Monday, March 14, 2011

Masalah Tiket

Internet sangat lembab. Itu mukadimah kepada post saya pada hari ini. Kalau sesiapa yang lihat wall facebook saya, mesti akan ternampak saya mengomel tentang masalah tiket. Eh,kenapa saya guna kata ganti diri pertama yang sungguh sopan ni? Ok, back to "aku"

Ni che' nak habaq mai sikit. Mula-mula pihak Yayasan Pahang kata YP akan tanggung kos penghantaran pulang pelajar negeri Pahang samada pelajar tajaan YP sendiri, pelajar tajaan, mahupun persendirian. Kemudian, aku lihat di web Mara. Laman sesawang Mara tulis bahawa kalau kita ditanggung oleh kerajaan negeri, jadi tak perlulah letak nama di borang Mara.


Jadi, aku pun tak daftar nama dengan Mara sebab aku ingatkan dapat balik dengan YP. Ada sesetengah pihak kata, visa mesti dibuat walaupun Mara cakap tak payah buat (sebab boleh buat di Mesir). Jadi, aku pun hantar tiket aku kat seorang Ustaz ni untuk buat visa.

Beberapa hari lepas tu, aku diberitahu yang pihak YP tak akan tanggung pelajar tajaan samada MARA atau JPA. What? Aku nak menangis dah bila dapat berita tu. Di atas nasihat kawan-kawan yang aku sayang, aku pun hubungi Mara buat rayuan. Aku merayu dengan buat suara sedih serak-serak nak nangis supaya diorang simpati dengan aku. Haha..ok, tu tipu! Lepas tu, Mara cakap nama aku masuk dalam waitinglist.

Beberapa hari lepas tu, nama aku ada dalam flight kedua terawal ke Mesir. Aku tak kisah pasal pulang awal ke Mesir tu. Masalahnya, PASPORT AKU TAK ADA KAT AKU SEKARANG! Aku dah hantar untuk dibuat visa, macam mana aku nak dapatkan pasport aku balik?

Aku pun call Ustaz tu. Ustaz tu cakap, pasport tu dapat minggu seterusnya. Ustaz cakap, aku tak boleh dapatkan pasport aku balik sebab kalau ustaz tu ambik pasport aku, dia kena ambil pasport semua orang sekali. Senang cakap, kalau hantar secara pukal, ambil pun secara pukal! Jadi, ustaz tu tak boleh nak ambil pasport aku secara individu.

Aku pun nak nangis da. (Dari tadi nak nanges, padahal x nanges gak!) Aku pun call Mara nak tukar tarikh. Mara cakap yang tarikh tiket flight memang sudah tak boleh ditukar. Aku pun cerita kat dia pasal masalah pasport aku. Lepas tu, pegawai Mara tu cakap, "Itu masalah awak. Kan kami dah cakap, tak perlu buat visa."

Ok, aku tahu yang itu masalah aku yang memandai hantar pasport untuk dibuat visa! Tapi aku dah terhantar so nak buat macam mana? Aku buntu giler~

Tiket flight aku dengan Mara beberapa hari saja lagi.
Tapi pasport tiada di tangan aku sekarang.
Pasport akan aku dapat minggu depan.
Mara pula dah tak nak tukar tarikh tiket aku.
Macam mana ni?

bersambung...................

4 comments:

paahbaek said...

suggestion,p amik sndri ja xleh??
bgtau kata dah nak fly..b4 tu bgtau la hntaq secara pukal by yayasan pahang :)
tau embassy egypt jauh..tpi klu dah terdesak mmg kena p gak la kan??

ibrahemazamanzain said...

"Di atas nasihat kawan-kawan yang aku sayang, aku pun hubungi Mara buat rayuan."

wah khairi sayang aku..*blush*

Anonymous said...

nk star cruise jela kecik..

khairi malik said...

paah = x boleh ambil sendiri. x ada resit.

baem = eh eh? kau excluded lah! haha..kiddin'

anon = x nak balik terus!