Thursday, March 17, 2011

Masalah Tiket Bhg 3

Tadi pergi pejabat Yayasan Pahang, ambil pasport. Yayasan Pahang tak dapat hantar aku pulang ke Mesir. Walaubagaimana pun, aku mungkin boleh tuntut semula duit (claim) dengan buat surat. Tapi itu letak tepi dulu. Nak claim tu, nanti pun boleh. Sekarang ni, nak cari tiket. Itu lebih penting!

Alhamdulillah, abah pun izinkan aku guna duit sendiri. Lalala...Tadi juga aku beli tiket aku pulang ke Mesir. Kuwait airways, depart 0315, arrival 1425. Ini bukan nombor ekor. Haha...Harga tiket? Itu biarlah rahsia. Tapi aku boleh bagi klu. Atas dari seribu, bawah dari seribu tujuh ratus. Sila jangan teka!

Sekarang ni tiket dah beli. Masalah yang tinggal ialah; aku turun di lapangan terbang Kaherah. Jadi, aku mesti balik ke Iskandariah sendiri seorang! Duit Mesir pun aku tak ada langsung sekarang ni. Itu masalah yang bermain bola sepak di fikiran ku sekarang.

Dalam perjalanan pulang dari Kuantan tadi, Baem telefon dan beritahu keputusan peperiksaan aku. Alhamdulillah, lulus semua. Tak ada gagal itu pun aku dah cukup bersyukur. Jadi sekarang, aku nak kemas barang dan bersiap untuk ke Mesir. Haha..

Terima kasih sangat kat individu-induvidu terbabit sebab :

1) Baem : beri info-info terbaru dari internet
2) Nadiah Izzati : Tolong jelaskan masalah yang aku hadapi kepada pegawai Mara yang bertugas
3) Areqa : Beri nasihat dan idea
4) Irna : Nasihat, idea, dan tenangkan aku. In cakap, "cool je".
5) Ammar Afi : Tolong dapatkan bantuan dari pihak Mara
6) Mastura : Tawarkan bantuan tentang "claim" tiket.
7) Hur : Cadangan siapa yang patut aku hubungi
8) Anis : Komen blog aku dengan nasihat apa yg patut aku buat
9) Ustaz Asri : Turun naik yayasan Pahang sebab nak bantu aku. Ok, lepas ni ada post khas pasal Ustaz Asri.

Dan kawan-kawan yang lain macam Anas, Syahmi dan kanak-kanak riang ribena yang lain.

p/s : Selamat pengantin baru Abang Zainal, Kak Sarah, Niktaufik, Qarafi, Nusaibah. Semoga ikatan berkekalan selamanya. Amin~

2 comments:

DrSurialiNadiah said...

wah, ko da pandai menggunakan ayat..hehe..ak ske ak ske. :P

Anonymous said...

terasa juga sbb nama aku takde skali....takper la