Monday, April 18, 2011

Open Minded

Alhamdulillah, ni semester terakhir sebelum masuk tahun klinikal. Sekarang pun dah masuk Urogenital System. Dalam menuntut ilmu ni, niat kena betul. Memang tu paling asas. Kalau niat tak betul, nak belajar dan mengulangkaji pun rasa malas.

Tadi waktu Histology, Dr. Hala mengajar pasal Male Reproductive System. Ada juga yang betanya, "Er..kenapa doktor perempuan yang mengajar tajuk ni?". Erm, yang tu tak kisah la.

Tapi ada seorang ni, sebelum doktor mula mengajar, dia sibuk kecoh-kecoh

" Isy, takkan lah kita nak belajar pasal testis? Tak mahu lah aku belajar pasal penis. Eee~"

Ingatkan dia cuma monolog sendirian, tapi rupanya dia sibuk "menggangu" kawan-kawan lain dengan menunjukkan ekspresi jijik terhadap tajuk yang bakal dibentang itu. Memang ayat tu diulang-ulang dengan nada yang kuat.
" Eeew, tak nak lah belajar pasal ni"

Kalau nak jadi doktor ni, memang kena tahu banyak benda, termasuk sistem reproduktif ni. Semua sistem dalam badan manusia ni berkait. Mula-mula memanglah sakit tu "localize" di satu sistem sahaja. Tapi lama-kelamaan kebanyakan penyakit akan mula memberi kesan terhadap sistem lain, dan itu termasuk reproductive system.

Kalau tak suka tajuk ni dari awal lagi (sebab dah di mindset sebegitu), macam mana kita nak faham tajuk ni supaya ingat dalam kepala? Aku nak cakap pasal ni pun, aku tak adalah pandai dalam bab-bab belajar ni. Sekurang-kurangnya aku tahu yang kalau kita nak senang ingat, kita kena minat. Tak kenal maka tak cinta.
Semua sistem kena tahu!

Dalam kelas praktikal hari tu, doktor ada terangkan tentang penyakit Hypothyrodism dan Hyperthyrodism. Doktor terangkan semua manifestasi yang ada pada kedua-dua penyakit tersebut kecuali genital system. Ya, doktor tak terangkan pun apa kesan hypo/hyperthyrodism terhadap sexual function.

Jadi, aku pun tanyalah doktor, "Doctor, does hypothyrodism gives effects to genital system?"

Doktor pun baru teringat yang dia terlupa nak terangkan pasal tu.
"Yeah, of course it gives effects on sexual function bla bla bla..."

Selepas doktor habis terang tu, aku tanya lagi, "Doctor, how about hyperthyrodism? What are the effects on sexual function?" Kemudian, doktor tu pun jawab soalan aku. Sebelum balik, ada kawan yang bertanya,

"Isy, kenapa kau ni? Tanya pasal sexual function je? Benda tu je ko pikir eh?"

Astagfirullah~..Aku bertanya memang ikhlas sebab aku nak tahu, bukan sebab aku otak kuning atau berfikiran lucah. Sekarang ni, siapa yang otak kuning sebenarnya? Macam yang aku cakap tadilah, belajar ni semua kena ada niat yang betul. Kalau ikhlas belajar topik ni sebab nak jadi doktor, nak tolong orang kerana Allah SWT, InshaAllah boleh punya. Lainlah kalau ada niat lain atau mengambil kesempatan belajar topik ni untuk benda lain yang tak elok. Wallahu'alam~

p/s : Kalau niat dah terpesong, nak belajar dan mengulangkaji pun rasa malas.

1 comment:

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

betul...
kita harus open minded...