Wednesday, April 13, 2011

Nampak Rajin Tapi Malas

Ok, tadi aku baca buku Solusi, bagus buku tu. Kepada sesiapa yang nak pinjam, bolehlah kontek aku lepas ni. Sebab aku rasa benda baik macam ni, eloklah dikongsi.

Sifat malas ialah kesan dari sikap tak ikhlas dalam apa yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang malas termasuk dalam sifat riak. Sifat riak ini dikeji oleh Allah SWT dan malah manusia sendiri.

Ciri-ciri sifat malas :

1) Rajin bekerja ketika ramai tapi malas ketika bersendirian.

2) Semakin ghairah bekerja jika dipuji dan akan berkurangan apabila dikeji.

Sebuah hadis dari Ali bin Abi Talib r.a berkata, "Orang yang riyak memiliki beberapa ciri; malas jika bersendirian dan rajin di depan khalayak ramai. Semakin ghairah dalam bekerja jika dipuji dan semakin berkurang jika dicela"

3) Kuat bekerja untuk kepentingan diri dan dunia tapi malas untuk kepentingan orang lain dan untuk akhirat.

4) Tidak ada matlamat dalam hidup. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Aku takut apa yang menakutkan berlaku pada umatku, besar perut (kuat makan), banyak tidur, malas dan lemah keyakinan. " (Riwayat al-Daruqutni dan al-Dailami)

Sebab tu Rasulullah SAW ajar kita berdoa :
"Ya Allah, aku mohon perlindungan Engkau dari sifat lemah dan malas"

No comments: