Tuesday, March 1, 2011

Ouh, Tak Ada Orang Beritahu Pun!

Susah rumah tak ada internet ni. Maklumat susah nak dapat. Sudahlah kita kena sentiasa alert dengan berita terkini terutamanya pasal kepulangan ke Mesir. Kalau nak buka emel je, mesti kena pergi ke cc. Padahal dah banyak sms yang aku beri kepada kawan-kawan sekuliah yang juga belajar di Mesir ; untuk beritahu aku maklumat terbaru. Tapi tak banyak berita yang aku dapat.

Kalau dimarah nanti, mesti diorang marah aku balik. "Ada aku kisah rumah kau ada internet ke tak ada? Kau tu yang kena sentiasa alert!". Isy, susah la macam tu. Ni aku baru buka internet dan baru tahu yang aku ada masalah visa. Bila buka web yayasan negeri, dia cuma cakap yang pihak yayasan akan menguruskan visa di bawah tajaannya. Bagi tajaan lain dan persendirian macam mana pula?

Menyesal pula tak isi borang untuk balik sekali dengan Mara. Tapi apa nak buat, tarik tempoh untuk isi borang dah tamat. Aku rasa, ada juga aku tersekat kat Malaysia ; tak dapat pulang ke Mesir. Bak kata Sayuti, maklumat secara online, jadi nak dapat maklumat pun kena lah online juga. Erm..Betul tu, tapi susah juga kalau nak ke cyber cafe setiap masa.Ok, AKU MENGAKU NI SEMUA SALAH AKU yang tak alert pasal ni.

Mesti ada yang cakap, " Masukkan lah internet kat rumah ko". Tapi, aku bukannya dari keluarga yang berada. Aku bukan orang senang nak pasang-pasang internet ni. Astro pun tak ada. Nak kena bayar pulak bulan-bulan. Haih~

Aku tak marah dan salahkan sesiapa sebab aku tahu ni salah aku yang tak sentiasa ambil tahu berita terkini. Aku cuma rasa sedih sikit dengan orang yang aku percaya, dengan orang yang aku minta tolong untuk beritahu maklumat terkini.

Ok, kepada kawan-kawan yang baik hati, aku nak minta tolong informkan aku pasal latest news ye pasal mesir. Rumah aku xde internet, so tolong inform via mobile.

Celcom = 0145211857

Kerjasama anda semua sangat saya hargai. Sekian, terima kasih.

p/s : Ni dah dapat nombor telefon aku ni, jangan tanya aku pasal politik kat Kerdau pulak. Mentang-mentang aku duduk area Jengka.

5 comments:

paahbaek said...

sabaq dan kuat.insyaAllah balik skali ngn len2 punya :)

ammar Lorh... said...

maaf khairi..
huhu...

Anis Amirah Nawawi said...

khairi, jgn begini.. :(

Anonymous said...

jgn nk salahkn org lain..

Anonymous said...

mentari pagi

bodo la anon kat atas. kan dia dah cakap yang dia mengaku dia salah.
bengong!