Monday, April 4, 2011

Jangan Marah

Semalam ada yang luah masalah dengan aku. Marah benar gayanya. Teringat aku pernah baca dalam buku Solusi..

Apabila seseorang itu marah, hendaklah dia menyebut lafaz isti'azah dan kemudiannya segera berwudhu. Sekiranya sedang berdiri, hendaklah dia duduk dan sekiranya sedang duduk, dia hendaklah berbaring. Sekiranya masih dibimbangi masih tidak dapat mengawalnya, maka dia perlu beredar dari tempat atau orang yang dimarahi/memarahinya itu.

Memang betul, kalau ada orang sengaja nak sakitkan hati/ejek/perli atau apa-apa, lebih baik lari je dari orang macam tu. Tak perlulah nak bersua muka kalau jumpa pun asyik nak gaduh je. Mengalah bukannya kalah kan?

Aku rasa lari dari orang macam tu merupakan jalan penyelesaian terbaik berbanding bersua muka, kononnya "kalau tak puas hati jangan cakap belakang, jumpa terus!". Tapi bila jumpa ajak berdebat, bertikam lidah dan masing-masing tak tahu mengalah. Masing-masing bagi hujah nak menang walhal hujah tu kadang-kadang tak bertepatan langsung.

Rasanya tak eloklah berdebat kalau benda tu tak menyelesai masalah, tetapi semakin dipanjang-panjangkan. Aku pernah alih beberapa orang dari senarai rakan di facebook aku. Manakan tidak, setiap kali aku post status, dikomennya pedas-pedas dan pelik-pelik serta menyakitkan hati. Aku rasa itu jalan terbaik dengan "beredar" dari orang macam tu.

Kesimpulannya, jangan marah. Hanya berkata yang baik ataupun diam.

4 comments:

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

comel!!... huhu

tapi aku rasa beredar tu bukan permanently, tapi temporarily... shingga emosi tidak lagi mengawal akal... maksudnya tunggu redha dulu la marah tu... "time is a great healer"... at least by then kalau jumpa taklah tersasul kata2 yg akan kita kesal dan tak boleh tarik balik... :)

coz bnyk jugak hadith yg suruh jaga hubungan silaturrahim kan?... yg penting, like you said... tinggalkan berdebat kalau x dtgkan faedah,

alanflipflop said...

papepun, kucing ni mmg comel!! ko amik kat mana gmbr ni?

Ammar Lorh.... said...

hahaha..
khairi..aku tahu sapa org tu...hehehe
betul2...
diam sudey...
benda da jadi kan..
masing2 pernah lakukan silap....
aku pun pernah....
alhamdulillah ALLAH bg aku masa utk hidup n try berubah....
doakan aku keyh;)
sama2 la kita...
org tu kata...mana ada dia marah...
dia meluahkan sessi hati...:D

khairi malik said...

anas =
sangat setuju. beredar tu just sementara cos kite kena gak jaga hablu minan nnas. Sementara tnggu kemarahan reda je. Tapi kalau jumpa orang tu, x yah la marah2, buat rileks je like nothing happened before.

flippy = google sudah. tulis "real pikachu" haha

ammar = emo bukan jahat. inshaAllah, semoga kite sama2 kurangkan emo pasni. hahah