Tuesday, March 15, 2011

Masalah Tiket Bhg 2

Dalam entri yang lepas, ada aku beritahu yang aku sepatutnya naik flight kedua terawal ke Mesir. Tapi disebabkan oleh masalah pasport, aku terpaksa batalkan penerbangan aku pada hari tersebut. Ok, nak tahu bila tarikh penerbangan aku yang sebenarnya?

12 Mac 2011 !!

Tapi aku terpaksa batalkan. Nak minta tangguh? Tak boleh! Orang Mara tu dah cakap yang dia tak akan tukar dan masih terngiang-ngiang di telinga aku suara orang yang jawab call tu, "Siapa suruh tak refer kami dulu sebelum hantar pasport? Refer kawan buat apa? "

Aku cuba untuk call Mara untuk batalkan penerbangan aku, tapi tiada yang menjawab panggilan aku. Hari itu hari Sabtu (12 Mac), memang pejabat tutup. Tapi tak silap aku, talian hotline akan terus dibuka. Namun, sampai ke petang masih tiada jawapan. Aku buntu. Akhirnya, aku minta jasa baik kawan aku, Nadiah Izzati untuk memberitahu pegawai Mara akan masalah aku. Alhamdulillah, Nad sudi menolong aku dan memang aku berterima kasih tak terkira!

Penerbangan dah dibatalkan, bukan ditangguhkan. Jadi, sememangnya aku dah tak boleh nak balik dengan Mara gamaknya. Aku pun bercadang untuk beli tiket sendiri. Tapi abah halang. Abah cakap, nanti rugi kalau tak tunggu info-info terbaru. Manalah tahu kalau-kalau ada bantuan lain. Aku sampai bertekak dengan abah untuk beli tiket sendiri. Duit tu bukan masalah utama, masalahnya RUGI ! Er...What's the different then? Maksud aku rugi kalau dah beli tiket, lepas tu tup-tup ada pihak sudah tanggung tiket.

Beberapa hari kemudian, ada seorang dari pihak Yayasan Pahang telefon aku. Dia minta nombor telefon, nombor IC dan nombor pasport. Katanya, dia nak bantu aku. Aku pun pelik kenapa dia tiba-tiba call. Mana pula dia dapat nombor aku ni?

Kemudian, Ustaz Asri Mansor (timbalan YDP BKMIP) yang kutip pasport aku tu telefon aku. Ustaz cakap sebenarnya dia yang ceritakan masalah aku kat pihak yayasan Pahang, sebab tu pihak Yayasan Pahang tu cuba nak tolong aku. Aku rasa bersalah pula kat Ustaz Asri. Banyak dia dah tolong aku, sampaikan cerita masalah flight aku ni dia tahu A hingga Z. Semua masalah aku cerita kat ustaz Asri. Sedangkan kat Mesir dulu, dia minta tolong aku satu benda, tapi aku tak nak tolong. Haha..Hambik ko Khairi! Kan dah rasa bersalah gila~

Pihak Yayasan kata, hari Isnin dia akan call aku. Tapi hari ni dah hari Selasa. Aku cuba call nombor dia, tapi dia tak angkat. Busy agaknya. Aku pun dah putus asa, tapi abah suruh aku tunggu beberapa hari lagi. Aku nak beli tiket sendiri, nak guna duit sendiri. Tapi abah tak bagi! Haih~ Susah lah. Kalau langgar cakap abah, nanti jadi anak derhaka pulak aku.

Sekarang, aku tak tahu macam mana aku nak balik Mesir. Walau macam mana pun, aku dah terhutang budi banyak dengan Ustaz Asri.....dan Nadiah Izzati!

bersambung....................

4 comments:

Anis Amirah Nawawi said...

nasihat aku, dengar nasihat ayah kau. insyaAllah YP akan bantu kau. doa banyak2. jangan putus asa

Anonymous said...

like comment di atas

tanpa nama said...

like comment di atas

khairi malik said...

anis = terima kasih sebab nasihat
anon = saya pun like
tanpa nama = saya pun like