! Bila aku buka, aku tengok nama orang yang aku tak kenal. Aku tengok profil pic pula. Memang sah! Memang budak yang gune pc sebelah aku tadi.Rupanya tadi diorang sibuk dok usyar display name aku. Aku pun ignore dulu request tu.

Lepas tu diorang mengomel sesama diorang ; berbisik. Macam tak puas hati. Ah, lantak ah. Lepas tu diorang pun blah, balik asrama kot. Bila diorang dah blah, aku tengok mutual friends. Manalah tahu kalau ada orang aku kenal. Tapi cuma ada satu je mutual friend. Ceh, nak approve ke tak eh? Last-last aku approve la jugak. Tapi bukan senang aku nak approve orang aku tak kenal. Cewah~

Tapi aku pelik. Macam mana lah diorang tu boleh "add" orang sesuka hati aje? Kenapa tak add orang yang memang mereka kenal je? Ini tidak, orang yang tak dikenali pun habis dia add. Dia tak takut ke zaman cyber macam ni banyak penjenayah cyber yang curi identiti? Sudah lah tu, kalau ramai mutual friends tak apalah juga. Ini? Mutual friends pun dua tiga orang je. Ada kadang-kadang tu, mutual friends pun tak ada tapi terus add orang.

Alamak dik. Lepas ni tolonglah add orang yang adik kenal je. Approve pun appr0ve orang yang adik kenal je ye? Tapi tadi aku approve jugak la sebab kesian. Hahah! Bak kata nik taufik. Facebook friends are not our true friend. Lebih kurang macam tu lah kot.

Aku bukannya perasan yang orang ramai nak add aku. Demi Allah, tak terfikir pun macam tu. Tapi aku bimbang kalau kita terlibat dalam kes-kes yang tak diingini. Aku tahu, siapalah aku ni untuk orang kenal. Tapi kena pandai memilih kawan sebab kawan lebih banyak mempengaruhi hidup kita berbanding ahli keluarga sendiri. No doubt! Semoga kita dijauhi dari kes jenayah cyber. Amin~

p/s : Selalu rasa facebook ni tak selamat!

3 comments:

h n f h f z said...

facebook connecting people around the world and around you

Zawani said...

bukan saje fb, bnda2 lain yg bkaitan jugk bnyk yg xselmat dah. zaman skrg mcm2 org blh bt~
p/s: err,xsnggup kot biar mati anak, heheh..

khairi malik said...

abu = huh? ape ko merepek nih?

zawani = stuju~
heheh..biar mati adat, jgn mati anak.